Sewaktu Ramadan yang lalu mungkin ramai yang berjaya khatam al-Quran. Ada yang  khatam lebih dari sekali. Alhamdulillah..

Tapi ada juga yang selepas menamatkan bacaan  sebanyak 30 juzuk, kitab suci al-Quran ini terus disimpan dalam almari atau disusun di atas rak tanpa terus membacanya.

Pendakwah selebriti, Ustaz Aniq Muhaimin Ismail atau lebih dikenali sebagai Aniq Muhai mengingatkan, membaca al-Quran bukan sekadar mengejar khatam, tetapi harus dijadikan amalan sepanjang hayat.

“Ingatlah, syarat al-Quran ini bukan bermakna apabila kita sudah habis (khatam) al-Quran, maka sudah tidak perlu baca lagi seperti novel,” katanya memetik perkongsian daripada Sinar Harian.

Baca al Quran bukan macam baca novel, habis baca simpan

Benar, al-Quran bukan seperti sebuah novel yang apabila selesai dibaca, kemudian diletakkan kembali ke rak sehingga tahun berikutnya.

Ads

Ujar Ustaz Aniq Muhai, sebaiknya kalamullah itu ialah teman sejati yang seharusnya kita bawa dalam kehidupan seharian.

“Jadikan al-Quran teman kita. Jangan tunggu 11 bulan baru hendak buka semula,” katanya sambil mengingatkan bahawa Al-Quran bukan hanya untuk Ramadan tetapi sebenarnya sepanjang tahun dan setiap masa.

Dalam pada itu, Ustaz Aniq Muhai yang juga seorang penyanyi nasyid mengingatkan tentang kepentingan al-Quran yang tidak terbatas kepada sekadar membacanya, sebaliknya kitab suci itu harus dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Ads

“Bila kita khatam, berusahalah untuk menghafalnya sebab dalam solat, kita tetap membaca bait-bait kalimah suci berkenaan.

“Takkan kita asyik hendak mengulang bacaan surah yang sama saja?” soalnya sambil mengingatkan umat Islam agar terus memperbanyakkan bacaan dan hafalan al-Quran supaya ia benar-benar menjadi cahaya dalam kehidupan kita.

Bukan ibadah bermusim

Di samping itu, beliau turut mengingatkan bahawa konsistensi dalam beribadah juga tidak kurang pentingnya yang mana Ramadan lalu sepatutnya menjadi titik mula dan bukan sekadar episod bermusim.

Ads

Apatah lagi katanya, kita sering menyaksikan keajaiban Ramadan yang mana hati keras boleh menjadi lembut dan yang jauh boleh kembali dekat. Keindahan itu katanya, ia perlu diteruskan selepas Ramadan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel berkait: Bolehkah Masuk Syurga Kalau Tak Pandai Baca Al-Quran

 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI