Indahnya kejadian penciptaan manusia pernah Allah gambarkan pada malaikat sebelum Nabi Adam AS dicipta.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya." (Surah al-Hijr, ayat 28).
Tidak hanya dicipta sebegitu indah, manusia juga dicipta menjadi khalifah (seorang pemimpin). Bukan saja untuk dirinya tapi orang terdekat, kawan-kawan, masyarakat bahkan pada semua yang ada di sekeliling kita.
Betapa kita diciptakan dengan penuh kesempurnaan namun kita juga yang memilih dua persimpangan, mengotorinya atau memilih jalan kebenaran. Namun jika melihat orang lain salah, jangan menghakimi sesiapa kerana kita sendiri tidak sempurna. Sebaliknya jika terlihat ada saudara seislam kita yang sudah tersasar dari landasan, ajaklah dirinya kembali ke jalan kebenaran.
Kehadiran Ustaz Ebit Lew yang kini berada di Pekan Baru, Indonesia dilihat memberikan impak positif apabila terus menjalankan kerja-kerja dakwahnya seperti biasa.
Sebelum ini dirinya dilihat mengunjungi pendakwah Ustaz Abdul Somad dan terkini dirinya berkongsi dakwah jalanan bersama anak-anak muda yang hanya tinggal di dalam khemah sahaja berikutan kesusahan hidup dialami.
Kongsinya :-
Sebak hati sayu bila di Pekan Baru Indonesia ternampak anak muda berkhemah di jalanan. Mereka merantau begini dengan vespa. Baik baik anak ini semua. Ada seorang 14 tahun sampai 20 tahun.
Walau kali pertama jumpa macam dah lama kenal. Saya belanja mereka pakaian untuk solat bersih. Mereka gembira sangat. Masa berbual cerita solat dan mak ayah. Bila kata Allah sayang. Mereka jadi sebak. Waktu peluk anak-anak ini menangis.
Berulang kali mereka ucap terima kasih Pak. Terlalu banyak ni semua. Sedih rasa. Semoga adik semua baik-baik sahaja ye. Dipermudahkan Allah segala urusan.
Semoga usaha dirinya terus diberkati Allah.