Demi Cik Ani, Chef Wan berusaha beri penjagaan terbaik. “Duit boleh cari, ibu adalah segalanya.’ Begitulah kasih sayang Chef Wan yang tidak berbelah bahagi buat ibunya.
Pengorbanan Chef Wan yang bukan sedikit memberi inspirasi untuk orang lain menjadi sepertinya. Ternyata menguruskan ibu yang semakin hari dimamah usia dan diuji dengan keadaan kesihatan yang kurang baik sememangnya menguji kesabaran anak.
Tidak semua anak mampu melayani karenah mak, ayah. Namun, demi kasih sayang kepada ibu tercinta, cef selebriti Datuk (Dr) Chef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan memaklumkan sanggup mengupah jururawat khas.
Artikel Berkaitan
“Anak Jaga Lain, Menantu Lain”! Walau Nampak Berlawak, Pesanan Chef Wan Ini Realiti Dalam Masyarakat
Ibu Chef wan, Noraini Abdullah,90 atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Ani kini menghidapi kanser payudara dan demensia tinggal bersama beliau memerlukan penjagaan rapi.
Sudah tentu, menjaga warga emas yang sakit bukanlah tugas yang mudah. Chef Wan acap kali menjadi perhatian netizen apabila sanggup berkorban apa sahaja demi bondanya.
Dalam satu hantaran di Instagram, cef berusia 64 tahun itu berkongsi info berkaitan ibunya.
Katanya jururawat khas itu bekerja bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang dengan bayaran RM180 sehari. Secara total, Chef Wan memperuntukkan RM5,800 untuk upah bulanan jururawat tersebut.
“Apabila tiba masanya dia (jururawat) boleh menanganinya dengan baik. Pada masa ini hanya waktu siang sahaja, kerana pada waktu petang saya ada pembantu rumah untuk mengendalikannya.
“Saya berasa lega apabila ibu mendapat bantuan daripada jururawat profesional untuk mandi, menukar lampin, sarapan, memberikan ubat-ubatan dan melakukan sedikit senaman serta memastikan dia juga tidur siang dan petang.
Baca Di Sini
‘Banyak bezanya bagi pembantu rumah dan jururawat profesional yang tahu mengendalikan pesakit demensia dan kanser. Tidak mengapalah duit boleh cari ibu adalah segala-galanya.
‘Anda mesti sentiasa berusaha untuk memberinya penjagaan yang terbaik supaya dia gembira dan selesa. Tidak payahlah beli kasut Gucci atau beg Prada lagi. Sedekahkan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri,” titip bapa kepada dua cahaya mata itu.
Malah, dalam masa yang sama Chef Wan berbesar hati sekiranya ada dalam kalangan warga maya yang menjadikan apa yang dilakukan beliau sebagai inspirasi.
“Saya baca di sini (Instagram) ada yang kata perbuatan saya menjadi satu inspirasi kepada mereka. Masing-masing mengikuti perjalanan saya ini, saya senyum dan rasa sangat bersyukur .
“Tak banyak, di dalam satu juta ada satu atau orang pun boleh ikut macam saya, I am very happy. Anda tidak akan pernah salah dengan bersikap baik dan murah hati kepada ibu bapa anda sendiri,” katanya lagi.
Kashoorga : Semoga kisah Chef Wan memberi inspirasi kepada orang lain untuk berbuat baik kepada ibu, bapa.
Sumber : Sinar Plus, Instagram Chef Wan
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.