Dalam Rumah Tangga Suami Kena Rajin Tak Boleh Malas, Contohi Acuan Nabi Muhammad SAW

Share

Dalam rumah tangga, sikap tolak ansur antara suami dan juga isteri amat penting. Ia bagi memastikan kehidupan berumah tangga berjalan dengan lancar.

Sebagai ketua rumah tangga adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memastikan segala keperluan keluarga dipenuhi.

Jika isteri bekerja, pastikan suami ringan tulang untuk membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.

Walau bagaimanapun ini bukan bermakna isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa tidak perlu dibantu oleh sang si suami. Menjadi kewajipan suami untuk membantu isteri.

Baca perkongsian berikut.

Cerita penceramah dan pakar kaunseling rumah tangga Tuan Haji Hussim, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya…

Katanya,” Saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak-anak, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua…tu kerja saya…Isteri saya kata, “abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok”…kita sama2 kerja.

“Saya nak bagi tahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas…Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumah tangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku..”

Berforum pula saya dengan Ustaz Nizam Kadir, katanya..
?suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh makan,
?siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri,
?siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,

HABIS ISTERI?
Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2, picit2 suami, bermuka manis.
Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.

Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumah tangga?

 

Kita hari ni orang Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yang Islam suruh. Orang perempuan buatlah kerja macam2, dalam hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak reda tapi tak ikhlas-ikhlas juga, sia-sia saja. Last2 penat dapat, dosa pun dapat”

USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:

“Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya.

Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga.

Jika isteri bekerja di luar rumah (sama2 mencari nafkah) maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil.

Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.

Ikutlah acuan yang Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling banyk senyum pada isterinya, yg paling bnyk khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya….

Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab.
Menjadi suami tidak penat, bila mana semua beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kecantikan dan kasih sayang seorang isteri.

Adilnya Islam bila kita sama2 membantu…sama2 memuliakan antara satu sama lain.

SEMOGA ALLAH AMPUNKAN KITA SEMUA

Sumber Kredit: Fb: Via Nor Syazrah

Published by
Siti Zurina Mat Saman