
Demi memastikan tahap keselamatan tidak berlaku penularan wabak COVID-19 ketika musim haji yang biasanya melibatkan jutaan umat Islam, Kerajaan Arab Saudi memutuskan tiada jemaah dari negara lain dibenarkan menunaikan haji tahun ini kecuali rakyat Arab Saudi sahaja iaitu seramai 60,000 yang bertuah tahun ini.
Selain menghadkan bilangan jemaah, masa yang sama mereka turut memperkenalkan teknologi canggih di Kaabah untuk menyambut ibadah haji iaitu memperkenalkan robot penghantar air zam-zam untuk para jemaah.
Menurut Presiden Jeneral Dua Masjid Suci, Abdulrahman Al Sudais, robot ini sudah mulai diuji di Masjidil Haram pada 13 Jun lalu dan mulai menampakkan keberkesanannya. Robot yang tampak seperti membawa dulang bertingkat ini akan mengelilingi kawasan masjid di mana orang ramai boleh mengambil air zam-zaman tanpa adanya sentuhan dengan jemaah lain.
Al-Sudais menyatakan, teknologi sangat penting untuk menjaga keselamatan jemaah haji, terutama di masa pandemik Covid-19. Namun sesuatu yang menarik, robot penghantar zam-zam ini telah ilhamkan oleh Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Amr Almaddah di mana beliau bertanggungjawab di atas teknologi yang ada di Masjidil Haram ini.

Moga dengan beberapa teknologi diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi, tahun hadapan peluang umat Islam menunaikan haji akan terbuka luas. Sama-sama kita berdoa.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Dugaan Suami Isteri Bila Duit Tak Cukup. Ingatlah Hanya Taqwa Mampu Atasinya” – Pesan Imam Muda Hassan

Melihat peningkatan kes COVID-19 ketika ini ramai yang bimbang akan berlakunnya pelbagai masalah terutama membabitkan pasangan suami isteri.
Pastinya masalah kewangan menjadi faktor utama yang boleh menyebabkan pergaduhan.
Namun sedarlah kita, bahawa Tuhan sedang menduga untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaqwaan kita terhadapNya.

Perkongsian dari Imam Muda Hassan ini pastinya akan memberi kita kesedaran betapa kita ini hanyalah hambaNya yang lemah.
Hanya dengan Taqwa mampu memberi ketenangan berpanjangan dalam menghadapi dugaan hidup yang penuh mencabar ini.
Ayuh, ikuti perkongsiannya.
Dugaan Buat Suami Isteri, Duit Tak Cukup, Emosi Tak Stabil, Orang Ketiga, Tekanan Keluarga.
Semua yang telah melalui fasa hidup berumahtangga pasti mengharapkan kebahagiaan berpanjangan. Sebelum berkahwin siap buat ‘agreement’ supaya apapun yang melanda kita akan hidup semati.
Lautan api sanggup kurenangi, gunung tinggi sanggup kudaki. Begitulah indahnya hidup bila bersuami isteri.
Namun hari tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah, hidup tak selalunya mudah, pasti ada Mehnah.
Satu persatu dugaan datang melanda:
– Duit tak berapa nak ada.
– Emosi mula tak stabil sebab kena buang kerja.
– Pasangan mula buat perangai mengada-ngada.
– Diganggu oleh orang ketiga.
– Dipandang hina oleh ahli keluarga.
Dan macam-macam lagi mehnah menerpa.
Ada yang tak tahan, akhirnya kecundang dengan perceraian. Ada yang bertahan Alhamdulillah berkat keyakinan dengan Tuhan.

Saudara-saudari,

Bukan kita saja yang diuji, semua orang ada ujiannya. Kita lihat dia bahagia, tapi kita tak tahu apa ujian yang sedang dilaluinya. Nampak dia tenang sebab dia melihat ujian itu kecil baginya. Masih ada jalan keluar kerana Allah berjanji akan ada jalan keluar bagi mereka yang BERTAQWA.
Orang bertaqwa melihat ujian itu kecil KERANA DIA SEDAR YANG ALLAH ITU LEBIH BESAR DARIPADA UJIAN YANG SEDANG DILALUINYA!
Hassan Adli
Jadikanku Hamba Bertaqwa, amiin
Artikel berkaitan: “Suami Isteri Adalah Rakan Kongsi, Jadi Tak Payahlah Asingkan Baju Kecuali Ada Sebab Tertentu…” – PU Azman
Kredit Foto: Instagram Imam Muda Hassan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Laman Cantik Sampai Dahan Masuk Rumah Sebelah, Boleh Ke Tuan Rumah Tolong Potongkan? Ini Penjelasan Ustaz!

SOALAN :
Kalau dahan pokok jiran kita masuk ke sempadan rumah kita adakah boleh kita kerat sebab daun yang jatuh banyak jadi kena sapu hari-hari?

JAWAPAN :
Hukum berkenaan dahan atau ranting pokok kepunyaan jiran yang masuk ke dalam kawasan rumah kita ada disebut seperti berikut :
Tersebut pada kitab Bughyah Mustarsyidin :
ولوانتشر اغصان شجرة او غروقها الي هواء ملك الجار اخبر صاحبها علي تحويلها فان لم يفعل فللجار تحويلها ثم قطعها ولو بلا اذن حاكم
Ertinya : “Dan jika tumbuh dahan-dahan pokok atau tumbuh cabang-cabangnya ke udara milik jirannya hendaklah dia beritahu kepada pemilik pokok itu supaya dialihkannya.
Maka jika pemiliknya tidak mengalihnya maka harus bagi jiran itu mengalihnya kemudian harus ia memotongnya sekalipun tanpa kebenaran hakim.”
Berkata Imam Nawawi :
اذا خرجت اغصان الشجر الي هواء مالك الجار فللجار ان يطالبها بازالتها فان لم يفعل فله تحويلها عن ملكه فان لم يستطع تحويلها فله قطعها
Ertinya : “Apabila keluar oleh ranting pokok kepada ruang udara milik jiran maka harus bagi jiran itu menuntut pemilik pokok itu menghilangkannya. Maka jika pemiliknya tidak melakukannya maka harus bagi jiran itu mengalihnya dari sempadannya. Maka jika tidak mampu mengalihnya maka harus baginya memotong ranting itu.” (Al-Majmu’)
Artikel Berkaitan: Ini Hukumnya Patut Tahu Bila Suami Berkata “Menyesal Bernikah Dengan Isteri…”

Kesimpulan
Jika dahan atau ranting pokok jiran tumbuh masuk ke ruang tanahnya samada di atas tanah atau di ruang udara maka jika mahu dia boleh menyuruh tuan pokok mengalih dahan dan ranting itu keluar dari kawasannya. Jika tuan pokok tidak mengalihnya maka harus bagi tuan tanah mengalihnya seperti ditarik ranting tersebut masuk ke dalam kawasan tuan pokok itu semula.
Jika tidak mampu mengalihnya kerana besarnya maka harus tuan tanah memotong dahan dan ranting tersebut sekalipun tidak dipersetujui oleh tuan pokok.
wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Mahasiswa Meninggal Dalam Pelukan Ibu, Tewas Ketika Pertahankan Dari Serangan Pencuri

Sifat seorang anak akan sentiasa melindungi ibu dikasihinya. Ia sama dengan nilai kasih sayang seorang ibu yang akan sentiasa menyayangi anaknya walau anaknya ada berbuat kesilapan besar.
Ternyata dengan kasih sayang jugalah, seorang remaja, Hussain Chaudhary, 18 menjadi korban di Walthamstow, London Timur, England saat dia cuba mempertahankan ibunya dari serangan pencuri dalam satu kejadian rompakan di jalanan pada 17 Mac lalu. Tindakan berani mahasiswa ini mendapat perhatian ramai kerana tindakan beraninya itu demi memastikan ibunya selamat.
Dalam kejadian menyayat hati itu, Hussain menjadi mangsa selepas luka tikaman di leher. Akhbar The Met melaporkan, bedah siasat mendapati penyebab kematiannya adalah kerana luka besar akibat tusukan di lehernya. Malah saudara lelaki serta ibunya yang turut tercedera mengalami luka di tangan.
Apa yang paling menyedihkan, selepas kejadian serangan itu, ibunya sempat mendakap Husaain sebelum dia menghembuskan nafas terakhir dalam pelukan ibu yang melahirkannya.
Menurut saksi kejadian, penyerang menyamar sebagai pelanggan (ibunya berniaga baju di jalanan). Datang dengan niat mahu merompak sebelum berlaku pergelutan di jalan yang sibuk dengan orang ramai.
Menurut bapa saudara mahasiswa ini, Reiss Chaudhary, mereka menyifatkan Hussain sebagai anak yang baik. Bertindak sebagai pelindung ibunya malah sanggup berkorban nyawa demi pertahankan ibunya yang kini masih dirawat di hospital akibat luka parah. Hussain merupakan graduan undang-undang di SOAS University Of London.
Malah keluarganya juga berasa sangat kehilangan atas kejadian tidak terduga ini.
Dalam pada itu, kawan-kawannya menyifatkan Hussain sebagai insan yang memiliki jiwa yang sangat baik. Malah arwah juga telah menubuhkan dana online untuk pembinaan sebuah masjid di mana sebanyak lebih dari £ 34.000 sudah terkumpul.
Dalam pada itu, saudara perempuannya, Afia Chaudhry menulis sesuatu yang lebih menyayat hati.
“Adik lelaki kami yang tampan telah pergi meninggalkan dunia ini dengan cara yang sama, ia dilahirkan iaitu dalam pelukan ibuku.

Malah pihak SOAS University of London menzahirkan rasa terkejut dan sedih mereka dengan kejadian yang menimpa Hussain.
Pegawai penyiasat Perry Benton berkata, kejadian tragis di jalanan adalah satu tragedi yang menyayat hati. Seorang ibu kehilangan seorang anak yang baik. Pihak kami sedang menjalankan siasatan terperinci termasuk kamera di lokasi kejadian malah meminta orang ramai yang menjadi saksi tampil bagi memastikan penyerang ditangkap.
Dalam satu kenyataan terbaru, polis memaklumkan pihak mereka sudah menahan dua orang remaja berusia 18 tahun yang dilihat berada di lokasi kejadian dalam keadaan mencurigakan.
Polis Metropolitan dalam satu kenyataan berkata remaja lelaki, Marvin Ward berasal dari Westwood Road, Ilford East London telah ditahan dan bakal didakwa terlibat dengan pembunuhan ini. Dia dijadualkan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Barkingside dalam masa terdekat.
SUMBER: STANDARD.CO.UK | THE ISLAMIC INFORMATION
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI