Inilah namanya pengorbanan seorang anak. Sanggup berkorban demi untuk kedua ibu bapa yang tersayang, Mohd Zulhairi Zainol,37 sanggup menukarkan kereta kesayangannya dengan dua tiket umrah semata-mata kerana ingin menunaikan umrah.
Sudah lama Mohd Zulhairi ingin membawa kedua ibu bapanya Zainol Md Desa,67 dan ibunya Hamiah Shukor,63 menunaikan umrah namun hasrat itu masih belum tertunai lantaran wang yang dikumpul belum mencukupi.
Mohd Zulhairi sebenarnya mendapat tajaan menunaikan umrah daripada seorang individu dan dijangka berangkat ke Makkah pada bulan hadapan. Niat dihatinya ingin membawa bersama kedua ibu bapanya namun tidak cukup wang. Mana sempat hendaj kumpul duit dalam tempoh sebulan.
“Saya terpaksa tolak kereta jenis satria GTI kepada pengumpul kereta untuk tukar dengan tiket umrah kedua ibu bapa saya. Alhamdulillah niat baik ini selalu Allah tolong, rupanya pengumpul kereta ini nak taja mak ayah saya percuma tapi saya tetap akan bagi kereta ini padanya.
Luahan hati Mohd Zulhairi di akaun Facebooknya mengundang sebak.
JUMAAT YANG INDAH…
Bila Allah dah detikkan hati hery untuk berkorban untuk mak ayah hery akan lakukan”….janji mereka happy berdua kereta nie bila2 leh dapatkan balik”…..alangkah seronoknya dapat bawa mereka bersama2 ke tanah suci mekah mengerjakan umrah,harap semua anak2 di muka bumi ini.
Lalu hery wassup afiz salah seorang collector kereta,..apa kereta dia x ada kat malaysia nie semua dia dah ada”…so hery offer dia GTI (1st model 99/2000) hery untuk ditukarkan dengan 2 tiket umrah untuk mak ayah hery”….hery x nak duit dengan slambernya dia reply”…”DEAL” setelkan passport aku setelkan package umrah mak ayah ko”…
HANYA PENGORBANAN KECIL
Apalah sangat pergorbanan hery setakat kereta nie, walaupon sayang gler2 kat kete nie tapi besar lagi pergorbanan mak ayah kita,..so hery lakukan…
Betul lah orang kata,..kalau kita dah pasang niat Allah akan mudahkan bermacam2 cara Allah akan menjemput kita…
Untuk mak ayah hery”…..hery tak mampu sediakan duit berjuta2 untuk memberi kesenangan pada mereka berdua, tapi hery mempunyai akal dan cara mcmane untuk membuatkan mereka bahagia..
Tak minta banyak daripada mereka, cukuplah doakan hery sihat dan terus melakukan kerja2 amal….
DOAKAN DIPERMUDAHKAN HERY DAPAT PERGI BERSAMA2 MEREKA DAN TARIKH YG SAMA.18/3/2019
IBU TERHARU
Hati ibu mana yang tidak terharu dengan pengorbanan seorang anak seperti Mohd Zulhairi. Malah akui Hamiah, dia dan suaminya sudah lama berhajat untuk pergi menunaikan umrah.
“Duit memang tak cukup lagi nak pergi. Saya selalu bagi tau kat suami, kalau ada rezeki, adalah. Tak sangka Zulhairi sanggup berkorban ‘tolak’ kereta kesayangan dia untuk dapatkan tiket umrah kami,” kata Hamiah terharu dengan pengorbanan anaknya itu.
Sesungguhnya ketahuilah bahawa anak-anak yang mempunyai ibu bapa tua tetapi tidak menjaga ibu bapanya, tidak akan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Alangkah ruginya kalau kita termasuk dalam golongan itu. Oleh sebab itu jadikan, menjaga ibu bapa sebagai satu aktiviti merapatkan hubungan keluarga.
Sumber kredit: Mohd Zulhairi Zainol dan Sinar Harian