‘Dapat Tawaran Haji, Risau Nak Tinggalkan Anak-Anak.’ Selama Ini Kita Lupa, Allah Yang ‘Menjaga’ Siang & Malam

Share

‘Dapat tawaran haji, risau nak tinggalkan anak-anak.’ Selama ini kita lupa, Allah yang ‘menjaga’ siang dan malam. Sedangkan anak itu adalah pinjaman yang kita besarkan atas lindungan Allah SWT.

Tidak dinafikan pasangan atau ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil berkira-kira untuk terima atau tidak tawaran haji kerana risau siapa yang akan tengokkan atau jaga anak-anak kelak.

Ikuti perkongsian Dr Muna Soleh apabila dia sendiri berbelah bahagi apabila menerima tawaran untuk menunaikan haji tahun ini.

Artikel Berkaitan:

‘Dapat Panggilan Tapi Saya Reject.’ Tolak Tawaran Haji Kedua, Hendak Beri Peluang Kepada Orang Lain

Dapat Tawaran Haji

Masa dapat mesej ini, aku terkejut.
Namun perkara pertama terlintas di fikiran, “scammer ke?”


Sebab masa ini, keputusan tawaran haji sudah dikeluarkan 3 minggu sebelumnya.

Kakak aku dapat panggilan alhamdulillah. Masa itu aku sudah check dan tak terpilih.

Jadi aku pun langsung tak ada mindset untuk dapat tawaran kemudiannya sebab aku tak buat rayuan.

Dan sejak keluar keputusan tawaran pertama tu memang aku tak pernah sudah buka apps THijari.

Tiba-tiba dapat mesej ini. Untuk pastikan bukan scammer, aku pun buka apps THijari.

Risau Nak Tinggalkan Anak-Anak

Berdebar. Login, masuk. Buka bahagian perkhidmatan haji.
MasyaAllah, mata bagaikan tak percaya.

Aku dapat tawaran menunaikan haji. Betul bukan scammer.
Cuma masa tu aku jadi blank. Fikiran aku jadi kosong.

Betul ke dapat ini? Betul ke nak pergi ni? Aku diamkan tawaran ni selama 2 hari sebelum beritahu orang terdekat.

Jujur masa tu, aku masih ragu-ragu. Anak adalah antara yang paling aku fikirkan sekali. Bila diberitahu suami. Dia terus jawab.

Selama Ini Kita Lupa

“Awak pergilah… Saya boleh cuba buat rayuan tapi kalau saya tak dapat, saya boleh jaga anak.”

Hati lega sikit bila dengar suami hendak jaga anak. Masa itu aku doa, andai yang terbaik adalah suami jaga anak, maka mudahkanlah.

Namun jika yang terbaik adalah suami ikut bersamaku menunaikan haji, maka Kau dorongkanlah.

Selepas beberapa hari buat rayuan (mengikuti isteri) terus suami dapat panggilan.

Aku gembira. Dia pun nampak gembira. Namun hati aku mula gusar, anak macam mana? Rupanya begitulah cara Allah membersihkan hati manusia.

Allah Yang ‘Menjaga’

Kalau selama ini aku rasa aku yang jaga anak itu sebab aku yang masak untuk dia makan, aku yang pakaikan dia pakaian, aku yang mencuci dan juga mandikan.

Kali ini Allah hendak beritahu aku yang bukan aku pun yang jaga anakku sebenarnya. Tapi Dia.
Kali ini aku akan berpisah dengan anak ku (buat pertama kali selepas 3.5 tahun), dengan jarak ribuan kilometer atas satu seruan. Satu perintah Tuhan.

Di saat ibu bapa itu jauh dari anaknya, siapa yang akan jaga dia?
Allah. Sejak hari itu hari-hari aku berdoa, sehinggalah hatiku tekad,
dan keyakinan dibulatkan.

Baca Di Sini:

‘Anak Meninggal Kemalangan.’ Hukum Ibu Bapa Menunaikan Haji Dengan Wang Pampasan Takaful

Berkat Emak Ayah Daftar Masa Kecil, Empat Beradik Ini Dijemput Tunai Haji Di Usia Muda Tahun Ini

Serahkan Segalanya Pada Allah

Aku menyambut seruan Mu ya Allah. Dengan penuh ketaatan.
Kecintaan. Kerendahan.

Lalu aku menyerahkan urusan ku pada Mu ya Allah.
Aku menyerahkan anakku pada Mu.

Aku menyerahkan segala-galanya pada Mu.
Kerana aku yakin Engkau yang Maha menjaga,
Dan kali ini, Engkau yang menjemput ku untuk melengkapkan rukun Islam ku…

Engkau yang mengajarkan aku erti sebuah pengorbanan, untuk hakikat kecintaan dalam sebuah perasaan..

Hari ini merupakan hari ke-4 aku di tanah suci. Melewati dan memaknai setiap baris kata yang Allah ingin aku fahami..

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ
لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ
إِنَّ الْحَمْدَ
وَالنِّعْمَةَ
لَكَ وَالْمُلْكَ
لاَ شَرِيكَ لَكَ

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu.

Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagi Mu
22062023
4 Zulhijah 1444H
5 hari menuju arafah
#catatanHaji1444H

Kashoorga: Semoga ibu ini dipermudahkan urusan dalam menunaikan ibadah haji di samping suami tercinta.

Sumber: Dr Muna Soleh

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat