“Dalam Islam Kita Diajar Buat Baik Pada Haiwan” – Pengusaha Pusat Perlindungan Terharu Pasangan Selebriti Sudi ‘Jaga’ Anjing Jalanan Cacat

Share

Seperti yang kita tahu, anjing adalah haiwan peliharaan yang haram untuk kita sentuh melainkan dengan cara berlapik atau dalam keadaan kering.

Namun sebagai insan yang mempunyai hati dan perasaan pastinya kita tidak sampai hati jika melihat haiwan makhluk ini dalam kesakitan.

Pastinya akan terdetik hati untuk menolong dan memastikan haiwan yang dalam kesakitan ini sihat seperti sebelumnya.

Seperti yang dijelaskan oleh wanita ini yang juga pemilik pusat jagaan dan perlindungan kucing, S.I Home Shelter, Nurul Ain Abdul Hamid yang begitu prihatin dalam soal penjagaan haiwan terbiar ini.

Nurul Ain dan suami, Muhamad Razeef Che Shamah, membangunkan pusat itu pada 2014, bagaimanapun mereka mula menyelamatkan kucing sejak sebelum berkahwin lagi.

Dalam satu posting Baru-baru ini, dia merakamkan rasa terima kasih kepada pelakon Harith Iskandar dan isterinya Dr Jezamine yang sudi menjadikan salah seorang haiwan iaitu anjing jalanan yang mempunyai kisha tragis sebelum itu sebagai ‘temporary adapter’.

Menurutnya memang dia agak berat hari melepaskan anjing pertama diselamatkan tetapi dia sudi untuk berkongsi kasih sayang dengan pasangan ini untuk menjaganya penuh kasih sayang.

Tambahnya lagi biarpun anjing ini dipandang benci oleh masyarakat tetapi masih ada lagi yang menyayangi.

Artikel Berkaitan: InsyaAllah Rezeki Jadi Berganda Pelihara Haiwan Kesayangan Rasulullah. Syaratnya Tak Boleh Kedekut Beli Makanan Kucing!

Malah katanya lagi dalam Islam kita diajar untuk berbuat baik kepada haiwan dan dibenarkan untuk menjaga anjing bagi tujuan berburu menjaga kebun.

“Thank you @drjezaminelim & husband encik harith iskander sudi untuk menjadikan marvela sebagai temporary adopter @ anak angkat terima kasih sudi memberi kasih sayang pada marvela yang pada asalnnya adalah anjing jalanan yang mempunyai masa lalu yang sedikit tragis

“Saya beritahu pada mereka bahawa berat untuk saya melepaskan sepenuhnya anjing pertama yang saya selamatkan ini ..tp saya sudi berkongsi kasih sayang, saya diberitahu bahawa mereka akan jaga marvela untuk 3-4 minggu tapi saya beritahu saya tidak kisah bila bila mereka bersedia untuk hantar marvela dan bila bila mereka mahu ambil marvela balik rumah , dan andai kata mereka belum bersedia untuk menghantar marvela saya akan melawat marvela di sana .. Saya diberitahu wheel chair marvela yang baru akan dibelikan oleh mereka . Dan mereka suka dengan kehadiran marvela dalam hidup mereka .

“Walaupun anjing ini dipandang benci oleh sesetengah masyarakat , Alhamdullilah masih lg ada yang menyayangi .. sedangkan dalam islam kita diajar berbuat baik kepada haiwan , sedangkan dalam islam kita dibenarkan membela anjing untuk tujuan berburu menjaga kebun apatah lg perkara yang lebih mulia di mana kita menjaga anjing yang perlukan perlindungan .. dan menyelamatkan mereka ..malah dalam islam diberi kemudahan sertu .. Marvela adalah anjing yang tidak mempunyai kedua dua belah kaki depan dan pernah dibuli dipukul orang dahulu

“Semoga ramai lg orang yang terkenal membantu dan menyayangi makhluk Allah ini.. Amin InsyaAllah

Kredit Foto: Instagram Nurul Ain & Dr Jezamine

Sumber: Mstar

Published by
Siti Zurina Mat Saman