Setiap hari buka laman sosial, ternampak gambar kawan yang kahwin cuma beberapa bulan sebelum kita, tapi dah menimang anak kedua. “Tak apalah, rezeki masing-masing, jangan fikir sangat,”pesan pada diri sendiri.
Anda pun memulakan hari seperti biasa. Solat, masak, mandi, siap ke pejabat, dan hari itu berlalu seperti biasa.
Sampai waktu petang, mula berkemas nak pulang ke rumah. Penat, tak sabar rasanya nak rehatkan badan.
Selesai masak, mandi, dan makan sambil berborak dengan suami, tiba-tiba dapat panggilan telefon dari kawan baik yang baru beberapa bulan melangsungkan majlis.
Suaranya gembira. “I’m pregnant!” teriaknya. Ucapan tahniah disampaikan, kemudian bersoraklah anda dengan si rakan bagaikan kanak-kanak riang.
Gambar sekadar hiasan.
10 minit berborak di telefon. Di akhir perbualan, anda pastinya berjanji dengan dia untuk berjumpa dan meraikan berita gembira ini. Mestilah, kan best friend?
Tapi sejurus lepas tamat perbualan telefon, anda terus melulu mencari si suami. Bukan tak gembira untuk kawan baik tadi, tapi sedih terkenangkan diri yang dah berkahwin tiga tahun, tapi hajat untuk menimang cahaya mata belum tercapai lagi.
Pernah hadapi situasi ini?
Bukan Anda Seorang
Ads
Bila dah kahwin bertahun-tahun tapi belum ada anak, memang ramai orang sekeliling yang akan mengata. Tak cukup nak ubati sedih di hati sendiri, ditambah pula dengan tuduhan tak subur, mandul, atau nak jaga badan. Sedangkan hati sendiri pilu bila zuriat yang dinanti sekian lama masih tak nampak tandanya.
Walaupun situasinya sukar, tapi sebenarnya anda tak keseorangan. Ramai lagi pasangan yang senasib dengan anda malah ada yang lebih lama berkahwin, tapi masih belum dikurniakan zuriat.
Untuk kurangkan gusar di hati, apa kata anda cuba jalinkan persahabatan dengan orang-orang yang senasib dengan anda. Sekurang-kurangnya ada orang yang memahami perasaan anda dan boleh saling menasihati bila perasaan sedih melanda.
Jangan Ambil Mudah
Paling penting, perlu saling mengokong antara suami isteri. Anda kan pasangan sehidup semati? Bak kata orang, cubit peha kanan, peha kiri pun terasa. Tak ada siapa yang lebih memahami perasaan anda lebih dari pasangan anda jadi carilah dia di saat anda merasa emosi. Biar dia pun faham isi hati anda dan boleh menenangkan perasaan anda.
Ads
Apabila anda mula menyalahkan pasangan sendiri di situlah akan bermula episod malang dalam rumah tangga anda. Ada juga pasangan suami isteri yang sihat walafiat tetapi masih tidak mempunyai anak.
Dalam keadaan ini adakah anda akan menyalahkan takdir Allah? Duduk bertafakur dan fikirlah perkara yang positif di atas musibah yang menimpa. Hidup anda masih belum berakhir jika tidak memiliki zuriat.
Usaha, doa dan tawakal adalah tunjang utama keimanan hamba Allah. Jadikan ujian ini sebagai muhasabah diri ke arah kebaikan bukannya menyalahkan takdir dan pasangan anda. Ada kes di mana seorang suami sanggup menceraikan isterinya kerana tidak mampu memberikannya zuriat sedangkan masalah utama bukannya berpunca daripada isterinya tetapi dirinya sendiri.
Ingatlah, segala ujian yang menimpa hanyalah untuk menguji tahap keimanan hamba-Nya.
Ads
Syukur dan Reda
Perkara paling rumit untuk dilakukan ialah menerima ujian Allah dengan hati yang reda. Adakalanya anda bersikap positif untuk seketika tetapi selang beberapa hari perasaan negatif mula menghantui kembali diri anda.
Bukan mudah untuk menerima hakikat perkahwinan yang dibina bertahun-tahun tidak dikurniakan zuriat. Allah menurunkan ujian besar begini kepada anda kerana Dia tahu anda mampu menghadapinya.
Rezeki Allah itu luas bukan hanya pada kehadiran zuriat sahaja. Allah memberikan anda ujian ini bagi memberi peluang anda dan suami untuk lebih meluangkan masa bersama kerana suami sentiasa kerja jauh atau pun menguji sejauh mana keikhlasan suami terhadap anda.
Suami yang jujur, ikhlas mencintai dan menerima anda seadanya akan menerima segala kekurangan dalam rumah tangga. Anda boleh lihat di luar sana ramai pasangan yang hidup bahagia tanpa anak walaupun sudah bertahun-tahun hidup berdua.
Jadikan segala ajaran Rasullullah SAW sebagai pegangan dan pengajaran kisah dari nabi-nabi terdahulu sebagai sumber terbaik kehidupan anda. Percaya pada qada’ dan qadar Allah Insyallah segala yang susah akan menjadi senang untuk diharungi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bagi yang pertama kali bergelar ibu mungkin berlegar-legar persoalan mandi wiladah dan mandi wajib dalam fikiran.
Selepas habis nifas kena mandi dua kali ke, mandi wiladah dan mandi wajib? Ataupun hanya mandi wiladah. Ada juga yang dah beberapa kali bersalin berasa risau kerana hanya buat mandi wajib?
Bagi merungkai kekeliruan tentang perkara ini, penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan boleh dijadikan panduan buat kaum ibu.
Makna wiladah
“Al-Wiladah bererti bersalin. Kadang-kadang bersalin anak itu tidak diikuti dengan keluarnya darah (nifas), namun hukum bagi wanita pada keadaan itu sama dengan hukum janabah.
Ini kerana anak yang lahir itu ialah hasil gabungan air mani wanita dan air mani lelaki. Hukumnya tetap sama walaupun berbeza (bentuk) kandungan yang dilahirkan atau cara melahirkannya.
Apabila kelahiran anak diikuti dengan keluarnya darah seperti kebiasaan perempuan yang melahirkan anak, darah tersebut dinamakan nifas yang mempunyai beberapa hukum tertentu.”
Daripada keterangan di atas, terdapat beberapa perkara yang boleh difahami:
-Kebiasaan bagi wanita bersalin akan keluar darah nifas yang mewajibkan wanita itu mandi wajib.
-Jika wanita itu bersalin tanpa darah apa pun, pandangan dalam mazhab Syafie, wanita itu tetap dikira berhadas besar dan wajib mandi.
“Hukumnya tetap sama walaupun berbeza (bentuk) kandungan yang dilahirkan atau cara melahirkannya” bererti jika kandungan yang dilahirkan itu berbentuk alaqah (gumpalan darah), atau mudghah (gumpalan daging) seperti dalam kes keguguran, tetap dikira wiladah dan wajib mandi.
Begitu juga kelahiran Cesarean, yakni kandungan keluar bukan daripada faraj wanita tetapi melalui pembedahan di kawasan abdomen, tetap mewajibkan mandi.
Tak perlu mandi dua kali, cukup sekali
Jika ditanya, apabila seseorang wanita itu bersalin dan bernifas, adakah dia perlu mandi dua kali; pertama akibat wiladah dan kedua akibat nifas?
Jawapannya ialah tidak perlu kerana memadai mandi dengan sekali sahaja. Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili dalam al-Mu’tamad (1/137) :
“Jikalau terhimpun ke atas seorang wanita kewajipan mandi hadas haid dan janabah (seperti jimak dan keluar mani), memadailah baginya dengan niat (mandi mengangkat hadas) salah satu daripada keduanya.
Begitu juga seorang yang berjunub kemudian mati, dan orang yang berjunub kemudia haid, maka memadai bagi dua keadaan itu terangkat hadas dengan satu kali mandi. Begitu juga jika seseorang itu berjunub, kemudia berhaid, kemudia dia mati, cukup bagi wanita itu satu kali mandi untuk kesemua keadaan (hadas besar) itu.”
Bila waktu untuk mandi wajib akibat wiladah dan nifas?
Jawapannya ialah selepas bersalin dan apabila berhenti keluarnya darah nifas dalam keadaan naqa’, yakni jika dimasukkan kapas ke dalam faraj lalu dikeluarkan tidak ada kesan-kesan darah, kekeruhan atau kekuningan.
Jika darah sudah berhenti tetapi jika dimasukkan kapas masih dilihat kesan darah, warna keruh atau kekuningan, maka itu adalah keadaan fatrah yang menunjukkan masih dalam keadaan bernifas.
Cara mandi wajib selepas melahirkan anak atau keguguran
Cara mandi wajib selepas melahirkan anak atau keguguran adalah sama seperti mandi wajib / mandi junub yang biasa kita lakukan akibat datangnya haid, keluar air mani atau selepas melakukan hubungan intim.
Rukun mandi wajib
Ringkasnya, hanya ada 3 rukun mandi wajib yang perlu dilakukan agar sahnya mandi tersebut iaitu:
1. Berniat
Terdapat beberapa cara niat mandi wajib / nifas / wiladah seperti berikut:
i. Meniatkan setiap hadas besar yang dialami dan dimaksudkannya.
Contoh, jika dia mengalami dua hadas besar iaitu nifas dan junub maka diniatkan kedua-duanya sekali.
“Sahaja aku mengangkat hadas nifas dan junub”
ii. Memadai niat hanya satu niat sahaja atau satu niat yang umum merangkumi kesemua hadas.
