Peranan seorang bapa menasihati di saat seorang anak tersasar dari langkahnya. Apatah lagi jika ia berkait dengan rumahtangga yang implikasinya sangat besar hingga bercerai berai. Memang ia dibenarkan namun selagi boleh diselamatkan, wajar diselamatkan kerana ia melibatkan banyak jiwa.
Inilah selayaknya dilakukan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam yang kelihatan sebak saat berkongsi luahan hatinya mengenai kemelut rumahtangga anaknya, Samsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didakwa tidak lagi harmonis.
Mengesat air matanya, saat ditemuramah oleh Melodi TV3, Datuk Yusof Haslam tidak mahu memberi komen lebih mengenai kemelut yang terjadi.
Dalam rakaman ni, dirinya kala ditanya tentang pernikahan lain anaknya memaklumkan enggan memberi komen atas perkara yang belum terjadi kerana tak mahu mendahului.
“Saya tak nak gores hati anak dan menantu atau mendahului dalam hal ini,” katanya sambil menambah dirinya mengharapkan menantunya, Sarah terus kuat menghadapi ujian ini.
“Moga Sarah kuat semangat, kalau boleh pertahankan rumahtangga. Kepada Sarah semoga terus tabah dan istiqomah. Hadapi dengan tenang. Memang saya tahu mudah bercakap tapi tidak semudah lakukannya.
“Buat anak saya juga, papa dan mama sayangkan kamu. Mendoakan yang baik buatnya dan tiada ibu bapa yang mahu anaknya tersasar, teruskan perjuangan dan apa saja keputusan dibuat ianya adalah atas keputusan yang baik. Bahkan saya mendoakan anak menantu saya kekal dunia dan akhirat,” katanya yang kemudian menitiskan air mata kerana terlalu sebak.
Dalam pada itu, ramai yang kagum dengan caranya yang baik menasihati anak dan menantu dalam kemelut rumahtangga ini. Ia dilihat matang kerana ada juga ibu bapa yang akan sentiasa menyebelahi anak berbanding menantu. Dan kata mereka, jelas mentua ini sangat sayangkan menantunya, Sarah. Bahkan banyak komen-komen positif yang mendoakan rumahtangga pasangan ini berkekalan.
“Saya suka bila awak bagi kekuatan pada menantu. Nampak sayang sangat dekat menantu. Harap Samsul sedar, saya pula rasa sedih.
“Ini baru bapa mentua, bukan nak meruntuhkan lagi. Bagi semangat untuk menantu lagi.
“Nampak jelas yang Datuk Yusof Haslam sayang sangat kat menantunya. Untung Sarah. Semoga Sarah kuat semangat dan sabar dengan ujian rumahtangga nie.
“Bagusnya dapat mentua macam nie..”
Sumber: YouTube Melodi TV3, TikTok @ecahwady