Minggu lalu ketika Shah Alam dilanda banjir besar hingga menenggelamkan banyak kawasan perumahan khususnya di Taman Sri Muda, tular di media sosial ramai warga asing memecah masuk beberapa buah pasaraya seperti Mydin Mart, Speedmart dan lain-lain lagi di kawasan terbabit.
Ada video dan gambar memperlihatkan mereka tidak hanya mengambil makanan sebaliknya banyak barangan elektrik dan jam turut “disapu” oleh individu-individu ini. Ramai yang bersimpati kalau mereka sekadar mengambil makanan untuk mengalas perut yang lapar malah Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin turut menghalalkan makanan diambil kerana tahu bantuan lambat tiba di kawasan terbabit.
Namun apa yang ditular di media sosial, mereka turut dilihat mengangkut barangan elektrik. Antara gambar yang ditularkan termasuklah seorang wanita dan lelaki dipercayai suaminya sedang memegang satu kotak oven didakwa sebagai barangan elektrik.
Hal ini menimbulkan kemarahan dan perlian netizen yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak patut kerana golongan ini mengambil kesempatan ke atas barangan bukan keperluan.
Ads
Menyedari dirinya sudah tular di media sosial, wanita ini tampil di tik tok @largh_dawson memperjelaskan isu sebenar.
Katanya, kotak berisi oven itu hanyalah makanan dan bukan barangan elektrik seperti disangka oleh orang ramai sehingga dirinya dianggap sebagai pencuri. Jelasnya, kotak itu diisi barang makanan kerana anaknya sudah menangis kelaparan. Saya letak biskut, sardin dan barangan lain, bukan oven didalamnya. Kalau oven saya ambil pun apa guna sebab tak boleh guna di rumah.
Ads
“Anak saya dah tiga hari tak makan. Saya pergi hari ke dua, jam 2.30. Dalam itu tiada oven, hanya makanan,” katanya yang memaklumkan sudah membuat laporan polis berikutan kecaman diterimanya dari orang ramai.
Ads
Malah dengan hati yang sangat besar, dirinya turut meminta maaf jika orang ramai salah sangka kerana berpendapat di dalam kotak itu ada barangan elektrik sebaliknya ia hanya makanan semata-mata. Saya tak ambil kesempatan atas perkara-perkara ini, tak masuk akal. Tahu halal haramnya.
Apa pun semoga kekeliruan ini terjawap dan siapa yang pernah tuduh akak nie pergilah minta maaf ya kerana dosa sesama manusia hanya boleh dimaafkan jika kita bertemu orangnya.
Mungkin anda pernah merasakan hubungan anda dan pasangan suam-suam kuku. Apakah anda pernah merasakan pasangan anda kurang memberi perhatian kepada anda?
Ya, situasi ini bukanlah janggal berlaku kerana setiap pasangan memiliki rasa bosan dalam hubungan cinta mereka.
Lalu, bagaimana cara agar si dia dan anda selalu saling rindu merindu dan selalu ingat antara satu sama lain meskipun berada jauh antara satu sama lain?
Mudah saja. Hanya dengan kekuatan doa maka kita mampu membuatkan pasangan selalu mengingati kita walau di mana jua kita berada.
Doa ini boleh diamalkan agar pasangan selalu merindukan anda. Pasangan yang selalu merindu akan selalu ingin bertemu dan di situlah rasa cinta kasih semakin erat terjalin.
Doa ini mudah anda amalkan setiap hari. Cukup melafazkan doa agar si dia ingat kepada kita. Anda akan dapat merasakan manfaat/barakah dari doa ini.
Lafaz Doa Agar Si Dia Ingat Kepada Kita
(WALQOYTU ALAYKA MAHABBATAM MANNA WALITUSNA A’ ALA AIN)
Maksudnya: “Aku limpahkan kepadamu kasih sayang yang berasal dariNya, agar engkau diasuh di bawah pengawasanNya.”
Cara Mengamalkannya:
Setelah mengetahui lazaf doa agar si dia selalu teringat kepada kita, ketahui tata cara mengamalkannya. Rasailah barakah daripada amalan doa tersebut.
CARA MENGAMALKAN DOA INI:
1. Selalu laksanakan solat lima waktu tepat pada waktunya.
2. Setelah solat, bacalah doa agar si dia ingat kita terus sebanyak 33 kali sebagai wirid doa.
3. Niatkan dalam hati agar pasangan anda selalu setia, selalu rindu dan selalu mengingati anda di mana saja dia berada.
4. Mintalah yang terbaik semoga pasangan anda saat ini adalah jodoh terbaik bagi anda.
Apabila anda mengamalkan doa ini secara rutin dan istiqamah maka Insya Allah anda akan dapat merasakan hikmahnya yang begitu besar.
Pasangan akan selalu ingat, selalu rindu dan tak mampu jauh dari anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap hari beri makan 40 ekor kucing jalanan. ‘Ini caranya saya kongsi ganjaran pahala dengan penderma buah pinggang anak.’ Begitulah luahan seorang bapa yang amat menghargai penderma buah pinggang anaknya.
Disebabkan pihak hospital merahsiakan nama penderma atas permintaannya, jadi beginilah cara lelaki tua ini membalas jasa dan pengorbanan penderma itu kepada mereka sekeluarga.
“Inilah yang mampu saya lakukan untuk berkongsi ganjaran pahala dengan penderma buah pinggang yang tidak dikenali menderma buah pinggang kepada anak perempuan saya yang bongsu,” kata warga emas, Nasir Salaton, 69.
Setiap hari dia memberi makanan kepada kira-kira 40 ekor kucing jalanan sejak lima tahun yang lalu, dekat Slim River, Perak.
Menurut Nasir, dia kini hanya mempunyai dua anak iaitu anak sulung lelaki dan anak bongsu perempuan selepas anak perempuan yang kedua meninggal dunia.
Jelasnya, anak perempuannya, Nurul Faezah, 33, menderita sakit buah pinggang selama 15 tahun selepas tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM).
40 Ekor Kucing Jalanan
Katanya, pada peringkat awal dia memberi kucing makan hanya sekitar kawasan tempat tinggal iaitu di Kampung Kurnia dan perumahan sahaja.
“Pada tahun 2020, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh pihak kerajaan, saya menerima panggilan telefon daripada pihak hospital.
“Pihak hospital memaklumkan ada seorang penderma ingin menderma buah pinggang kepada anak saya dan ketika itu memang saya rasa terkejut dan amat bersyukur dengan berita terbabit,” katanya lagi.
Ini Caranya Saya Kongsi
Selepas menjalani pembedahan di hospital berkenaan, anak perempuannya kembali pulih dan kehidupan seharian anaknya kembali normal.
Ekoran pihak hospital diminta merahsiakan nama penderma buah pinggang kepada anaknya sehingga hari ini, dia tidak mengetahui siapa insan misteri yang berhati mulia membantu anak perempuannya itu.
“Saya ingin berjumpa dengan penderma sekurang-kurangnya dapat mengucapkan terima kasih kepadanya yang sanggup berkorban menderma buah pinggang namun pihak hospital tetap memegang amanah yang diberikan kepada mereka agar merahsiakan nama penderma terbabit.
“Oleh itu, bagi membalas jasa dan pengorbanan penderma terbabit, saya memberi kucing makan sambil berdoa menghadiahkan atau memanjangkan ganjaran pahala ke atas apa yang saya lakukan kepada penderma terbabit,” katanya.
Ganjaran Pahala
Tambahnya lagi, jika dahulu dia hanya memberi makanan kucing hanya sekitar kampung dan perumahan sahaja namun sejak dua tahun yang lalu beliau memberi kucing makan di sekitar pekan Slim River, Perak pula.
Katanya, beliau membelanjakan kira-kira RM50 sehari untuk membeli ikan dan ayam yang akan digaul bersama nasi setiap hari sebelum bergerak ke tempat tinggal kucing jalanan terbabit setiap pagi.
“Begitulah rutin pada waktu pagi saya setiap hari dengan menunggang motosikal untuk menjejaki tempat tinggal kucing jalanan sambil membawa makanan.
“Bunyi sahaja deruman dan hon motosikal atau suara saya, kucing jalanan akan datang menghampiri untuk menikmati makanan termasuklah anjing liar di kawasan pekan,” katanya.
Keadaan Nurul Faezah yang masih belum sembuh sepenuhnya menyebabkan dia tidak mampu bekerja dan tinggal bersama ibu bapanya di samping membantu mengurus kehidupan seharian.
Malah, masih menjalani rawatan susulan di salah sebuah hospital kerajaan secara berkala dan bergantung kepada keadaan kesihatan.
Oleh itu, Nurul Faezah yang akan memasak makanan kucing setiap hari sebelum ayahnya menunggang motosikal sambil membawa makanan kucing dari rumah kira-kira jam 7 pagi.
Nasir berkata, kucing atau anjing jalanan juga makhluk Tuhan dan perlukan makanan seperti manusia untuk terus bernafas di muka bumi walaupun hanya sementara.
Buah Pinggang Anak
Katanya, apa yang dilakukan diharapkan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat setempat agar perihatin kepada makhluk Tuhan.
“Hati saya berasa lebih tenang dan berharap pahala yang saya niatkan semasa memberi makan kucing sampai kepada penderma buah pinggang terbabit.
“Saya sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada penderma terbabit kerana memberi sinar baharu kepada anak perempuan saya dan jasa baiknya hanya Tuhan sahaja mampu membalasnya,” katanya.
Jadi tidak hairanlah, kelibat lelaki ini memberi kucing jalanan makan setiap hari sudah menjadi kebiasaan penduduk yang tinggal sekitar Slim River dan rata-rata mereka memuji usaha yang dilakukan oleh beliau itu.
Kashoorga : Tindakan Nasir patut dijadikan inspirasi dan contoh kerana tak semua yang ambil berat tentang kucing jalanan.
‘Sentiasa doakan keajaiban buat isteri.’ Isteri terlantar angin ahmar, Pak Tam sanggup lakukan apa saja untuk isteri agar terus positif dan tidak murung. Tidak ada sesiapapun yang mahu dirinya sakit.
Begitu juga dengan isteri Pak Tam. Masalah kesihatan yang dialami meragut kebahagiaan wanita ini dalam sekelip mata. Bayangkan selama ini bebas bergerak, kini tidak lagi dan terpaksa bergantung kepada suami.
Ternyata ini bukan satu ujian yang kecil. Mujurlah di samping wanita ini ada lelaki yang benar-benar bertanggungjawab dan dapat menerima isterinya apa adanya.
Inilah lelaki yang bernama Pak Tam. Cekalnya bapa dua anak, bukan hanya gigih mencari rezeki buat keluarga tetapi komited mengurus dan menjaga isterinya, Norfaezan Ishak yang diserang angin ahmar dua bulan lalu.
Meskipun sibuk dengan komitmen sebagai usahawan makanan, Pak Tam, 38, cuba luangkan masa juga dengan isteri selain menguruskan anak yang berusia lapan dan 12 tahun.
Keajaiban Buat Isteri
Bercerita lanjut, Pak Tam sebenarnya tiada pilihan melainkan kuat kerana perlu memberi semangat kepada Norfaezan, 42, yang mengalami kemurungan selepas diserang angin ahmar.
“Isteri dulu sihat namun diserang angin ahmar secara mengejut pada hari raya kelima yang lalu. Hasil pemeriksaan di hospital mendapati isteri diserang angin ahmar pada bahagian kiri badan berpunca akibat darah tinggi.
“Ketika dapat berita itu, isteri jadi patah semangat kerana tak boleh terima keadaan dirinya. Tahap kemurungannya semakin serius selepas keluar hospital dan pulang ke rumah kerana berasa dirinya tak berguna juga menyusahkan,” katanya.
Terlantar Angin Ahmar
Menyedari keadaan itu, Pak Tam cuba beri semangat, menggembirakan dan menjadi pendengar setia isterinya.
Berkaitan soal penjagaan pula, Pak Tam mengakui agak sukar pada awalnya kerana tiada pengalaman menjaga pesakit angin ahmar. Jadi,dia cuba lakukan carian di Internet bagi mendapatkan maklumat diperlukan.
“Setiap hari, saya akan bangun 5.30 pagi kemudian bersiap untuk hantar anak ke sekolah selepas Subuh dan pulang ke rumah bagi uruskan isteri termasuk mandi serta membawanya pergi sarapan.
“Awalnya dulu, isteri nak bangun pun tak boleh dan dia malu dengan keadaan dirinya tetapi kini dapat terima malah sudah boleh diajak makan sarapan di luar.
“Demi isteri, saya sanggup pusing satu taman cari makanan diinginkan. Setiap pagi, saya menyakatnya dengan jadi pak lawak, joker dan badut semata-mata nak tengok dia (isteri) ketawa dan tersenyum.
“Penat macam mana sekalipun, saya akan tukar jadi ceria setiap kali pulang dari kerja kerana nak isteri berasa positif sentiasa,” katanya.
Pak Tam Sanggup Lakukan Apa Saja
Menurut Pak Tam, dia sedia maklum isterinya tidak akan sembuh sepenuhnya daripada derita yang ditanggung.
“Doktor kata isteri tak boleh sembuh sepenuhnya, mungkin 70 ke 80 peratus saja. Tapi saya tetap bersyukur kerana dia banyak tunjukkan perubahan ke arah lebih baik berbanding sebelum ini.
“Kisah ringkas mengenai isteri pun saya ada kongsikan menerusi video di TikTok dan Alhamdulillah, dapat banyak komen positif dengan rata-rata mendoakannya,” katanya.
Dalam usaha mencapai khusyuk dalam solat, ada yang memilih untuk memejam mata semasa solat agar lebih fokus. Namun timbul persoalan, apakah hukum memejam mata...