Demi kebaikan keluarga, Ali XPDC atau nama sebenarnya Mohd. Ali Ismail tekad melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik untuk mengenali agama. Semuanya bermula apabila Ali berjumpa dengan seorang ustaz dan Ali telah meminta Ustaz itu membantunya untuk berubah.

“Ada kawan bantu saya bawa pergi majlis ilmu dan alhamdulillah saya berubah perlahan-lahan.”

Menurut Ali, Ustaz itu meninggalkan empat perkara sebagai pesanan dan pegangan kepadanya iaitu supaya Ali menjaga solat, perbanyakkan sedekah, perbanyakkan hadir majlis-majlis ilmu dan akhir sekali berkhidmat dan berkasih sayang dengan ibu bapa.

https://www.instagram.com/p/BnT1w5oANwf/?utm_source=ig_web_copy_link

IKLAN

Sekitar tahun 2011, ketika usia Ali sudah menginjak ke angka 40, perasaan bimbang mula muncul dalam dirinya. Titik permulaan penghijrahan Ali bermula apabila dia didorong oleh kerisauan terhadap anak dan isteri yang kerap ditinggalkan ekoran terlalu sibuk dengan persembahan di serata tempat.

Jelas Ali, keputusan segera perlu diambil demi sebuah perubahan serta dia percaya orang yang harus memulakan perubahan itu adalah dirinya sendiri sebelum anak dan isterinya.

IKLAN

“Jarang persembahan balik petang, pergi pagi balik malam atau kadang-kadang dua tiga hari baru balik. Setiap kali balik malam, buka pintu tengok keadaan anak dan isteri. Dalam hati saya masya-Allah anak-anak semua dah besar.

IKLAN

“Tetapi dalam dalam tengok tu ada satu kerisauan dalam hati, kerisauan itu membuatkan saya terfikir anak ni besar nak jadi apa? Adakah nak jadi rockers macam ayah dia.”

Tambah penyanyi rock yang terkenal dengan lagu Bunga Angkasa itu, dia turut mendapatkan bantuan rakan dan beberapa orang ustaz untuk membantunya mengenal jalan Allah. Moga Ali terus istiqamah dengan perubahan yang dilakukannya.

Sumber: Utusan Online, Instagram: liya_akim dan wan_kakiketuk

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI