Namun, apa yang kita hajati tidak seperti diimpikan dan sebagai hambaNya reda dengan apa yang berlaku. Pasti ada hikmah yang menanti di sebaliknya.
Seperti juga pasangan pengantin baru Muhammad Hanif Hamim dan Noor Najwa San Sudin tidak menyangka akan mengadakan majlis akad nikah hanya di pejabat agama.
Syukur semuanya sudah selamat.
Setahun yang lalu sebaik selepas majlis pertunangan, keduanya merancang mengadakan majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan dan sekaligus membuat majlis resepsi bagi meraikan sanak saudara serta sahabat handai.
Tetapi disebakan wabak pandemik COVID-19, majlis pernikahan atau perkahwinan secara terbuka tidak dibenarkan buat masa ini.
Malah larangan sebelum itu bagi pasangan pengantin yang mahu bernikah menangguhkan seketika untuk mengadakan sebarang majlis.
Namun sebaik PKPB dilaksanakan, kelonggaran diberikan apabila pasangan yang mahu berkahwin dibenarkan bernikah melalui online atau hanya di pejabat agama.
Ads
Mengambil kesempatan yang ada, pasangan ini mengikat kata sepakat tidak mahu menangguhkan perkara baik dan bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah hanya di pejabat agama.
Apa yang penting perkara wajib telah dilaksanakan.
Biarpun majlis akad nikah hanya dilangsungkan di pejabat agama, tetapi perasaan cemas dan debar itu sangat berbeza.
“Saya dan suami bersyukur apabila dibenarkan untuk bernikah di Pejabat Kadi Daerah Segamat. Sebaik mengetahui, perasaan berdebarnya memang lain macam. Maklumlah tiada pengalaman dari teman-teman sebelum ini yang mengadakan akad nikah di sini.
“Namun dengan sedikit pembacaan, kami telah membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku.
“Seawal pagi kami sudah berada di pejabat agama (pergi secara berasingan) dengan ditemani ahli kelurga terdekat.
Ads
“Sebelum itu dimaklumkan hanya 10 orang sahaja dibenarkan masuk dalam bilik (untuk acara akad nikah) dan ini termasuk pihak kadi.
Bersama emak dan ayah suami.
“Saya dan suami pasangan kedua yang akan dinikahkan. Sepanjang menunggu itu, perasaan berdebar dan cemas menanti detik diijab kabulkan. Untuk menghilangkan rasa cemas dan debar, saya tak putus berdoa agar segalanya dipermudhakan.
“Saya juga turut membawa ayat Kursi berulang kali, selawat dan beristighfar agar hati ini sentiasa tenang dan akad nikah menjadi mudah.
“Tidak cukup itu, saya turut mengingati pesan emak untuk membaca zikir ‘Ya Barik’ sebanyak 40 kali dan selebihnya saya tawakkal dan serahkan pada Allah.
“Alhamdulillah selepas hampir 30 minit berdepan rasa debar dan cemas, akhirnya kami berdua selamat diijabkabulkan. Perjalanan akad nikah juga berjalan lancar tanpa ada masalah,” jelas Najwa yang mengakui pada awalnya dia sedikit terkilan kerana apa yang dirancang (mengadakan majlis akad nikah di rumah) tidak seperti diharapkan.
Ads
Hanya beberapa orang saja ahli keluarga dibenarkan ketika berada dalam kawasan pejabat agama.
“Tapi saya yakin Allah ada perancangan yang lebih baik. Saya bersyukur kerana Allah mudahkan urusan kami untuk membina masjid.
“Dari awal mengetahui majlis akad nikah akan dilakukan di pejabat agama, perjalanannya menjadi lancar hinggalah hari sebenar.
“Biarpun majlis akad nikah ini hanya sederhana, tetapi sangat bermakna dan akan jadi momen berharga buat kami berdua.
“Siapa sangka kami melakukan majlis akad nikah di pejabat agama dengan dihadiri beberapa orang ahli kelurga terdekat saja.
“Kami akur inilah adab dan norma baru yang perlu dipraktikkan untuk semua termasuk pasangan yang mahu berkahwin,” jelas Najwa yang turut merakamkan gambar bersama keluarga sebaik akad nikah di sebuah studio berhampiran sebagai tanda kenang-kenangan.
Mengambil kesempatan bergambar kenangan di studio.
Dia dan suami juga berkata jika semuanya sudah dibenarkan, mereka bercadang untuk mengadakan majlis resepsi bagi meraikan sanak saudara serta sahabat handai kelak.
Kashoorga: Betullah kita hanya merancang tapi, Tuhan juga yang menentukan. Apa yang penting urusan wajib sudah dilakukan dan semoga pasangan ini kekal bahagia till jannah. Untuk mendapatkan segala keperluan pasangan boleh layari sini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Rezeki terpijak, anak petani bakal bergelar doktor dilamar dengan mas kahwin RM311,145. Tentu cinta lelaki ini begitu kuat kepada bakal isteri hingga sanggup berhabis duit demi menyuntingnya sebagai suri hati.
Lagi pula anak petani bukanlah orang sembarangan, graduan kedoktoran yang bakal bergelar doktor tidak lama lagi. Dikira jumlah yang diberi sesuailah dengan taraf pendidikan wanita ini.
Seorang anak petani di Kolaka Utara, wilayah Sulawesi Tenggara mendapat perhatian orang ramai kerana menerima lamaran seorang lelaki yang menetapkan mas kahwin berjumlah 1 bilion rupiah (RM311,145), lapor laman berita Merdeka semalam.
Wanita dikenali sebagai Nurmainna itu dilamar oleh lelaki bernama Fitra Yudi. Dia menetapkan jumlah mas kahwin tersebut di samping sebuah rumah dua tingkat berharga 4.5 bilion rupiah (RM1.4 juta), 40 gram emas serta telefon bimbit jenama iPhone.
Majlis pertunangan graduan sarjana kedoktoran daripada Universiti Halu Oleo di Kendari itu berlangsung pada 18 Jun lalu.
Anak Petani Bakal Bergelar Doktor
Pengacara majlis pertunangan, Athy Lowa mengesahkan nilai mas kahwin tersebut selepas ia tular dan menjadi buah mulut orang ramai sambil menambah, dia merupakan anak saudara Nurmainna.
“Benar maklumat itu. Kebetulan, saya adalah pengacara majlis tersebut yang juga mempunyai talian persaudaraan dengan Nurmainna,” katanya.
Dilamar Dengan Mas Kahwin RM311,145
Nurmainna merupakan anak kepada seorang petani, Abidin, manakala ibunya, Rapida, menjalankan perniagaan sendiri.
Bakal suaminya pula merupakan pemilik sebuah syarikat serta calon anggota badan perundangan Kolaka Utara. – AGENSI
Kashoorga: Sedikit atau banyak mas kahwin yang diberikan bukanlah penentu kebahagiaan mana-mana pasangan, bahagialah mengikut cara dan kemampuan sendiri.
Nampaknya pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 ini.
Bagi umat islam sendiri telah mengadakan bacaan Yasin, Solat Hajat serta berdoa tidak putus-putus agar negara terus dilindungi.
Walaupun buat masa ini masjid tidak boleh dikunjungi, orang ramai digalakkan melakukan amalan itu di rumah masing-masing.
Dan semalam dalam posting di laman Instagram Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri muat naik kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu berita gembira yang sedikit sebanyak memberi kelegaan dalam perkembangan terkini COVID-19.
Namun semuanya itu bergantung kepada rakyat Malaysia dalam tempoh dua minggu ini. Jika arahan untuk terus duduk rumah dipatuhi dan patuhi langkah pencegahan tidak mustahil negara kita akan pulih sepenuhnya.
Dr. Zulkifli memberi kapsyen memberitahu berkat kerjasama semua rakyat Malaysia yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini ada tanda-tanda negara semakin pulih dari penularan wabak pandemik ini
Malah menurut beliau ia juga turut disertakan doa serta munajat kepada-Nya daripada umat Islam, masalah ini insya-Allah akan berakhir.
Berkat usaha dan kerjasama semua rakyat Malaysia yg mematuhi #MCO. Begitu juga doa dan munajat kepada-Nya. #StayStrong semua! Alhamdulillah. #dudukdiamdiam#stayathome
Perkongsian ini mendapat respon postiif dari warganet. Masing turut mengharapkan semua umat Islam untuk tidak putus berdoa dan terus mengikut perintan PKP ini.
Tidak ada siapa yang tahu bila masanya nyawa seseorang itu akan dijemput Ilahi. Dan tentunya bagi lelaki ini, apa yang dapat dilakukan lika melihat mangsa kemalangan adalah menantunya sendiri.
Seorang bapa mentua tidak dapat menahan rasa sebak dan pilu apabila duduk di sebelaah jenazah menantunya, Allahyarham Zulhilmi Razali, 26. yang maut dalam satu kemalangan di Jalan Bukit Katil, Melaka şemalam.
Gambar Roslan Ramlan, 54 tahun yang berbaju biru bersila di hadapan jenazah menantu keduanya itu talar di media sosial Facebook sejak semalam lagi.
Bersila depan jenazah menantunya.
Menurut Roslan, menantunya itu berasal dari Kampung Chondong, Kelantan dan bekerja di tempat sama dengannya.
Katanya, sebelum kejadian Zulhilmi keluar rumah terlebih dahulu untuk ke tempat kerja lebih kurang jam 6.30 pagi sebelum dia pula keluar kira-kira 10 minit kemudian dengan menaiki motosikal berasingan.
Bagaimanapun menurutnya, ketika melalui lokasi kejadian dia kemudian memberhentikan motosikal dan tidak mengesyaki apa-apa namun terkejut selepas melihat tubuh yang kaku di atas jalan terbabit adalah menantunya.
“Walaupun tahu dia dah tiada ketika itu, namun saya tetap membisikkan kalimah syahadah.
“Sementara menunggu jenazahnya dibawa ke Hospital Melaka, saya duduk sebelah dan membaca ayat-ayat suci al-Quran sehinggalah jenazahnya diangkat,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Duyong, di sini petang semalam.
Selamat dikebumikan semalam.
Allahyarham yang bekerja sebagai operator kilang dan baru setahun lebih mendirikan rumah tangga meninggalkan seorang balu, Norhasliza Roslan, 24, dan seorang anak perempuan, Nur Irdina Adelia Roslan, 10 bulan.
Tambah Roslan, biarpun sedih dengan kejadian yang menimpa menantunya itu lebih-lebih lagi meninggalkan seorang anak yang masih kecil namun bersyukur ALLAH SWT meminjamkannya seorang menantu yang baik akhlaknya.
Menurutnya, Zulhilmi bukan sahaja disifatkan seorang yang rajin bekerja malah ringan tulang membantu isteri membuat kerja rumah selain hubungan yang akrab mereka sekeluarga memandangkan mereka tinggal di rumah yang sama.
Encik Roslan Ramlan.
Kashoorga ucapkan takziah buat keluarga dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Solat tarawih adalah peluang untuk umat menggandakan ibadah dan ganjaran pada bulan Ramadan. Ramai yang bersemangat untuk melakukan solat ini secara berjemaah di masjid...