“Sahaja aku mengangkat hadas akbar (besar)”
atau
“Sahaja aku sahaja aku menunaikan fardhu mandi atau seumpama dengannya”.
2. Menghilangkan najis
Iaitu menghilangkan sebarang najis yang terlekat pada badan.
3. Meratakan air ke seluruh badan
Meratakan air ke seluruh anggota badan luaran serta membersihkan semua najis yang terdapat padanya.
Langkah mandi wajib secara ringkas
i. Membaca ‘Bismillah’ ketika akan mandi.
ii. Mengambil wudhuk sebelumnya sebagaimana amalan Nabi s.a.w.
iii. Melalukan tangan di atas seluruh badan (menggosok-gosok) bagi menghilangkan kotoran yang melekat.
iv. Mendahulukan membasuh yang sebelah kanan dari sebelah kiri.
Menjadi tanggungjawab seorang anak untuk mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kedua ibu bapanya tidak kira di mana mereka berada.
Namun ada persoalan, bagaimana pula dengan status doa bagi anak yang tidak sah taraf atau ada yang lahir tanpa ikatan sah kedua-dua ibu bapanya. Adakah doa mereka ini akan diterima oleh Allah?
Dalam persoalan ini, Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin memberikan jawapannya. Menurut beliau anak itu dianggap tidak berdosa. Maka dia boleh sahaja mendoakan kebaikan untuk orang tuanya.
“Anak luar nikah itu tidak berbapa dan hanya beribu sahaja. Maka hadis ‘Dan anak soleh yang mendoakannya’ hanya merujuk kepada si ibu.
“Adapun bapa tirinya (sekiranya pasangan zina itu berkahwin) maka dia bukan bapa bagi anak luar nikah itu.
“Dalam hal ini, maka jelas kepada kita bahawa anak itu sekiranya ia soleh dan ikhlas mendoakan kebajikan ibunya maka tiada sebab untuk Allah tidak memakbulkan doanya,” jawabnya.
Ustaz Riza Kamaruddin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pulau Dayang Bunting yang terletak kira-kira 17.6 km dari Pekan Kuah sememangnya antara destinasi pilihan pelancong.
Walau berdekatan dengan laut namun air di tasik ini tidak masin dan menjadi tumpuan pelancong melakukan aktiviti air seperti berenang, berkayak, bermain bot kayuh selain menikmati spa fish di pulau lagenda ini.
Di sebalik mempunyai tarikan pelancongan, ada suatu yang lebih istimewa kerana Tasik Dayang Bunting ini mempunyai lagenda dan misterinya sendiri.
Pulau ini mendapat nama daripada kisah dongeng seorang dayang bernama Mambang Sari yang ditipu oleh Mat Teja sehingga membuatkan dia mengandungkan anaknya kerana terlampau mencintainya.
Namun setelah 7 hari anaknya lahir, bayi tersebut menderita dengan penyakit yang penyakit misteri. Mambang Sari kemudiannya meletakkan anaknya di tasik itu lalu menyebabkan terjadinya lagenda tasik dayang bunting.
Tidak dinafikan, pulau ini kelihatan menyerupai seorang wanita sedang mengandung dan tak hairanlah ia menjadi tumpuan hingga ramai mempercayai mitos ini tanpa sedar boleh menjadi syirik apabila mempercayai berendam di pulau ini boleh membuatkan pasangan mengandung.
Tular di Tik Tok yang mana seorang pengguna menulis “orang kata, kalau tengah usaha nak dapat zuriat boleh cuba berendam dalam tasik ini.
Kongsinya lagi, “Balik je dari sini, seminggu lepas tu saja test. Alhamdulillah, lekat seorang baby Langkawi.
Perkongsiannya menarik perhatian warga net yang mempetikaikan kandungan tak boleh terbentuk dalam tempoh seminggu kerana janin barangkali sudah ada. Malah ramai menasihatinya agar berhati-hati agar tidak sampai syirik.
Berhati-hati dengan apa kita tulis dan percayai kerana ia boleh menjadi syirik khususnya malapetaka lisan kerana ia boleh membinasakan kita dia di dunia dan akhirat.
Di antara malapetaka lisan yang paling dahsyat, yang dapat membinasakan di dunia dan akhirat adalah mengucapkan perkataan syirik. Hati-hatilah, terkadang kalimat syirik keluar dari lisan kita sementara kita tidak sedar.
Di antara bahaya syirik di dunia adalah:-
1 Allah tidak akan mengampuni yang mati di atas kesyirikan
“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendakiNya. Barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” [QS. An-Nisaa: 116].
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-Nabi) yang sebelummu. Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” [QS. Az-Zumar: 65].
Jadi berhati-hatilah dengan apa kita fikirkan dan tulis, jangan sampai jatuh syirik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Salam bersalaman memohon kemaafan memang sudah jadi budaya kita ketika menyambut raya. Namun begitu batasan untuk bersalaman meskipun bersama ahli keluarga perlu juga dijaga.Ini...