Tidak ada perasaan yang dapat kami gambarkan apabila terbaca tragedi yang menimpa anakanda Nur Aisyah Aleya Abdullah. Ianya terlalu tragis dan kejam. Tindakan yang dilakukan adalah di luar kewarasan akal seorang insan. Malah, jauh lebih hina daripada haiwan.

Apa dosa si anak kecil sehingga diperlakukan sedemikian rupa?! Apa jua perlakuan mereka yang dewasa, usah sama sekali libatkan jiwa yang tidak tahu apa-apa. Kami berharap pihak berkuasa dapat melaksanakan tanggungjawab dengan segera supaya yang bersalah dapat dibawa ke muka pengadilan. Moga inilah kali pertama dan terakhir kita membaca laporan yang amat merenggut naluri keinsanan ini di dada akhbar.

Kami berdoa kepada Allah SWT, semoga Allah kuatkan kaum keluarga anakanda Nur Aisyah di samping peristiwa seperti ini menjadi dan memberi banyak iktibar dan pengajaran kepada kita.

Damailah Di Syurga Firdausi Nur Aisyah Aleya Abdullah

Dari ‘Aisyah Ummul Mu’minin dia berkata; ‘Suatu ketika seorang bayi meninggal, maka aku katakan;

IKLAN

طُوبَى لَهُ عُصْفُورٌ مِنْ عَصَافِيرِ الْجَنَّةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَ لَا تَدْرِينَ أَنَّ اللَّهَ خَلَقَ الْجَنَّةَ وَخَلَقَ النَّارَ فَخَلَقَ لِهَذِهِ أَهْلًا وَلِهَذِهِ أَهْلً
Beruntunglah dia, apakah dia akan menjadi pipit dari pipit-pipit syurga? Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tidak tahukah kamu bahawa Allah telah menciptakan syurga serta menciptakan penghuninya, dan menciptakan neraka serta menciptakan penghuninya.” (Riwayat Muslim).

Kata Imam al-Nawawi: “Telah bersepakat para ulama Islam yang diambil kira perkataan mereka bahawa sesiapa yang mati dalam kalangan kalangan anak-anak orang Islam, dia adalah termasuk dalam kalangan ahli syurga, kerana dia bukan mukallaf.” (Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 16/207)

IKLAN

Damailah Di Syurga Firdausi Nur Aisyah Aleya Abdullah

Takziah buat sanak saudara dan kaum keluarganya. Semoga syurga nan indah menanti anakanda Nur Aisyah Aleya Abdullah. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuknya.

IKLAN

اَللَّهُمَّ اجْعَلْها فَرَطًا وَذُخْرًا لِوَالِدَيْها، وَشَفِيْعًا مُجَابًا. اَللَّهُمَّ ثَقِّلْ بِها مَوَازِيْنَهُمَا وَأَعْظِمْ بِها أُجُوْرَهُمَا، وَأَلْحِقْها بِصَالِحِ الْمُؤْمِنِيْنَ، وَاجْعَلْها فِيْ كَفَالَةِ إِبْرَاهِيْمَ، وَقِها بِرَحْمَتِكَ عَذَابَ الْجَحِيْمِ،

Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan  Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

VIDEO:

https://www.youtube.com/watch?v=scqmCOus7-U&t=19s

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI