Forex atau disebut juga Foreign Exchange. Forex Trading pula merujuk kepada aktiviti perniagaan tukar beli matawang. Dalam erti kata lain, pelabur-pelabur Firex berdagang mata wang untuk mendapatkan keuntungan.
Masa kini, ramai mungkin tertarik untuk mendapat wang banyak dengan cara mudah. Salah satunya membuat pelaburan atau bermain forex.
Mungkin untuk menarik hati lebih banyak umat islam membuat pelaburan, sebuah syarikat pelaburan didakwa sanggup menunjukkan sijil halal palsu dari Bahagian Halal JAKIM.
Lebih mengharukan dan mungkin tidak sedar “kesilapan” dilakukan ialah syarikat berkenaan mereka tidak tahu sijil halal ini hanya dikeluarkan untuk makanan dan minuman sahaja. Bukan pada urusan pelaburan begini.
Menurut Jabatan Standard Malaysia, MITI, sijil Halal MS 1500:2009, merujuk kepada “Makanan halal – Pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan.” Dan pastinya JAKIM tidak mengeluarkan sijil Halal untuk online forex trading kerana Majlis Fatwa Kebangsaan dalam fatwanya mengatakan forex haram.
Bahagian Hab Halal JAKIM dalam satu kenyataan hari ini d fb mereka memaklumkan tentang syarikat FP Market Investment Trade dan sijil ditunjukkan adalah palsu.
Berikut adalah kenyataan dari JAKIM.
Penjelasan Isu Status Sijil Halal Produk Kewangan
Pihak kami menerima banyak pertanyaan di media sosial mengenai status Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) terhadap satu produk kewangan.
Untuk makluman, JAKIM tidak pernah menawarkan skim pensijilan halal bagi produk kewangan. Sijil halal yang dikeluarkan kepada syarikat berkenaan juga adalah palsu.
Oleh yang demikian, pengguna dinasihatkan agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai tipu helah dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan penyalahgunaan SPHM, pengguna bolehlah mengemukakan aduan yang lengkap kepada JAKIM.
Berikut kami sertakan pautan panduan bagi mengisi aduan:-
https://www.facebook.com/…/a.742651382…/828409293985012/
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal (http://www.smarthalal.com.my/faq.html)
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular dan muat turun senarai penuh logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di http://bit.ly/DownloadPDFLogoHalalLuarNegara
Dalam pada itu, Kashoorga kongsikan kenyataan dari Jabatan Mufti Perlis mengenai hukum forex trading online yang jelas hukumnya haram.
HUKUM FOREX TRADING ONLINE
Hukum asal pertukaran mata wang dengan mata wang yang lain (الصرف) adalah harus dengan syarat pertukaran atau urusniaga dilakukan dengan serahan milik oleh kedua belah pihak secara tunai dan serta-merta (التقابض).
Adapun perdagangan mata wang secara online melalui platform-platform sama ada tempatan atau luar negara diharamkan sama ada dijalankan oleh individu atau institusi kerana sebab-sebab berikut:
- Ketiadaan berlaku serahan milik oleh kedua belah pihak secara tunai dan serta-merta (التقابض) sama ada secara hakiki ataupun hukmi (konstruktif).
- Kewujudan unsur riba iaitu pada kemudahan leverage (pinjaman tunai) oleh platform yang mensyaratkan dilakukan perdagangan mata wang dengan caj berbayar hanya dengan platform yang sama. Riba juga berlaku pada overnight charge (caj semalaman) ke atas pinjaman yang tidak dilangsaikan pada hari yang sama.
- Kewujudan unsur gharar (ketidaktentuan) iaitu pada identiti penyedia platform, undang-undang yang menyelia pedagangan tersebut serta keabsahan transaksi yang dilakukan.
- Kewujudan unsur maisir (judi) yang mendedahkan pihak pedagang kepada peluang untung atau risiko kerugian kerana bergantung kepada spekulasi (ramalan) pergerakan nilai mata wang yang berada di luar kawalan, usaha dan pengaruh pihak yang berurusniaga. Ini sama dengan meletakkan wang pertaruhan yang mengakibatkan salah satu pihak mengaut keuntungan atas kerugian pihak lain yang mana untung dan rugi bergantung kepada nasib.
Dengan ini demi untuk mengembalikan kestabilan nilai sesuatu mata wang, perdagangan mata wang bagi tujuan ramalan keuntungan perlu dihentikan bagi mengelakkan mata wang dijadikan komoditi yang mana perkara ini hanya akan lebih menjejaskan sistem fiat money yang sudah sedia lemah dan juga meningkatkan inflasi.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI