‘Dari awal kahwin, jagalah hubungan dengan Allah.’ Rumah tangga yang ‘adanya allah’ akan terus dipenuhi rahmah, insyallah.
Sudah tentu menjadi impian setiap pasanan ingin mengecap bahagia hingga ke hujung nyawa. Namun manusia merancang, Allah yang menentukan.
Ikuti perkongsian Imam Muda Hassan ini dan hadam baik-baik mesej yang disampaikan.
Artikel Berkaitan: Jadi Suami, Jagalah Isteri, Jadi Isteri, Jagalah Suami, Itu Kunci Jemput Rezeki-Tokoh Usahawan
Suami gembira dalam sengsara
Dulu mula-mula kahwin, suami sanggup terima segala baik buruk isterinya. Begitu juga isteri, isteri sanggup terima segala baik buruk suaminya.
Bila mabuk cinta, semuanya jadi indah. Yang busuk pun jadi wangi, yang tidak cantikpun nampak cantik. Begitulah ajaibnya cinta.
Masa terus berlalu, suami mula bergaji besar, berpangkat besar, berkereta besar. Lalu, ramailah wanita lain mula memandang.
Iblis dan Syaitan Dasim mula melakukan kerjanya. Dihijabnya mata suami dengan kehodohan isteri. Isteri mula dilihat membosankan, tidak cantik, menyampah bila dipandang.
Terjerumuslah si suami dalam lembah kemaksiatan. Dia lihat wanita-wanita yang tidak halal baginya sebagai wanita yang cantik, sedangkan isterinya di rumah lebih cantik dari wanita yang diharamkan baginya.
Mata suami telah diwarnai dengan tipu daya Iblis dan Syaitan. Dia seolah-olah telah dirasuk untuk memenuhi kehendak syahwatnya. Bersoraklah Iblis dan Syaitan kerana berjaya meruntuhkan kebahagiaan rumah tangganya.
Isteri dirundung kesedihan, si suami pula nampak seperti bahagia, namun hatinya kosong.
Baca Di Sini:
Aku Ingin Menjadi Suri Hidupmu, Semoga Hubungan Ini Diredai Allah Permudahkan Pertemuan Kita
Benarlah dunia ini fitnah. Harta benda, kekayaan dan wanita itu merosakkan jika disalahguna. Bukanlah dunia yang salah, yang salah itu adalah diri yang tidak takutkan Allah.
Oleh itu, dari awal perkahwinan, jagalah hubungan dengan Allah. Rumah tangga yang ‘adanya Allah’ akan terus dipenuhi rahmah.
Walaupun suami sebagai ketua keluarga, namun ada yang lebih besar dari suami, iaitu Allah. Jangan jadi suami yang lebih besar dari Allah, nanti hidup akan sengsara!
Ada benarnya kata-kata yang sering diungkapkan, curang adalah satu pilihan, bukan satu kesilapan!
Hassan Adli
Nasihatkan Diri
Kashoorga : Jika hubungan kita dengan Allah terjaga, insyallah dalam masa yang sama Allah menjaga kita.
Sumber : Imam Muda Hassan
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.