Hidup berpasangan sebelum membina rumahtangga adalah amalan dituntut. Ini kerana Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia seperti ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup dan keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang.

Kerana perasaan beginilah, lelaki dan perempuan digalakkan mendirikan rumahtangga untuk saling melengkapi antara keduanya.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21).

Namun dalam rumahtangga, ada asam garam perlu dilalui oleh pasangan. Ada diuji tidak punya anak, ada punya anak ramai namun tidak semuanya menjadi, ada yang hidupnya biasa-biasa saja, tidak mewah tidak miskin. Ada yang wangnya banyak tapi tidak tahu dari sumber mana. Pendek kata ada pelbagai ragam dalam rumahtangga yang mampu menjadi panduan untuk orang lain.

Bahkan dalam rumahtangga, kisah curang sentiasa wujud walaupun sebenarnya curang ini adalah pilihan. Curang tidak terhad kepada lelaki tetapi juga perempuan. Ini kerana tidak ramai meletakkan matlamat perkahwinan untuk bersama-sama ke syurga jannah sebaliknya hanya menurut hawa nafsu.

Banyak drama-drama tv mengangkat kecurangan sebagai tema utama mereka. Dan masyarakat melihat dari perspektif masing-masing.

Ads

Curang Ketika Isteri Mengandung, Hal Yang Selalu Buat Hati Pasangan MenangisKisah suami curang ketika isteri mengandung pernah digarap dalam drama Layangan Putus lakonan mantap pelakon Reza Rahadian, Putri Marino dan Anya Geraldine.

Drama ini mengisahkan suami yang dilihat sangat baik, sangat romantis dan sentiasa melayan isterinya dengan baik hingga isteri terlihat sangat bahagia dalam keadaan sarat mengandung.

Namun dalam diam, suami lakonan mantap Reza Rahadian mempunyai hubungan intim di luar hingga ada perlakuannya mencurigakan isterinya, Putri Marino yang juga seorang doktor untuk menyiasat setiap pergerakan suaminya.

Dek penangan lakonan mantap ini jugalah, ramai kesal dengan sikap romeonya itu tapi malangnya dek kerana lakonan terlalu mantap, ramai lelaki yang tidak curang mulai dicurigai isteri sendiri gara-gara takut ditipu suami sendiri. Di rumah nampak alim tapi di luar jadi musang berjanggut.

Ads

Lebih lucu, seorang lelaki menulis surat secara terbuka kepada Reza Rahadian kerana lakonannya terlalu mantap hingga semua suami menjadi mangsa isteri sendiri.
Awal dirinya memuji lakonan mantap Reza tapi kerana terlalu mantaplah hingga ramai lelaki dicurigai isteri sendiri.

Katanya “aktingnya di puji-puji, tapi lelaki-lelaki lain dicaci maki, dicurigai hingga nak buat apa pun tak boleh”.

“Justeru itu, saya meminta agar drama ini dihentikan segera kerana takut lebih banyak rumahtangga musnah berdasarkan andaian dalam drama ini,” katanya.

Ads

Curang Ketika Isteri Mengandung, Hal Yang Selalu Buat Hati Pasangan MenangisDrama bersiri Layangan Putus ini merupakan kisah benar dialami penulis novelnya iaitu Mommy ASF yang dikhianati suami sendiri dan ia diangkat ke drama tv.

Di dalam Al-Quran, ada dijelaskan untuk lelaki berlaku adil terhadap isteri. Kalau mampu berkahwinlah lebih dari satu dan andai tidak, setialah pada perkahwinan.
Ini berdasarkan surah An Nisa ayat 3 bermaksud:-

Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka berkahwin dengan seorang sahaja, atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk tidak melakukan kezaliman.” (Surah an-Nisa’, ayat 3).

Jangan sesekali cuba merobek kepercayaan pasangan kerana lukanya di hati. Tak akan sembuh sampai bila-bila walau parutnya di luar tidak kelihatan.

https://www.tiktok.com/@dedemawan17/video/7047781156120481051?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI