Indahnya kejadian penciptaan manusia pernah Allah gambarkan pada malaikat sebelum Nabi Adam AS dicipta.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya." (Surah al-Hijr, ayat 28).
Tidak hanya dicipta sebegitu indah, manusia juga dicipta menjadi khalifah (seorang pemimpin). Bukan saja untuk dirinya tapi orang terdekat, kawan-kawan, masyarakat bahkan pada semua yang ada di sekeliling kita.
Betapa kita diciptakan dengan penuh kesempurnaan namun kita juga yang memilih dua persimpangan, mengotorinya atau memilih jalan kebenaran. Namun jika melihat orang lain salah, jangan menghakimi sesiapa kerana kita sendiri tidak sempurna. Sebaliknya jika terlihat ada saudara seislam kita yang sudah tersasar dari landasan, ajaklah dirinya kembali ke jalan kebenaran.
Kehadiran Ustaz Ebit Lew yang kini berada di Pekan Baru, Indonesia dilihat memberikan impak positif apabila terus menjalankan kerja-kerja dakwahnya seperti biasa.
Ads
Sebelum ini dirinya dilihat mengunjungi pendakwah Ustaz Abdul Somad dan terkini dirinya berkongsi dakwah jalanan bersama anak-anak muda yang hanya tinggal di dalam khemah sahaja berikutan kesusahan hidup dialami.
Ads
Kongsinya :-
Sebak hati sayu bila di Pekan Baru Indonesia ternampak anak muda berkhemah di jalanan. Mereka merantau begini dengan vespa. Baik baik anak ini semua. Ada seorang 14 tahun sampai 20 tahun.
Ads
Walau kali pertama jumpa macam dah lama kenal. Saya belanja mereka pakaian untuk solat bersih. Mereka gembira sangat. Masa berbual cerita solat dan mak ayah. Bila kata Allah sayang. Mereka jadi sebak. Waktu peluk anak-anak ini menangis.
Berulang kali mereka ucap terima kasih Pak. Terlalu banyak ni semua. Sedih rasa. Semoga adik semua baik-baik sahaja ye. Dipermudahkan Allah segala urusan.
Semoga usaha dirinya terus diberkati Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Derhaka pada orang tua adalah satu dosa besar. Kita tahu, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Menjadi anak derhaka merupakan perbuatan yang ditakuti.
Namun apa hukumnya jika sang ibu meminta anak kandungnya menceraikan isteri yang dikasihi? Isu derhaka ini sangat berat. Tentu ada penjelasan lanjut kerana tidak semudah itu boleh menceraikan isteri. Kita baca kupasan oleh Ustaz Azhar Idrus ini.
SOALAN :
Saya mewakili kawan saya nak tanya ustaz masalah rumah tangga dia. Isteri kawan saya ini selalu tidak sefahaman dengan keluarga suaminya dan kadang-kadang bertegang lidah tapi tidak sampai bergaduh.
Masalahnya ialah ibu kepada suami telah beberapa kali menyuruh kawan saya menceraikan isterinya kerana ibunya tidak suka. Adakah wajib dia ikut perintah ibunya itu sedangkan dia tidak mahu bercerai dengan isterinya?
JAWAPAN :
Menurut pendapat sebahagian ulama jika orang tua menyuruh anaknya menceraikan isterinya dan isterinya memang perempuan yang jahat perangainya maka wajib anak itu taat pada perintah orang tuanya.
Akan tetapi jika isterinya bukan perempuan yang jahat perangainya sekali pun bukan perempuan yang solehah maka anak tidak wajib taat kepada suruhan orang tua untuk menceraikan isterinya dan anak itu tidak dikira derhaka pada tidak taatnya itu.
Telah berkata oleh Imam Ahmad :
“Tidak wajib seorang itu taatkan kedua ibu bapa dengan menceraikan akan isterinya.” (Kitab Adab As-Syar’iyyah)
Dan begitu juga jika kedua orang tua adalah orang yang tidak cerdik atau kurang akalnya dalam melakukan suatu perkara.
Ertinya : “Akan tetapi kalau bapanya seorang yang tidak cerdik atau bodoh akalnya lalu menyuruh anaknya dengan suatu perkara yang tidak dikira derhaka pada adat kalau tidak mentaatinya maka anaknya tidaklah berdosa dengan sebab tidak mentaatinya pada ketika itu kerana uzurnya”
Dan atasnya juga andai anaknya berkahwin dengan seorang perempuan yang dia sukai lalu disuruhnya anaknya menceraikannya sekali pun isterinya ketiadaan solehah lalu anak itu tidak taatkan suruhannya itu nescaya tidaklah anak itu berdosa.
Sebagaimana akan datang sebutnya pada kisah Abu Zarr r.a. akan tetapinya mengisyaratkan kepada yang afdal ialah mentaati suruhan bapanya itu kerana menjunjung perintah orang tua.
Dan atasnya lah ditanggungkan hadis Umar r.a. menyuruh anaknya menceraikan isterinya lalu enggan ia dan bertanyakan kepada Nabi saw dan baginda menyuruhnya menceraikan.” (Kitab Az-Zawajir)
Jika ibu bapa menyuruh ceraikan isteri dan memang isteri itu seorang yang jahat perangainya maka hendaklah ditaati akan suruhan ibu bapanya itu.
Ada pun jika isterinya bukan perempuan yang jahat maka suami tidak wajib taat suruhan ibu bapa. Mintalah kepada ibu bapa dengan perkataan yang baik dan beradab.
Ibubapa yang tidak puas hati dengan menantu hendaklah bersabar dan selesaikan dengan jalan yang baik kerana menyuruh cerai adalah memberatkan akan hidup anaknya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kala ini kita patut risau dengan kadar jangkitan COVID-19 yang agak konsisten dan tinggi di mana lebih 2000 kes dilaporkan setiap hari. Masa yang sama, kapasiti menampung jumlah pesakit di Malaysia hampir mencapai tahap maksimum.
Semalam dilaporkan, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,593 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 125,438 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 24,347 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,589 kes.
Mungkinkah Perintah Kawalan Pergerakan akan dikuatkuasakan semula khususnya di negeri-negeri yang kadar jangkitannya tinggi seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor dan Sabah? Ini bagi membolehkan pihak kerajaan mengawal volume penularan supaya fasiliti kesihatan dapat menampung jumlah pesakit COVID-19. Malah semalam juga BERNAMA melaporkan, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji strategi baharu untuk dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal penularan kes #COVID19 yang meningkat secara konsisten setiap hari.
Antara strategi yang sedang diperhalusi ialah melaksanakan tindakan bersasar berbeza antara negeri-negeri zon merah dan hijau serta memperketat kawalan sempadan antara negeri – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagi negeri-negeri merah, tindakan yang lebih drastik dan bersasar perlu dijalankan dengan melihat kepada kluster-kluster di negeri terlibat. KKM juga akan memperketatkan kawalan sempadan iaitu menghalang mereka rentas negeri dan daerah.
Sekatan pergerakan diperlukan untuk mengawal, mengurangkan jumlah kes daripada 2,000 kepada 200 sebelum kita boleh menguruskan keseluruhan situasi dengan lebih baik. Perbincangan sedang berjalan, KKM akan memberi nasihat tapi ‘kebijaksanaan’ kerajaan untuk membuat keputusan.
Walaupun tindakan yang diambil sejak 14 Oktober 2020 berjaya mengelakkan lonjakan kes secara mendadak, ia masih tidak berjaya menurunkan kebolehjangkitan yang masih pada R-naught 1.1 kepada 0.5.
Selain itu, KKM juga sedang mempertimbangkan untuk menempatkan kes positif tidak bergejala dan bergejala ringan di pusat kuarantin yang digunakan untuk pengembara pulang dari luar negara manakala pekerja asing pula dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
Dalam pada kita berasa risau dengan jumlah peningkatan kes, jangan sesekali lupa bawakan doa ini untuk menghindari wabak ini demi negara yang tercinta.
Yang bermaksud, Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, ahli keluarga dan para sahabatnya
Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit, taun, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah! Selamatkanlah negeri kami ini khususnya, dan negara umat Islam amnya daripada segala bencana tersebut. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala-galanya dan Engkaulah yang selayaknya memberi perkenan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan kita patut mengamalkan langkah berjimat cermat. Salah satu cara efektif adalah dengan menabung.
Namun ada kalanya semangat untuk menabung hanya sekerat jalan dan akhirnya tinggal angan-angan sahaja.
Namun sebenarnya ada cara lebih berkesan dan mudah untuk kita mula menabung. Seperti perkongsian wanita ini Wan Nor Adilah yang menunjukkan cara menabung dengan mengumpul RM4 ribu dalam masa setahun.
Ayuh ikuti perkongsiannya yang boleh kita jadikan amalan harian.
Menabung untuk masa depan, sikit-sikit lama jadi bukit. Mula 1 Januari dan berakhir 31 Disember
Tu diaaa.. Sikit2 lama2 jadi bukit.. Ummi start 01 jan-31Disember 2018 kumpul duit ni… Tahun 2017 tak berjaya sebab bulan 5 ummi ambik.. Tahun 2018 bertekad tak nak usik.. Disamping ummi main kutu duit.. Simpan la juga sikit2… Menabung untuk masa depan….ummi ni bukan kerja makan gaji.. Tiap2 bulan ummi main kutu.. Kalo tak niaga kek duit tak masuk.. Jadi ade peluang simpan la duit.. Sekarang ni keluar rumah pun semua guna duit.. Alhamdulillah dah masuk bank.. Ummi siap buat buku tanda2..
Ini cara yang digunakan, tidak susah dan membebankan
Rm1—ummi simpan rm1setiap hari.. Setahun ummi genapkan rm400 Rm5—yg ni ummi simpan setiap minggu 2 keping total ummi genapkan 108 keping jadi rm540 Rm10—yg rm10 pula ummi simpan 2 keping setiap minggu dapat 110 keping total rm1100 Rm20—yg ni ummi simpan 2 keping setiap bulan jadi rm500 25 keping Rm50—ummi simpan setiap bulan genap.. Feb,april, jun, ogos,oktober,disember total rm300 Rm100—yg ni pula setiap bulan ganjil.. Jun, mac, mei, julai, september, november.. Total rm600
Akhirnya setelah dikira setahun, berjaya kumpulkan RM4 ribu dan memang berbaloi cara digunakan dalam menabung
Duit syiling kalo ada ummi masuk tabung.. Alhamdulillah duit kertas rm3440 dan duit syilling rm634.total semua rm4074…. Insyaallah sambung lagi 2019..semoga ummi bertekad macam tahun lepas jangan buat separuh jalan.
KASHOORGA: Bagi yang untuk mendirikan rumah tangga, boleh guna cara ini mengumpul duit dalam tempoh beberapa tahun. Dan untuk pasangan baru berkahwin juga, jalan mudah mendapatkan duit tanpa bersusah payah. Jika ada rezeki lebih, boleh simpan lebih banyak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...