‘Dah rujuk Pejabat Agama, tak jalan.’ Isteri garang lepas hamil anak kedua, suami trauma sampai nak mohon cerai kerana sikap garang isteri telah ditegur berkali-kali.
Malah sikap garang isteri ini membuatkan sang suami trauma untuk balik ke rumah. Aduhai suami pun, sepatutnya dia memahami mengapa isterinya berubah sikap. Sudah tentu perubahan sikap isteri berpunca daripada suami juga.
Tindakan mohon cerai bukanlah satu langkah yang bijak, apatah lagi pasangan ini masih muda dan anak-anak juga masih kecil. Ikuti perkongsian Puan Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik mengapa wanita berubah watak selepas berkahwin dan memiliki anak.
Artikel Berkaitan
Hari ini kami dapat kes cerai, permohonan daripada pihak suami. Tak tahulah hendak gelak atau nak kasihan dengan suami ini. Tapi rasa macam hendak berfikir pun ada, sebab hendak tahu sangat, apa yang ada di dalam benak hati dia sebenarnya.
Kedua-duanya dalam usia awal 30-an. Ada dua orang anak. Anak pertama berusia 3 tahun, anak kedua berusia 3 bulan.
Si suami hendak bercerai sebab isterinya garang, sudah tak sama macam masa dia kenal sebelum dan masa mula-mula berkahwin.
Katanya dia memilih isterinya sebab isterinya seorang yang lemah-lembut, tak banyak cakap dan suaranya rendah.
Sejak mengandung anak kedua, isterinya selalu marah-marah. Dan sejak anak kedua itu lahir, isteri masih tak berubah. Selalu marah-marah, jerit dekat anak pertama.
Sampai ada masa dia pun terkejut dengan jeritan isterinya. Untuk makluman, lelaki ini seorang yang bersuara perlahan dan lemah lembut.
Dia sudah pesan banyak kali, sudah tegur banyak kali, isterinya tak berubah. Kalau berubah pun sekejap saja. Nanti bila anak bat hal, dia tinggikan suara lagi.
Isterinya adalah suri rumah. Katanya dia lebih tenang bila keluar bekerja. Bila nak balik rumah, hatinya mula rasa takut.
Ya, ayatnya, dia takut dengan isterinya. Ketakutan itu yang membawa kepada pemikirannya untuk bercerai.
Kami sudah minta dia hadiri kaunseling di mahkamah, tapi katanya dia dah pergi. Dia macam sudah ada trauma dengan isterinya.
Saya tanya, takkan hanya sebab itu nak bercerai. Katanya sebab itu saja. Hmmmmm….
Saya hendak beritahu kepada para lelaki yang ingin berkahwin di luar sana.
Perempuan ini ada jenis yang masa sebelum kahwin, lemah lembut, gemalai, pemalu, suara volume 2/10 saja, tak pernah lebih.
Tapi lepas dia ada anak, dan anak mula lasak, automatik dia akan lebih agresif. Dia berubah mengikut keadaan.
Lihatlah mana-mana wanita yang bergelar ibu kepada sekurang-kurangnya 2 orang anak, dulu masa sebelum berkahwin, dia mesti seorang yang lemah lembut dan mempunyai ciri-ciri wanita solehah. Tapi lepas ada anak, blok sebelah boleh dengar suara dia.
Jangan pelik, ini terjadi kepada semua para ibu. Kerana dia perlu menjaga keluarganya. Dan dia ada keletihannya yang tak sama seperti masa sebelum dia berkahwin.
Pernah dengar askar komando berbisik dengan orang yang diajarnya? Kalau ada, semua askar lembiklah jawabnya.
Pernah dengar cikgu bersuara volume 2? Kalau ada, mengantuklah muridnya.
Dia berubah mengikut keperluan. Ini secara semulajadi. Jangan pelik.
~Farizal Radzali~
Baca Di Sini
“Selepas Perceraian Kami Berpura Bahagia, Tapi Naluri Anak Dapat Hidu Semuanya”-Ibu Tunggal
Kashoorga : Semoga pasangan menemui jalan penyelesaian terbaik untuk keluarga kecil mereka. Berbincanglah dengan baik agar tiada pihak yang terluka.
Sumber : Puan Farizal Radzali
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!