‘Dari 10 tahun tak pernah jerit suruh sembahyang.’ Ibu ini kongsi cara terbaik ajar anak solat dan mengaji quran sejak kecil.
Menurut ibu ini, dia percaya bahawa bila datang rasa tanggungjawab, anak-anak akan lakukan tanpa paksaan. Dalam dunia gajet ini ternyata bukan sesuatu yang mudah untuk mendidik anak.
Artikel berkaitan:
Apa lagi dalam menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Jika mereka tak terbiasa sejak kecil memang payah. Ikuti perkongsian Puan Nurlia Mohd Noor tentang anak kembarnya yang solat seawal 10 tahun tanpa disuruh.
Teringat bersembang dengan si kembar beberapa hari lepas.
Saya tanya dorang (mereka),
“Tahu tak sekarang ini apa doa tambahan Mama untuk abang dan adik setiap hari?”
Dorang geleng kepala.
Kata saya,
“ Mama ‘beritahu’ dekat Allah abang, adik adalah anak- anak yang menyenangkan. Sejak umur 10 tahun sampai sekarang Mama Papa tak pernah tanya pun Abang, Adik sudah solat ke belum.
‘Abang adik sendiri terus buat bila masuk waktu. Mama tak perlu pun ingatkan Abang Adik untuk baca Quran setiap hari. Sebelum Maghrib Abang Adik sendiri ambil Quran dan baca.
‘Pengorbanan Abang Adik jaga Pah(nenek) dan Tok (datuk), tak selalu keluar ke mana-mana macam orang lain tak semua remaja boleh buat.
‘Kalau Mama Papa dulu, jadi Abang Adik pun belum tentu boleh buat. Mudah-mudahan dengan asbab ini Allah permudahkan urusan Abang, Adik dunia akhirat.”
Ya, sejak mereka 10 tahun sampailah sekarang saya dan suami tak pernah sekalipun menjerit marah dan suruh mereka dua beradik solat.
Benda itu datang dengan sendiri bila mereka tahu tanggungjawab. Saya percaya anak-anak yang terjaga solatnya dan letakkan Al Quran dalam hati, insyallah selamatlah mereka dunia akhirat.
Sebab itu saya dan suami ikhtiar untuk didik dua perkara ini dari mula. Sebagai ibu, bapa kita hanya berusaha. Jika ada ujian lain Allah nak bagi akan datang, itu pastinya di luar kuasa kita.
Lagi satu sebagai ibu yang melahirkan wajib saya selit doa ini untuk mereka setiap hari.
“Ya Allah. Aku ampunkan segala dosa anak- anak ku. Mudah- mudahan dengan asbab adanya reda aku, Engkau juga reda ke atas mereka dan permudahkanlah urusan mereka dunia akhirat..”
Mak ayah mana yang tak mahu buat yang terbaik untuk anak- anak kan..
Baca Di Sini:
Kashoorga: Semoga kita semua dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
Sumber: Puan Nurlia Mohd Noor
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.