Ramai menunding jari sejak kes kematian membabitkan beberapa orang dari jemaah tabligh yang menyertai kluster perhimpunan hujung Februari lalu.
Dengan perasaan marah. orang awam mula mencemuh, menghina dan melemparkan kata-kata yang tidak enak ke atas mereka.
Golongan ini dikatakan penyebar virus koronavirus yang merbahaya ini setelah pulang dari menyertai ijtimak di Masjid Seri Petaling.
Namun sebenarnya mereka bukanlah degil, malah mendengar kata pihak KKM untuk membuat saringan kesihatan. Ramai yang tampil secara sukarela membuat pemeriksaan dan kuarantin diri dari orang ramai.
Penyebaran COVID-19 ini juga sebenarnya memberi kesan kepada semua. Menjadi asbab dakwah terhenti seketika. Malah masjid dikatakan sepi, majlis ilmu juga tiada dan paling menyedihkan tanah haram menjadi lengang.
Ternyata dakwah terhalang oleh tentera Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun kita sebagai hambaNya tetap reda dengan segala ketentuannya.
Dalam satu perkongsian di Facebook Fedtri Yahya ada perkongsi luahan isteri jemaah tabligh yang minta oarng ramai supaya tidak lagi mencela dan menhghina mereka.
menurutnya tiada satupun dari kalangan jemaah yang mahukan penyakit, menyebarkan penyakit dan mengakibatkan kemudharatan. Mereka menyertai ijtimak kerana mahu hidupkan sunnah Nabi dan semuanya ditanggung sendiri.
Mereka bukan pergi berpoya-poya atau berhimba sebaliknya melakukan amal kebaikan. Dan diri mereka diuji dengan pandemik COVID-19 ini.
Ayuh, ikuti luahan hati yang cukup menyentuh hati siapa yang membacanya. Bayangkan
“Covid19 adalah asbab dakwah terhenti seketika. Masjid sepi. Majlis ilmu tiada. Tanah Haram lengang. Dan para pendakwah juga tak dapat bergerak. Dakwah ‘terhalang’ oleh ‘tentera Allah’ yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. “
Saya, isteri kepada ahli jemaah tabligh.
Untuk pengetahuan semua, tiada siapa dalam kalangan jemaah yang mahukan penyakit,menyebarkan penyakit dan mengakibatkan kemudhorotan. Mereka menyertai ijtima’ dengan tujuan belajar menghidupkan Sunnah Nabi. Tiada biaya daripada mana-mana. Kerelaan sendiri. Pergi dengan niat belajar melakukan amal kebaikan. Bukan pergi berjimba,berpoya. Ujian untuk mereka, diuji dengan pendemik covid-19.
Cukup-cukuplah mencela dan menghina. Kami juga punya keluarga. Anak2 hanya melihat bapa, tapi tidak boleh didekati. “Ayah kuarantin lagi. Adik main jauh-jauh. Allah izin,kita dekat-dekat semula.” Jatuh air mata seorang ibu, melihat anak kecil merengek mahukan ayah.
Kami faham letih dan sedih para frontliners. Mereka letih, takut dan tertekan. Tapi ketahuilah,kami tak minta ini semua terjadi.
Dalam kalangan jemaah,ada juga doktor, ada suami kepada jururawat,ada polis pence,askar pencen. Mereka juga tak ingin semua hal ini berlaku. Tetapi kagumnya saya pada jemaah,mereka tak salahkan orang lain atas apa yang terjadi. Mereka akan salahkan diri sendiri. Mungkin mereka kurang amal,kurang dakwah,kurang doa untuk ummat.
Ada yang kecam jemaah dan keluarga menyembunyikan fakta. Ya,memang salah BESAR. Tapi Kita tidak berada dalam kasut mereka. Kita tak merasa apa yang mereka rasa.
Mungkin takut,malu,serba salah dan sebagainya.
Contoh seperti seseorang yang dirogol,tidak melaporkan kepada Polis. Mungkin rasa takut,malu,trauma. Kita yang tidak tahu apa-apa, boleh saja melabel mangsa sebagai bodoh,melepaskan penjenayah,menggalakan penjenayah ulangi perbuatannya. Tidak semudah itu. Hanya yang terkena akan faham perasaan itu.
Memang ada segelintir yang degil dengan arahan pihak syura untuk melakukan saringan.Tapi pandang juga kepada yang tidak degil. Ada antaranya yang disaring dua kali. Mereka tetap mengikut arahan. Pergi semula selepas dihubungi pihak klinik. Yang degil,nak buat macam mana. Sikap manusia, undang-undang Allah pun masih ada yang ingkar. Inikan pula arahan sesama makhluk. Bukan semua boleh wala’ pada ketua.
Saya juga berharap para netizen menjaga bicara dalam penulisan. Bimbang ‘terkutuk’, ‘ter-menghina’ jemaah, tak daya nak merangkak mencari di mahsyar nanti.
Sepatutnya,sama2 kita doa untuk semua staf KKM dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menangani pendemik ini.
Lebihkan berdoa. Kurangkan dosa.
#isteriahlijemaahtabligh
#maafkankami
#kamitakmintasemuainiterjadi