Bagi wanita yang tiada masalah kesuburan, pasti akan mengalami kedatangan haid yang normal dan biasanya mengambil masa 10-14 hari.

Namun ada juga yang tidak normal apabila mengalami masalah darah haid keluar tidak menentu atau dipanggil darah istihadah.

Jika kita mengalami masalah ini pastinya akan menganggu proses kelancaran untuk kita beribadat. Malah kita juga pasti rasa tidak selesa untuk melakukan amal ibadah lain seperti solat atau mengaji dalam keadaan begitu.

Sekiranya berdepan masalah ini, jangan takut untuk bertemu doktor untuk membuat rawatan lanjut mengenainya.

Namun boleh juga membuat rawatan alternatif dengan mengamalkan petua orang lama yang tidak memudharatkan.

Seperti perkongsian Puan Suzy Honey yang di laman sosial Facebook yang memberitahu cara terbaik mengatasi masalah darah Istihadah ini.

Pengalaman mengerjakan umrah kali ini saya tertarik untuk berkongsi kisah mengenai anak angkat emak saya, Juliana yang turut sama pergi dalam rombongan umrah ini.

Lagi seminggu kami mahu pergi mengerjakan umrah dia mengadu kepada emak saya dengan masalah yang di hadapi iaitu kedatangan darah istihadah. Darah yang sekejap ada sekejap tidak ada. Lalu emak saya berkongsi satu amalan yang pernah di ajarkan oleh Arwah Tok Guru Ustaz Hashim Bin Ismail semasa emak menadah kitab bersama Arwah.

IKLAN

Di percayai kaeadah ini dapat membantu bagi yang menghadapi masalah darah penyakit istihadah ini. Adik bongsu saya pernah mengamalkan kaedah ini 10 tahun lalu dan sembuh dari masalah itu.

Bahan yang di perlukan ialah:

3 gelas air
3 ulas bawang putih
3 biji lada hitam
Kemenyan arab sedikit ( kemenyan arab atau luban ini boleh beli di kedai jamu atau di shopee)
Sedikit pulur sabut kelapa

Darah Istihadah Boleh Ganggu Urusan Solat & Ibadah lain, Wanita Ini Kongsi Amalan Cara Islam Sembuhkannya
Bahan-bahan seperti dalam gambar. Kemenyan arab / luban boleh beli di toko2 jamu atau Shopee pun ada jual

Caranya ialah :

IKLAN

1) Masukkan 3 gelas air dan 3 ulas bawang putih juga 3 biji lada hitam bersama kemenyan arab .

Darah Istihadah Boleh Ganggu Urusan Solat & Ibadah lain, Wanita Ini Kongsi Amalan Cara Islam Sembuhkannya
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.

2)Kemudian ambik pulur sabut tersebut lalu di gosok-gosok / di ramas-ramas dengan tangan dan di baca Surah Al Masad (Surah Lahab – Tabbat yada ) sehingga habis ramasan pulur sabut tersebut.
( Sila rujuk pada video di bawah ini )

Darah Istihadah Boleh Ganggu Urusan Solat & Ibadah lain, Wanita Ini Kongsi Amalan Cara Islam Sembuhkannya
Sabut ini di gosok2kan. Sila rujuk video caranya ini.

3) Setelah habis ramasan pulur sabut tersebut biarkan ramuan mendidih selama 10 ke 15 minit . Kemudian tapis dan minum bila sudah sejuk.

Darah Istihadah Boleh Ganggu Urusan Solat & Ibadah lain, Wanita Ini Kongsi Amalan Cara Islam Sembuhkannya
Di tapis setelah sudah menggelegak ramuan ini.

Amalkan minum 2 ke 3 kali sehari untuk 3 hari berturut- turut atau sehingga sembuh.

IKLAN
Darah Istihadah Boleh Ganggu Urusan Solat & Ibadah lain, Wanita Ini Kongsi Amalan Cara Islam Sembuhkannya
Di minum segelas ini 3 kali sehari

Semasa meminum ramuan tersebut haruslah di baca Al fatihah dan selawat.
Niatkan supaya darah istihadah tersebut baik seperti sediakala.

Saya terniat untuk berkongsi resepi ramuan ini bagi menolong ramai lagi wanita yang mengalami masalah yang sama. Semoga mujarab. Bolehlah di ikhtiarkan dengan izin Allah boleh sembuh sediakala.

Mohon hadiahkan Al fatihah buat Arwah Tok Guru Ustaz Haji Hashim Bin Ismail.

SuzyHoney
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

VIDEO PENUH:

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI