Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan juga yang menentukan.

Setiap pasangan itu pastinya mahukan majlis pernikahan dan perkahwinan dilakukan penuh gilang gemilang sebagai kenangan paling bersejarah.

Artikel Berkaitan: Alhamdulillah, Selesai Urusan Nikah Online, Pengantin Lelaki Tunai Tanggungjawab Drive Kereta Terus Jumpa Isteri

Namun, apa yang kita hajati tidak seperti diimpikan dan sebagai hambaNya reda dengan apa yang berlaku. Pasti ada hikmah yang menanti di sebaliknya.

Seperti juga pasangan pengantin baru Muhammad Hanif Hamim dan Noor Najwa San Sudin tidak menyangka akan mengadakan majlis akad nikah hanya di pejabat agama.

“Debarnya Lain Macam, Tapi Lepas Amal Zikir ‘Ya Barik’…” – Pengantin Norma Baru Kongsi Pengalaman Nikah Di Pejabat Agama
Syukur semuanya sudah selamat.

Setahun yang lalu sebaik selepas majlis pertunangan, keduanya merancang mengadakan majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan dan sekaligus membuat majlis resepsi bagi meraikan sanak saudara serta sahabat handai.

Tetapi disebakan wabak pandemik COVID-19, majlis pernikahan atau perkahwinan secara terbuka tidak dibenarkan buat masa ini.

Malah larangan sebelum itu bagi pasangan pengantin yang mahu bernikah menangguhkan seketika untuk mengadakan sebarang majlis.

Namun sebaik PKPB dilaksanakan, kelonggaran diberikan apabila pasangan yang mahu berkahwin dibenarkan bernikah melalui online atau hanya di pejabat agama.

IKLAN

Mengambil kesempatan yang ada, pasangan ini mengikat kata sepakat tidak mahu menangguhkan perkara baik dan bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah hanya di pejabat agama.

“Debarnya Lain Macam, Tapi Lepas Amal Zikir ‘Ya Barik’…” – Pengantin Norma Baru Kongsi Pengalaman Nikah Di Pejabat Agama
Apa yang penting perkara wajib telah dilaksanakan.

Biarpun majlis akad nikah hanya dilangsungkan di pejabat agama, tetapi perasaan cemas dan debar itu sangat berbeza.

“Saya dan suami bersyukur apabila dibenarkan untuk bernikah di Pejabat Kadi Daerah Segamat. Sebaik mengetahui, perasaan berdebarnya memang lain macam. Maklumlah tiada pengalaman dari teman-teman sebelum ini yang mengadakan akad nikah di sini.

“Namun dengan sedikit pembacaan, kami telah membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku.

“Seawal pagi kami sudah berada di pejabat agama (pergi secara berasingan) dengan ditemani ahli kelurga terdekat.

IKLAN

“Sebelum itu dimaklumkan hanya 10 orang sahaja dibenarkan masuk dalam bilik (untuk acara akad nikah) dan ini termasuk pihak kadi.

“Debarnya Lain Macam, Tapi Lepas Amal Zikir ‘Ya Barik’…” – Pengantin Norma Baru Kongsi Pengalaman Nikah Di Pejabat Agama
Bersama emak dan ayah suami.

“Saya dan suami pasangan kedua yang akan dinikahkan. Sepanjang menunggu itu, perasaan berdebar dan cemas menanti detik diijab kabulkan. Untuk menghilangkan rasa cemas dan debar, saya tak putus berdoa agar segalanya dipermudhakan.

“Saya juga turut membawa ayat Kursi berulang kali, selawat dan beristighfar agar hati ini sentiasa tenang dan akad nikah menjadi mudah.

“Tidak cukup itu, saya turut mengingati pesan emak untuk membaca zikir ‘Ya Barik’ sebanyak 40 kali dan selebihnya saya tawakkal dan serahkan pada Allah.

“Alhamdulillah selepas hampir 30 minit berdepan rasa debar dan cemas, akhirnya kami berdua selamat diijabkabulkan. Perjalanan akad nikah juga berjalan lancar tanpa ada masalah,” jelas Najwa yang mengakui pada awalnya dia sedikit terkilan kerana apa yang dirancang (mengadakan majlis akad nikah di rumah) tidak seperti diharapkan.

IKLAN
“Debarnya Lain Macam, Tapi Lepas Amal Zikir ‘Ya Barik’…” – Pengantin Norma Baru Kongsi Pengalaman Nikah Di Pejabat Agama
Hanya beberapa orang saja ahli keluarga dibenarkan ketika berada dalam kawasan pejabat agama.

“Tapi saya yakin Allah ada perancangan yang lebih baik. Saya bersyukur kerana Allah mudahkan urusan kami untuk membina masjid.

“Dari awal mengetahui majlis akad nikah akan dilakukan di pejabat agama, perjalanannya menjadi lancar hinggalah hari sebenar.

“Biarpun majlis akad nikah ini hanya sederhana, tetapi sangat bermakna dan akan jadi momen berharga buat kami berdua.

“Siapa sangka kami melakukan majlis akad nikah di pejabat agama dengan dihadiri beberapa orang ahli kelurga terdekat saja.

“Kami akur inilah adab dan norma baru yang perlu dipraktikkan untuk semua termasuk pasangan yang mahu berkahwin,” jelas Najwa yang turut merakamkan gambar bersama keluarga sebaik akad nikah di sebuah studio berhampiran sebagai tanda kenang-kenangan.

“Debarnya Lain Macam, Tapi Lepas Amal Zikir ‘Ya Barik’…” – Pengantin Norma Baru Kongsi Pengalaman Nikah Di Pejabat Agama
Mengambil kesempatan bergambar kenangan di studio.

Dia dan suami juga berkata jika semuanya sudah dibenarkan, mereka bercadang untuk mengadakan majlis resepsi bagi meraikan sanak saudara serta sahabat handai kelak.

Kashoorga: Betullah kita hanya merancang tapi, Tuhan juga yang menentukan. Apa yang penting urusan wajib sudah dilakukan dan semoga pasangan ini kekal bahagia till jannah. Untuk mendapatkan segala keperluan pasangan boleh layari sini

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI