Bukan senang ya nak besarkan anak. Kalau kena anak yang jenis nak melekap 24 jam lagilah parah. macam-macam cara kena buat asalkan si anak mahu senyap dan menyusu.
Perkongsian Farizah Jaafar ini tentang perilaku suaminya yang terpaksa memakai niqab untuk memastikan anak kecil diam dan minum susu begitu mencuit hati.
Bila mak kau busy dgn order, haqq pulak merengek nk ibu. Sekali bapak kau dtg..terus senyap. Mata haqq pun tengok mcm pelik, mcm seram ?? . Selalu kalau ibu pakai niqab sembang dgn haqq, haqq mesti senyum. Tp kali ni bulat mata dia. Ini klu bapak kau batuk Confrm kantoi. Mcm2 pujuk x jln. Nie jalan terakhir abi kau memujuk nak. senang keje mak lepas nih. Asal merengek nk ibu..abi sarung niqab, haqq pun senyap???
Tak sangka apa yang dilakukan oleh si ayah menjadi tular sehingga memberikan pelbagai reaksi sehingga menyebabkan si ibu bersuara.
Ads
Alahaiiii apakkkk nyeee…..
Kami x mintak pun di viralkn. Post pun hanya kt wall sendiri jerk. Mmg kt dlm rumah ibu x pakai niqab, tapi dh tu jln terakhir abg abu buat nk kasi dia senyap. Puas dh pujuk dia melalak je. Korg pun tau kan yg kak fie kau busy lalety nie dgn class, soal jwb student. Mmg betul baby lebih kenal bau ibu @ ayah nye. Tp klu dah cara tu je yg buat dia syp. Mungkin haqq tu diam sbb terkezut, sebab pelik..bkn sbb dia igt tu ibu dia ker kan. Muka haqq pun nmpk sgt mcm muka terkezut ?
Siapa yg snap pic? Kitorg nie anak ramai la dik non, pak non. Anak dara kami ade 5, haqq sorg ni jer si anak teruna. Klu kak fie sndri yg snap pic pun ape mslh nye? Mmg dh tgh busy dok lyn soalan2 student dlm group. Berbelas2 group. Kena student yg tgh membaking..dok tanya cikgu, cikgu plak x reply2..mau bantat pulak kek student aku. Setiap anak x sama. Begitu jugak anak cik puan/tuan x sama dgn ank sy.
Ads
BUKAN TEKNIK MARKETING
Kalau nak kata ni teknik marketing, jauh sekali. Kitorg x perlu marketing kot. Lagi pun bkn baru sekali kami jd viral. Semua hanya utk kenangan di wall sendiri biar haqq tengok nti bila dia dh besar andai panjang umur kami.
Ads
Tapikan.. Biasa lah, bila dh jadi viral sana sni, komen kecaman dr netizen x boleh lari. Tapi kami ok jerk. Kita manusia tiada yg sempurna. Maaf dr kami andai post ni menjadikan anda sakit hati, memualkan, hambar @ ape2 jer la ? yg baik dtg dr Allah swt, yg buruk dtg dr kami sendri…
Moralnya sebagai ibu bapa, besar cabarannya untuk membesarkan anak-anak. Kadang-kadang ibu bapa perlu menjadi kreatif walaupun adakalanya menimbulkan situasi yang mencuit hati.
Sumber kredit: Farizah Jaafar
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Berita mengenai pemergian Aktivis Muslim Care Malaysia dan juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Norazli Musa, 52, dimaklumkan ahli keluarga dan rakan yang turut bersamanya mengerjakan umrah di sana. Allahyarham yang turut dikenali sebagai Ustaz Azli Taliban ke Madinah sejak 2 Mac lalu untuk mengerjakan umrah bersama keluarganya selain bagi menghadiri konvokesyen anaknya di Universiti Madinah.
Meninggal dunia di Madinah pada 5.30 pagi waktu Malaysia atau 12.30 tengah malam, waktu tempatan pada tanggal 12 Mac, pemergiannya cukup indah. Perginya di bulan Rejab, di Kota Madinah Al Munawwarah ketika menunaikan ibadah umrah.
Pastinya ia satu kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Azli terutama anak-anaknya. Berikut catatan yang menyentuh jiwa daripada anak lelaki Allahyarham Ustaz Azli.
Nukilan Perpisahan Buat Abi Tersayang.
“Akir, jangan macam itu”
“Akir, kenapa buat macam tu”
“Akir, kena buat macam ini”
Demi Tuhan belum masih cukup aku belajar dan dididik oleh abi. Masih belum puas rasanya aku berbakti berbuat ihsan pada abi. Banyak perkara lagi yang aku perlu belajar. Mahu belajar. Berpisah dari keluarga sejak di bangku menengah benar benar mengusik perasaan kesal dan rasa masih belum cukup berbakti. Baru sahaja haritu aku berbual dengan rakan rakan tentang ke mana hala tuju kami selesai belajar, dengan selamba aku menjawab,
“Aku nak kerja dekat perak sahaja nanti. Cukuplah dulu berjauhan dengan keluarga. Ini masa untuk aku balas dan berbakti pada Umi dan Abi”
Demi Tuhan, Abi merupakan insan yang luar biasa. Semangat dan kesungguhannya dalam dakwah dan perjuangannya sedikitpun tidak mengabaikan kami ahli keluarga. Makan minum kami, segala kelengkapan kami sentiasa diambil kira biarpun kadang kadang abi terpaksa outstation 3-4 hari ceramah sana sini atau mengikuti misi kemanusiaan sana sini.
TIDAK DIDUGA
Pemergian abi sangat tidak diduga. Kerana abi langsung tidak menunjukkan tanda sakit atau kepenatan. Yang aku dapati senyum dan kegembiraan terpatri di wajahnya sepanjang berada di sini.
Masih aku ingat antara jenaka yang selalu beliau modalkan dalam tour ceramah ceramahnya dahulu,
“Kita berjuang untuk Islam ini kena banyak juga berkorban. Saya sendiri sampai keluar malam balik bila jumpa anak, anak takut ingatkan benggali mana”
dan seperti biasa jenaka abi jarang tidak mencuit hati.
Sejak dari semalam tidak putus putus orang menceritakan jasa abi buat umat islam. Bukan sahaja dalam urusan agama, abi juga telah buktikan dengan imej serban dan janggut abi juga mampu menyumbang jasa dalam sukan, dalam misi misi kemanusiaan. Demi Allah tuhan pemegang nyawa, kami semua menjadi saksi atas kebaikan abi.
Menguruskan jenazah abi menjadi momen paling berharga dan kritikal buat aku. Benar air mata ini sukar ditahan. Air mata rindu dan gembira bercampur baur turun sepanjang menguruskan susuk jenazah abi. Rindu kerana tiada lagi susuk tubuh yang sentiasa memberi tunjuk. Gembira kerana abi dijemput Allah di tempat kekasihNya, di tempat Baginda menjanji syafaat, dibangkitkan bersama Kekasih Rasulullah SAW, dan para sahabat. Benarlah sabda nabi kita semua akan dibangkit dengan siapa kita sayang.
ABI SANGAT SAYANGKAN AGAMANYA
Abi sangat sayangkan agamanya. Oleh sebab itu abi sayangkan kami ahli keluarga dengan agama. Bab agama paling dijaga dan diambil berat.
Abi sangat sayangkan imannya. Oleh sebab itu abi paling pantang jika ada benda yang boleh merosak imannya dan iman saudara saudaranya yang lain.
Abi sangat sayangkan agamanya, dan itulah membuatkan beliau terus cekal meneruskan usaha dakwahnya tanpa jemu dan penat mendidik dan berjasa pada saudara seagamanya.
Tidak mengapalah abi, kami adik beradik tidak kisah berkongsi abi. Berkongsi dengan perjuangan dan ummah ini.
Selalunya, aku malu untuk mengaku aku anak abi di hadapan kawan kawannya semasa ketiadaan abi. Oleh kerana itu tidak ramai yang mengenali aku berbanding abi. Kerana bimbang kalau kalau aku melakukan perkara perkara yang boleh memalukan abi. Tetapi tidak pada hari ini. Biar semua tahu kami adik beradik sekeluarga redha dan bangga dengan pemergian abi!
Sungguh cantik perancangan tuhan, Abi dijemput tuhan saat sudah selesai urusannya di sini. Selesai umrah, selesai hadir majlis ramah mesra bersama ibu bapa pelajar Madinah, selesai hadir Majlis Konvokesyenku. Langsung tidak tertera raut kesakitan atau sedih dengan senyum dan gembira beliau sepanjang di bumi madinah ini. Siapa sangka potret konvo yang dirakam bersama keluarga bakal menjadi potret yang paling mahal yang paling sedih untuk dikenang dan ditatap.
Saat tulisan ini dikarang, masih lagi tangan ini berbau wangian ketika memandikan abi. Sungguh waktu itu aku rasakan abi seperti tidak sabar lagi bersiap bersolek untuk menghadap tuhan rabbul izzati. Anak tunggal lelakimu ini berjanji akan menggalas tugas sebagai nahkoda keluarga kita mengikut acuan yang telah abi bentuk selama ini seberat mana pun ia. Akir janji jaga adik adik dan umi!
Kalau ditanya apa yang paling aku kesali tak sempat berbuat semasa abi hidup, aku kesal tidak salam dan cium peluk abi di pagi hari kematian kerana aku sangka esok masih ada lagi hari untuk aku dan abi. Sentiasalah hargai momen dan nikmat tuhan selagi masih ada sebelum ia ditarik kembali. Kerana tiada yang kekal di dunia ini melainkan Yang Abadi.
Cukuplah dahulu tulisan dan perkongsian ini. Jika mahu dicoretkan kehidupan abi, sungguh tidak cukup aksara untuk disusun dan ditulis. Semoga tulisan tulisan tentang jasa jasa abi menjadi inspirasi kami untuk kami contohi. Semoga yang masih lagi memusuhi abi diberi taufiq dan hidayah dan menjadi lebih kuat dirinya untuk berjasa dengan agama dan umat ini.
Benar pemergian abi dicemburui. Namun aku rasa akulah yang paling cemburu kerana sentiasa sejak mula mula sampai di sini, doa yang selalu aku zikirkan adalah untuk mati di sini, tetapi tuhan menjemput abi dahulu.
Kata pepatah, jangan bermain dengan api kelak terbakar jari. Seringkali sahaja kita mendengar kisah gadis-gadis muda yang sering menjadikan rakan sekerja (suami orang) tempat meluahkan perasaan apabila dilanda masalah. Namun adakah betul cara mereka ini sebenarnya?
Di dalam hidup berumah tangga, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suaminya pada perkara yang ma’ruf. Ini kerana, dengan ketaatan tersebut akan memudahkannya jalan untuk ke syurga berdasarkan sebuah hadis yang disahihkan oleh Imam Ibn Hibban:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta’at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith (4163), 471/9]
Bagi menjawab pertanyaan pertama di atas, hadis sujud pada suami telah diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Nabi SAW. Antaranya Abu Hurairah, Mu’az bin Jabal, Suraqah bin Malik, Aisyah, Ibn Abbas, Abdullah bin Abi Awfa, Ummu Salamah, Anas bin Malik dan beberapa orang lagi sahabat Nabi SAW yang lain. Adapun berkaitan matan hadith adalah seperti berikut:
Maksudnya: “Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)][Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini melalui jalur Abu Hurairah RA adalah hasan gharib] Hadith ini juga disahihkan oleh Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak melalui jalur Mu’az bin Jabal [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
Tambahan pula, hadis ini mempunyai sebab wurudnya (sebab Nabi SAW ucapkan hadis ini) iaitu apabila salah seorang daripada sahabat Nabi SAW pulang daripada Syam dan melihat orang-orang Nasrani dan Yahudi sujud kepada pembesar dan ulamak mereka sebagai tanda penghormatan nabi-nabi mereka. Maka sahabat ini berkata bahawa Rasulullah SAW lebih berhak untuk dilakukan sedemikian tetapi Nabi SAW melarang para sahabat melakukan hal tersebut dengan mengatakan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani ini mereka mendustakan serta menyelewengkan kitab-kitab nabi-nabi mereka. [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
MAKNA HADIS
Antara yang boleh difahami daripada hadis ini adalah kewajipan seorang isteri itu mentaati suaminya kerana sujud ini tidak dihalalkan melainkan kepada Allah SWT sahaja. Ini kerana terdapat banyak hak-hak suami yang perlu dilaksanakan oleh isteri dan sebahagiannya tidak terlaksana oleh si isteri.
Imam al-Syaukani berkata makna hadis ini adalah jika dibolehkan sujud kepada manusia nescaya Nabi SAW akan memerintahkan para isteri untuk sujud kepada suaminya. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 272/4] Di dalam Musnad Ahmad, daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak dibenarkan seorang manusia itu untuk sujud kepada manusia. Jika dibenarkan untuk manusia itu sujud kepada manusia nescaya aku akan meminta isteri untuk sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas isteri itu.” [Riwayat Ahmad (12614)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sahih li ghairihi]
Kesimpulannya hadis di atas adalah sahih dan ia tidaklah menunjukkan kebolehan seorang isteri itu untuk sujud kepada suaminya. Ini kerana sujud hanya dibenarkan kepada Allah SWT sahaja dan tidak dibenarkan sujud kepada selain daripada Allah SWT sebagaimana larangan jelas daripada Nabi SAW berdasarkan riwayat di dalam Musnad Ahmad di atas.
Akan tetapi hadis ini menggambarkan bahawa kedudukan suami itu tinggi di sisi isteri dan si isteri wajib untuk mentaati suaminya selagi mana apa yang diperintahkan itu tidak bercanggah dengan agama. Semoga Allah SWT mengurniakan suami yang soleh dan isteri yang solehah agar rumahtangga yang dibina itu mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...