Dua hari lagi merupakan kemuncak musim Haji iaitu wukuf di Padang Arafah. Wukuf di Arafah adalah kemuncak haji. Tiada haji tanpa wukuf di Arafah dan betapa beruntungnya mereka yang menjadi tetamu Allah tahun ini.
Dalam pada itu, jika kita tidak direzekikan lagi menjadi Duyufurrahman, apa yang mampu kita lakukan untuk sama memperoleh pahalanya ialah dengan berpuasa sunat hari Arafah.
Perlu diingat, tarikh bagi puasa sunat ini ialah pada 9 hb Julai bersamaan hari Sabtu di saat jemaah yang berada di Makkah sudah pun meraikannya raya haji itu sendiri. Ini kerana pemerintah sudah menetapkan hari raya haji jatuh pada 10 Julai 2022 bersamaan hari Ahad.
Apakah lelebihan hari Arafah dan kenapa ia begitu istimewa bagi kita umat Islam.
Sejarah hari Arafah bermula pada 1441 tahun yang lalu di di lembah Uranah di mana Rasulallah SAW memberikan pidato Hari Arafah. Sebuah pidato agung yang dipegang hingga ke akhir zaman.
“Wahai manusia, bulan apakah sekarang ini?” Rasulullah bertanya kepada ribuan manusia yang menyertai baginda menunaikan fardu Haji.
“Bulan suci”, bergema jawapan mereka. “Sesungguhnya darah dan harta kamu adalah suci sebagaimana sucinya bulan ini. Tanah apakah ini?”, baginda bertanya lagi.
“Tanah suci ya Rasulullah,” jawab jemaah itu lagi. “Sesungguhnya Allah telah menyucikan darah dan harta kamu sebagaimana sucinya tanah ini.
Apakah kelebihan-kelebihan hari Arafah?
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Memandangkan kita akan menyambut hari raya Aidiladha dan juga hari Arafah, maka Irsyad al-Hadith pada kali ini akan membicarakan berkaitan beberapa kelebihan hari Arafah sebagaimana yang disebut di dalam hadith Nabi SAW.
Ads
Pertama: Hari Arafah adalah rukun daripada haji
Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:-
الحَجُّ عَرَفَةُ
Maksudnya: “Haji adalah Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (814)]
Kedua: Hari Arafah adalah hari di mana agama ini telah sempurna
Daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepadanya:
Maksudnya: “Wahai Amir al-Mukminin, satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia ke atas kami sekalian bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. Umar bertanya: Apakah ayat itu? Dia berkata: “Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. Umar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi SAW ketika baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat”. [Riwayat al-Bukhari (43) dan Muslim (5334)]
Ads
Ketiga: Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam
Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:-
Maksudnya: “Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum”. [Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]
Keempat: Hari Arafah adalah hari Penyaksian
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
اليَوْمُ المَوْعُودُ يَوْمُ القِيَامَةِ، وَاليَوْمُ المَشْهُودُ يَوْمُ عَرَفَةَ، وَالشَّاهِدُ يَوْمُ الجُمُعَةِ
Maksudnya: “Hari yang dijanjikan adalah hari Kiamat, hari Mayshud adalah hari Arafah serta al-Syahid adalah hari Jumaat”. [Riwayat al-Tirmizi (3262)]
Ads
Kelima: Kebesaran berdoa di hari Arafah
Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]
Keenam: Puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]
Ketujuh: Hari keampunan dan pelepasan dari api neraka
Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah”. [Riwayat Muslim (2402)]
Penutup
Kesimpulannya, hari Arafah adalah satu hari yang istimewa sebagaimana bulan Zulhijjah juga sebagaimana yang kami nyatakan sebelum daripada ini akan kelebihan bulan Zulhijjah. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah merebut peluang dan kesempatan ini agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita taufik dan hidayah dalam melaksanakan setiap amalan yang dilakukan. Sumber : Pejabat Mufti Wilayah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Seperti yang kita ketahui, wabak COVID-19 masih lagi ada di sekitar kita. Malah pandemik ini begitu senang menyerang orang tua yang mempunyai tahap ketahanan antibodi rendah.
Baru-baru ini pelakon Daler Yusuf berkongsi berita duka apabila nenek kesayangan yang berada di Uzbekistan telah meninggal dunia setelah disahkan positif COVID-19.
‘Suami panas baran, isteri tak perlu mandrem.’ Cuba amalkan Zikir Ya Latif sekerap mungkin. Tidak dinafikan hidup berumahtangga jadi tak keruan bila bersuamikan lelaki pemarah dan panas baran.
Setiap isteri idamkan lelaki yang sentiasa berlembut dan bertolak ansur, tetapi tak semua yang kita impikan menjadi kenyataan.
Sesetengah isteri mungkin akan ambil jalan pintas dengan ‘mandrem’ atau bomohkan suami, tapi ketahuilah cara ini amat dilarang dalam Islam.
Sebaiknya lakukan perkara yang dibenarkan agama dan disukai Allah SWT seperti berdoa dan mengamalkan zikir-zikir tertentu bagi melembutkan hati suami yang “panas’.
Sebenarnya, bercakap mengenai konteks menambat hati suami, sebenarnya ia memerlukan usaha yang berterusan. Kadangkala isteri berasa diri mereka sudah cukup sempurna dalam menjaga keperluan suami dan mereka wajar dihargai atas pengorbanan itu.
Namun sebaliknya, lelaki pula melihat ia sebagai satu tanggungjawab isteri yang tidak perlu dibayar dalam bentuk balasan mahupun menjaga hati isteri.
Sekiranya anda mempunyai suami yang kurang sikap empati atau tidak pandai menghargai isteri, maka anda perlu meningkatkan usaha untuk ‘mengikat’ suami agar terus menyayangi dan setia kepada anda.
Isteri Tak Perlu Mandrem
Sebenarnya, ada cara mudah untuk menawan suami iaitu hanya dengan mengamalkan doa yang tercatit dalam al-Quran mahupun hadis. Untuk mengecapi kebahagian adalah penting untuk kita menjaga hubungan dengan Allah SWT, supaya hubungan dengan suami sentiasa dalam rahmat dan keberkatanNya.
Cuba amalkan Zikir Ya Latif ini agar semakin hari semakin suami bertambah ‘cool’ terhadap kita.
Cuba Amalkan
Zikir Ya Latif
Latif bermaksud lembut. Apabila anda mengamalkan zikir Ya Latif, maksudnya anda mendoakan agar suami menjadi lembut hatinya dan menyayangi anda tanpa berbelah bahagi, tidak mudah marah dan mengurangkan perselisihan dalam rumah tangga.
Anda boleh amalkan membaca zikir Ya Latif sekerap yang mungkin setiap hari. Panduan istimewa untuk anda, baca zikir ini ketika membasuh beras yang dimasak untuk ahli keluarga tersayang.
Sebut Ya Latif sambil berniat dalam hati mohon Allah lembutkan hati suami. Sekiranya anak-anak anda selalu bergaduh atau tidak mendengar cakap, boleh juga niat sekali untuk anak.
Rumi: Ya Latiffu Ya Kahfi Ya hafizu Ya Syafi Allah Ya Latifu Ya Kahfi Ya Hafizu Ya Syafi Allah Ya Latifu Ya Wafi Ya Karimu Anta Allah
Zikir Ya Latif Sekerap Mungkin
Maksudnya:
Wahai Yang Maha Lemah Lembut
Wahai Yang Maha Mencukupi
Tiada Tuhan melainkan ALLAH
Yang wujud, tiada Tuhan melainkan ALLAH
Yang disembah, tiada Tuhan melainkan ALLAH
Yang ditujui, tiada Tuhan melainkan ALLAH
Yang maha besar, tiada Tuhan melainkan ALLAH
Begitu juga dengan penyanyi Alyah yang memohon maaf secara terbuka di media sosialnya terhadap apa juga kesilapan yang dilakukannya. Sama ada yang mengenali atau tidak menyukai dirinya.
Menurutnya sebagai manusia biasa yang hari-hari membuat dosa. Jadi menjadi tanggungjawab untuk terus kekal berusaha menjadi terbaik di mata Allah SWT.
Alyah turut mengucapkan selamat hari raya aidladha dan mengingatkan orang ramai untuk terus bersilaturrahim dan menjaganya kerana Allah SWT.
Tindik hidung antara trend yang diikuti ramai tak kira umur dan jantina. Ia dibuat demi menonjolkan identiti, gaya diri atau sekadar mengikuti tren.Semua tahu...