Minggu lalu ketika Shah Alam dilanda banjir besar hingga menenggelamkan banyak kawasan perumahan khususnya di Taman Sri Muda, tular di media sosial ramai warga asing memecah masuk beberapa buah pasaraya seperti Mydin Mart, Speedmart dan lain-lain lagi di kawasan terbabit.
Ada video dan gambar memperlihatkan mereka tidak hanya mengambil makanan sebaliknya banyak barangan elektrik dan jam turut “disapu” oleh individu-individu ini. Ramai yang bersimpati kalau mereka sekadar mengambil makanan untuk mengalas perut yang lapar malah Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin turut menghalalkan makanan diambil kerana tahu bantuan lambat tiba di kawasan terbabit.
Namun apa yang ditular di media sosial, mereka turut dilihat mengangkut barangan elektrik. Antara gambar yang ditularkan termasuklah seorang wanita dan lelaki dipercayai suaminya sedang memegang satu kotak oven didakwa sebagai barangan elektrik.
Hal ini menimbulkan kemarahan dan perlian netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak patut kerana golongan ini mengambil kesempatan ke atas barangan bukan keperluan.
Ads
Menyedari dirinya sudah tular di media sosial, wanita ini tampil di tik tok @largh_dawson memperjelaskan isu sebenar.
Katanya, kotak berisi oven itu hanyalah makanan dan bukan barangan elektrik seperti disangka oleh orang ramai sehingga dirinya dianggap sebagai pencuri. Jelasnya, kotak itu diisi barang makanan kerana anaknya sudah menangis kelaparan. Saya letak biskut, sardin dan barangan lain, bukan oven didalamnya. Kalau oven saya ambil pun apa guna sebab tak boleh guna di rumah.
Ads
“Anak saya dah tiga hari tak makan. Saya pergi hari ke dua, jam 2.30. Dalam itu tiada oven, hanya makanan,” katanya yang memaklumkan sudah membuat laporan polis berikutan kecaman diterimanya dari orang ramai.
Ads
Malah dengan hati yang sangat besar, dirinya turut meminta maaf jika orang ramai salah sangka kerana berpendapat di dalam kotak itu ada barangan elektrik sebaliknya ia hanya makanan semata-mata. Saya tak ambil kesempatan atas perkara-perkara ini, tak masuk akal. Tahu halal haramnya.
Apa pun semoga kekeliruan ini terjawap dan siapa yang pernah tuduh akak nie pergilah minta maaf ya kerana dosa sesama manusia hanya boleh dimaafkan jika kita bertemu orangnya.
Allah maha mengetahui segala-galanya. Setiap apa yang berlaku menjadi pengajaran buat kita yang masih hidup.
Perkongsian dari skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) mengenai urusan jenazah sepasang suami isteri di fb Mr Wan Chai Official cukup memberikan satu keinsafan buat kita semua. Ini bukanlah sesuatu yang harus kita takutkan tapi perlu dikagumi dan diteladani keperibadian arwah.
Bacalah perkongsian yang boleh menjadi teladan buat kita semua.
21 tahun bersama, suami isteri dijemput lllahi selang 72 jam, Allah SWT memuliakan jenazah ini dari dunia lag.
24 Februari 2021-Bilik Gerakan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) menerima panggilan untuk membantu menguruskan satu jenazah lelaki berumur 65 tahun warga Indonesia.
Oleh kerana arwah pemegang kad permastautin tetap (MyPR), jadinya jenazah tidak boleh dituntut sehingga selesai urusan dokumentasi dengan pihak berwajib kemudian barulah segala urusan berkaitan pengebumian jenazah dapat dilakukan.
KASIH HINGGA HUJUNG NYAWA
Kasih isteri terhadap suaminya dibawa sampai hujung nyawa apabila dia meninggal dunia 72 jam selepas suami yang dikasihi itu pergi buat selama lamanya akibat tekanan darah rendah.
Si suami meninggal dunia pada 22 Februari 2021 di sebuah hospital di Selangor. Manakala si isteri menghembuskan nafas terakhir 2 hari kemudian di kediamannya di Dengkil akibat kanser otak.
