Kata orang jika mahu berkahwin, mendapat restu ibu sangatlah penting. Lebih-lebih lagi jika yang mahu berkahwin itu adalah anak lelaki yang merupakan harapan keluarga.
Rentetan dari kes percintaan antara Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sapawi Rasid dengan pelakon serta pengacara, Syifa Melvin, yang dengan viral ini ternyata mendapat perhatian ramai.
Ibu kepada Sapawi atau mesra dipanggil Pawi berkata, dia bukan tidak merestui hubungan anaknya itu yang dikatakan mahu berkahwin.
Tetapi kalau boleh dia mahu anaknya itu menumpukan perhatian pada kerjaya serta menyimpan duit juga menyelesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini.
Dalam laporan artikel di Harian Metro, Ibu Sapawi Salemeh Abu Bakar, 56 tahun berkata dia mahukan anaknya itu melupakan dulu soal kahwin sebaliknya mengutamakan kerjaya dulu.
Menurutnya lagi, teman wanita Sapawi (merujuk pada Syifa Melvin) ada datang ke rumahnya. Tetapi mereka tidak tahu dia pelakon kerana tidak pernah melihat drama lakonannya.
“Tiga minggu lalu, Awi ada hubungi mak cik untuk bertanya khabar, pada masa sama dia memaklumkan ingin berkahwin.
“Namun, mak cik cakap, ‘bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini,” katanya.
Ads
Menurut ibu Pawi lagi anaknya itu baru berusia 23 tahun dan belum sesuai untuk berkahwin dan menjadi ketua keluarga. Dia juga kalau boleh mahukan pasangan Awi lebih muda daripadanya.
“Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami, “katanya.
Pada masa sama, dia mahu Safawi melunaskan impiannya termasuk menyara dua lagi adiknya yang masih sekolah.
Ads
“Awi janji nak besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan di Rantau Abang dan membina rumah orang tua.
“Sebaiknya dia laksanakan impiannya dulu baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak dan berserah kerana soal jodoh, ajal, maut itu semua terletak di tangan Allah,” katanya lagi.
KASHOORGA: Benarlah jika mahu berkahwin, mendapat restu ibu itu sangatlah penting. Tanpa restunya tak mungkin perkahwinan dibina berkekalan hingga ke jannah. Jika tidak restu di awal perkahwinan, cubalah ambil hati Ibu dan jangan sesekali biar dia terluka.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SAPAWI & SYIFA MELVIN
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Malaysia sememangnya terkenal kerana masyarakat majmuknya iaitu terdiri dari bangsa Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian bangsa ciptaan Allah ini ada disebut di dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang menyebut :-
ALLAH SWT berfirman: “Wahai manusia! sesungguhnya, KAMI telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian KAMI menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa. ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA TELITI.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)
Dari kehebatan ciptaan Allah inilah, sejak dari zaman nenek moyang lagi perpaduan ini telah terbentuk dan terjalin erat. Hanya sesekali tergeliat kerana perbezaan politik hingga mencetuskan kebimbangan wujudnya isu rasis.
Dan hadirnya Ramadan, bulan penuh keberkatan ini, ia membawakan seribu rahmat semua.
Dari satu perkongsian dari pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya berkongsi kenangan tarawih malam pertama di Surau Asy Syakirin Bandar Utama di mana imam memberitahu jemaah boleh parking dalam kawasan sekolah Cina kerana mereka memahami situasi sesak ketika Ramadan.
Ternyata, ia seindah bunga perpaduan di mana pihak pentadbiran sekolah sedia maklum ketiadaan parking dan mereka memudahkan urusan umat islam untuk solat tarawih dengan tenang tanpa perlu bimbang dengan keadaan harta benda di luar.
Ya, inilah perpaduan yang paling indah bagi rakyat Malaysia, saling tolaransi antara satu sama lain.
Dalam pada itu, Ahmad Fedtri Yahya memaklumkan, dirinya sudah memulakan kerjaya baru di konti radio iaitu Buletinfm di awal Ramadan.
Tulisnya :- Hari ini dan setiap Isnin – Jumaat saya akan berbuka di konti radio.
Pengalaman dalam arena penyiaran yang berbeza. Sebuah kenangan untuk masa hadapan. Kredit : Instagram @fedtriyahya
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Masih lagi terbayang kemeriahan ‘wedding of the year’ Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar bulan lalu.
Dan kini keduanya sudah hampir sebulan lebih melayari kehidupan sebagai pasangan suami isteri dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama dalam mengukuhkan ikhwah seperti sembahyang berjemaah.
Dalam perkongsian di laman Instagram Wan Emir memberitahu bahawa dengan melakukan solat berjemaah dan membaca Al-Quran bersama paşangan adalah cara terbaik menyatakan kesyukuran atas sebuah perkahwinan.
Menurutnya dia dan isteri memilih melakukan ibadah berkenaan bersama-sama sebagai membayar ‘hutang budi’ kepada Maha Pencipta.
“Sekiranya seorang suami dan isteri bersyukur kepada Yang Maha Kuasa selama-lamanya kerana membuka jalan untuk mereka bernikah serta menyusuri lorong perkahwinan, mengapa mereka tidak terus bersyukur kepada-Nya bersama sepanjang hidup mereka?
“Bagi saya dan isteri, solat berjemaah dan tadarus (membaca Al-Quran bersama-sama) adalah cara untuk menyatakan rasa hutang abadi ini dan penghargaan yang tidak dapat dilukiskan kepada-Nya atas segala yang diberkati-Nya.
“Walaupun dia (Mira) letih atau mengantuk, dia tetap berada di sisiku, bersandar pada saya, menemani saya membaca al-Quran… berkati dia Ya Rabb,” katanya.
Menurutnya lagi dia selalunya akan mengajak pasangannya melakukan rutin amalan ini sehari sekali sebagai tanda penghargaan atas segala rahmat dikurniakan Tuhan.
“Tidak salah melakukan ibadah wajib misalnya solat fardu bersendirian. (Namun) sekiranya suami dan isteri dapat menjalankan tugas-tugas rumah di dalam atau di luar bersama-sama, pasti 5 hingga 10 minit (juga) boleh diluangkan untuk berterima kasih kepada-Nya.
“Dan sekiranya kita memohon kepada Allah untuk mengurniakan insan yang terbaik, tak bolehkah kita memberikan yang terbaik kepada Tuhan selepas Dia mengurniakan apa yang diminta.
“Setiap langkah, bersama-sama, lebih-lebih lagi ketika bertemu Pencipta kita. Lagi pun, tidakkah kita mahu berakhir di tempat rehat yang sama dengan pasangan jiwa kita, kemudian di akhirat?” ujarnya lagi dalam media sosialnya itu.
Perpisahan tentunya siapa yang menginginkannya. Sesiapa sahaja pasti akan berasa sakit dengan kehilangan insan tersayang yang selama ini sudah terbiasa bersama dengan kita. Apalagi masih sama-sama ingin bersama, tapi harus berpisah demi suatu hal, maka pasti move-on nya pun akan sangat susah.
Namun apalah daya jika kita harus bersabar dalam ikhlas. Mungkin dia bukan untukmu, mungkin dia memang lebih tepat untuk orang lain, dan begitu juga denganmu, maka ikhlaskanlah!
RELAKAN SAHAJA
Jangan terus-terusan menginginkannya kembali. Percayalah Allah sedang menyiapkan yang lebih baik untukmu. Sudah-sudahlah ya. Jangan terus-terusan menginginkannya kembali kepadamu, percayalah bahawa kini Allah tengah menyiapkan yang lebih baik untukmu.
Jika memang dia harus pergi, maka relakan saja pemergiannya. Jangan tahan dia dalam hatimu, sungguh kamu tidak akan pernah bahagia sampai bila pun jika terus menahan sesuatu yang seharusnya pergi.
JANGAN KESAL
Tidak usahlah terus bersedih kerana semakin kita bersedih maka akan semakin sempit hati untuk berlatih bersabar. dan mengikhlaskan. Tetapi jika kita berusaha untuk lapang dada, maka di situlah perlahan-lahan kita akan move-on, dan akhirnya kita mengerti akan takdir-Nya.
Usah menyesali pertemuan yang sudah Allah atur. Anggap sahaja pertemuan dengan si dia itu hanyalah sebuah jalan agar kita dapat melatih hati dengan keikhlasan. Sesulit mana pun untuk melupakan dan mengikhlaskan, belajarlah untuk reda kerana jika kita sudah terbiasa untuk ikhlas maka kita akan sudah terbiasa dengan keadaan tersebut.
Allah menyuruh kita belajar erti merelakan setiap pertemuan dan kehilangan yang dialami. Oleh itu pastikan kita tahu cara untuk ikhlas, menenangkan hati walaupun sukar. Mulai dari sekarang, akhiri kesedihanmu. Ini kerana mungkin dia memang lebih sesuai untuk orang lain, dan kita mungkin memang lebih sesuai dengan orang lain, seseorang yang lebih baik yang akan membuatkan kita semakin baik menjalani kehidupan ini.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?