PENGURUSAN JENAZAH
Bagaikan telah berjanji dan begitu indahnya pengaturan dari Allah S.W.T. Dialah yang maha kuasa menyatukan pasangan ini dengan pernikahan dan Dia jualah yang mematikan pasangan ini dan Dia jugalah yang menentukan disemadikan bersebelahan . Seperti tidak boleh berpisah pasangan ini umpama sedang menikmati perjalanan yang indah bersama. hebatnya perancanganMu, Ya Allah.
Jenazah si isteri diuruskan di Dengkil dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Pekan Dengkil selepas Zohor semalam (25 Februari 2021) manakala suaminya pula dikebumikan bersebelahan isterinya sebelum maghrib hari yang sama.
TANDA PERGINYA ORANG BERIMAN
Alhamdulillah,kami ditugaskan untuk menguruskan jenazah si suami di hospital .Saat melihat keadaan jenazah yang sudah berhari-hari disimpan dalam peti sejuk mayat itu kami terkejut kerana keadaan jenazah seperti baru meninggal dan dahinya masih berpeluh.
Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku, wajahnya sungguh tenang seperti sedang tidur. Kelu lidah kami sebentar melihat kebesaran yang Allah S.W.T tunjukkan.
Lalu jenazah pun dimandi dengan segera sepertimana biasa. Tetapi, semasa proses kafan. Masya Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku. Dahi jenazah ini mengeluarkan air dan kami lap air tersebut. Semasa hendak dipakaikan wangian pada jenazah, sekali lagi kami melihat dahi jenazah berpeluh. Kami tutup muka arwah dan selesailah proses mandi dan kafan. Seterusnya kami menuju ke masjid berdekatan rumah arwah untuk solat jenazah. Selesai tugas kami di sini dan seterusnya van masjid pula akan bawa jenazah ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah S.W.T telah pun memuliakan jenazah ini di atas jasa-jasanya yang Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.
Mengikut cerita dari anak saudara arwah, bapa saudaranya selalu bangun di tengah malam dan bersolat tahajjud. Ditambah pula amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh orang sekeliling semasa arwah masih hidup, yang mana hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui
Sungguh istimewa jenazah ini
Mayat kebiasannya akan mengeras dan membeku.Tetapi jenazah ini empat hari di dalam peti sejuk mayat. Melihat dari keadaan dagingnya masih merah dan masih berpeluh.Wajahnya tenang seperti sedang tidur. MasyaAllah, kembalilah jiwa itu dengan redha lagi diredhai dengan wajah yang senyum dan tenang.
Rasulullah SAW bersabda: "Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara: i. Bila dahinya berkeringat. ii.Air matanya berlinang. iii.Hidungnya keluar hingus.
Maka hal tersebut penanda rahmat Allah S.W.T untuk si mayat
Rasulullah S.A.W bersabda :
إِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدِهِ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ، قاَلُوُا: كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ؟ قَالَ: يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ. رَواه الإمام أحمـد والترمذي وصحح الحاكم في المستدرك.
“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka Allah memanfaatkannya”. Para sahabat bertanya,”Bagaimana Allah akan memanfaatkannya?” Rasulullah menjawab,”Allah akan memberinya taufiq untuk beramal soleh sebelum dia meninggal.” [HR Imam Ahmad, Tirmidzi]
Jom sama sama kita aminkan doa ini.
“Kami bersyukur ya Allah kerana dipilih olehmu untuk diberikan petunjuk dan hidayah. Terimalah amal kebajikan kami dan ampunkan dosa dosa kami Ya Allah. Semoga dengan petunjukmu dapat jadikan kami yang hina ini insan yang berguna dan dirahmati olehMu dan tempatkanlah pasangan suami isteri ini di dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh”. Aamiin Ya Rabbal Alamin
Alhamdulillah, Syabas Skuad!
SPJM KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFFESIONAL ANTARABANGSA
Kredit :Saiful Nizam SKUAD TINDAKAN KHAS KHAS SPJM
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tak sengaja tersalah baca doa qunut, solat subuh sah atau tidak? Kadang-kadang dalam keadaan kelam-kabut mendirikan solat Subuh kita tidak sedar tersalah membaca doa qunut.
Lebih parah apabila selesai solat barulah tersedar yang kita tersalah membaca doa qunut. Ikuti penjelasan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sama ada solat subuh kita sah atau tidak jika tersalah membaca doa qunut.
Perkataan Qunut (الْقُنُوْتُ) adalah daripada Bahasa Arab yang membawa beberapa makna seperti berdiri lama, diam, selalu taat, tunduk, doa dan khusuk.
Manakala maksud doa Qunut secara istilah adalah doa yang dibaca seorang Muslim dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri.
Tersalah Baca Doa Qunut
Membaca qunut adalah semasa iktidal dalam rakaat yang kedua ketika solat Subuh dan dalam rakaat yang kedua dalam solat Witir pada separuh yang kedua di dalam bulan Ramadhan.
Begitu juga dalam rakaat yang akhir pada mana-mana solat bagi qunut Nazilah. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/145)
Hal ini adalah berdasarkan kepada riwayat daripada Muhammad bin Sirin bahawa beliau bertanya kepada Anas R.A:
Maksudnya: “Adakah Rasulullah SAW melakukan qunut dalam solat Subuh? Beliau menjawab: ‘Ya, Baginda melakukan qunut dalam solat, tidak berapa lama selepas rukuk.’- Riwayat Muslim (677)
Maksudnya:
Rasulullah SAW masih membaca doa qunut dalam solat subuh sehingga Baginda wafat.
Solat Subuh Sah Atau Tidak?
Al-Khatib al-Syarbini menyatakan :
Disunatkan membaca qunut subuh ketika iktidal pada rakaat yang kedua selepas membaca doa I’tidal’, ini juga sepertimana yang disebutkan oleh al-baghawi dan dibenarkan oleh al-Isnawi.
Beliau menukalkan lagi bahawa al-Mawardi menyatakan : Tempat untuk membaca qunut adalah selepas selasai dari membaca “سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا لَك الْحَمْدُ”. (Lihat Mughni al Muhtaj, 1/368)
Imam al-Syafi’e menyatakan dalam kitabnya al-Umm : Tidak dibacakan doa qunut dalam sembahyang kecuali sembahyang Subuh, kecuali jika berlakunya bencana maka dibolehkan untuk membaca doa qunut dalam semua sembahyang jika Imam menghendakinya. (Lihat al-Umm,1/236)
Menjawab bagi persoalan di atas kami nyatakan bahawa tersalah dalam membaca qunut tidaklah menyebabkan solat itu terbatal atau tidak sah.
Ini kerana qunut merupakan salah satu daripada sunat aba’d iaitu perkara sunat dalam solat yang mana sekiranya terlupa melakukannya maka kita disunatkan untuk sujud sahwi.
Telah dinyatakan dalam Fiqh al-Manhaji bahawa : Hukum sujud sahwi itu adalah sunat apabila terjadinya salah satu daripada sebab-sebabnya (Lihat Fiqh al-Manhaji, 1/443)
Tidak Membatalkan Solat
Berkaitan doa qunut yang tersalah dibaca kami katakan, sekiranya ia tidak disengajakan maka ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap sahnya solat. Ini juga sebagaimana yang telah diriwayatkan Zar al-Ghifari R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah mengampunkan ke atas umatku (perbuatan-perbuatan yang dilakukan) secara tersilap, terlupa, dan juga suatu yang dipaksa ke atas mereka.”
Riwayat Ibn Majah (2043)
Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang jelas dalam beribadat kepada dan kami akhiri dengan doa :
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
Surah Ibrahim (40)
Ashhadu allah ilaha illallah, wa ash hadu anna muhammada rrosulullah
Ertinya :- Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah, melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Setiap hari waktu solat, kita akan mengucapkan perkataaan dua kalimah syahadah ini sebanyak lapan kali dalam sehari. Malahan adakalanya dibaca lebih kerana kita membacanya sebelum tidur selain melakukan solat sunat lain.
Betapa besarnya dan agungnya nama Allah dan Muhammad di bibir kita. Dikisahnya manusia akhir zaman akan masuk syurga kerana rahmat dan kasih sayang Allah serta syafaat dari baginda Rasulullah. Sebagai Nabi terakhir, Rasulullah dihadirkan sebagai pembawa rahmat kepada makhluk sekalian alam. Ini jelas melalui firman ALLAH SWT: “Tidak kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam.” (Al-Anbiya’, 107).
Malah sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke Madinah, pasti merindui bumi barakah itu malah ramai yang berebut ingin memasuki Raudah, tempat jenazah Rasulullah disemadikan. Selain berbau harum, ramai mengharapkan dapat bersemadi di situ agar dekat dengan makam Baginda Nabi.
Dari satu perkongsian Tik Tok @Delhaura, wanita ini berkongsi bagaimana dia mengubah kehidupannya 360 % selepas bermimpi bertemu Rasulullah. Malah dari perkongsiannya, setiap kali nama Baginda disebut, hatinya berasa hiba dan dia akan menangis tersedu sedan mengenangkannya.
Berkongsi kisah mimpinya itu, mengakui dirinya hanyalah hamba yang kerdil. Terasa diri tidak layak.
“Saya sedih, siapalah saya untuk bertemu bermimpi bertemu Baginda? Saya ini wanita biasa akhir zaman. Saya bermimpi ketika saya amula bertaubat dan berhijrah. Dan mimpi dah ubah hidup saya 360 darjah.
“Ramai tanya apa amalan saya? Jujur tak ada amalan istimewa pun. Saya bukan wali atau auliya Allah SWT. Saya cuma manusia yang selalu merindui Nabi SAW. Hari-hari saya teringatkan Baginda. Saya rasa Baginda begitu dekat dengan saya. Saya letak Baginda dalam satu ruang hati kecil saya. Air mata saya terlalu murah untuk Baginda.
“Saya banyak buang dunia dari hati demi perjuangan dan pengorbanan Rasululah SAW. Saya ingin ikut jejak langkah Baginda. Saya amal sunnah Rasulullah SAW. Termasuk ibadat, perbuatan, pemakanan dan lain-lain. Dalam sunnah ada kejayaan.
Tambah @delhaura lagi, dia mengajak orang ramai memperbanyakkan selawat jika ingin bertemu dengan baginda Nabi. Jika tidak di dunia, di akhirat kelak. PASTI. Inilah janji Rasullah SAW. Baginda akan beri syafaat kepada sesiapa yang pernah berselawat atasnya. Moga bertemu lagi Rasulullah wahai Rasulku sayang,” kongsinya pada video pertama.
Dari satu video lain, @Delhaura memaklumkan bagaimana kisah mimpinya itu bermula.
Jelasnya, orang sering bertanya mengapa dirinya mudah sedih dan tersentuh kalau dengar pasal Nabi SAW.
“Ia berkaitan dengan mimpi dialaminya. Satu hari aku masuk ke satu kampung. Di situ ramai lelaki. Yang pakaiannya tidak seperti sekarang. Mereka berbeza dengan kita. Mereka membawa pedang, panah dan tombak. Di tengah-tengahnya ada dua orang lelaki. Seorang duduk dan seorang berdiri.
“Dua lelaki tadi memakai jubah. Berwarna putih. Berwajah Arab. Punya janggut tapi wajahnya bercahaya. Lalu aku bertanya, “siapa ini”?
“Jawapnya, Ini Rasulullah.
Allah, betapa indahnya mimpi wanita ini. Semoga kita juga memperoleh inspirasi dan jangan pernah lupa untuk berselawat ke atas Nabi. Rugi jika berat mulut di dunia kerana kita semua mengharapkan syafaat dari Baginda di akhirat kelak untuk masuk ke syurga Allah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...