Demi Relationship Goals Till Jannah Influencer Ini Sanggup Berhenti Kerja & Jadi Surirumah

Share

Tugas seorang isteri itu perlulah sentiasa di sisi suami tidak kira di mana dan bila. Menjadi kewajipan kita untuk menyediakan keperluan zahir dan batinnya sebaik sah lafaz ijab dan kabul.

Justeru sebagai seorang isteri yang taat pada suaminya, sanggup berkorban apa jua termasuk kerjaya asalkan sentiasa berada di samping suaminya.

Perkongsian Instafamous atau influencer terkenal, Siti Awe atau nama sebenarnya Siti Hawa Mohd Nor memberitahu di laman sosialnya dia bakal menamatkan kerjaya sebagai Pharmacist

.

Ini adalah bagi mengikut suaminya yang berhijrah ke United Kingdom kerana menyambung Master dalam bidang Structural Engineering di University Of Manchester.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumahtangga sekitar Mei lalu. Siti Awe memang popular di media sosial kerana dia selalu berkongsi info berkaitan kesihatan dengan loghat kedah yang cukup pekat. Dia juga turut mengacarakan rancangan Siti Aware di Astro Oasis.

Biarpun terpaksa mengorbankan kerjayanya, namun Siti Awe tidak menyesal dan sedih dengan keputusan dibuat.

Walaupun tidak lagi berkerja makan gaji, tetapi baginya dia mempunyai lebih banyak masa bersama suami selain akan menumpukan perhatian dengan membuat pelbagai lagi content berguna di medium sosial.

Ternyata keputusan untuk berhenti kerja dan berada di samping suaminya ini mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari warga net.

Malah ramai yang terinspirasi dengan keberaniannya mengorbankan kerjaya disayangi. Pelbagai komen diberikan sebaik dia muat naik postingnya di laman twitter.

Good support system

Adore pada pasangan ini

Ini baru relationship goals

We live to please Allah…

Tinggalkan kerjaya sebab tertentu & happy

Semoga beroleh syurga

Berkekalan hingga ke jannah

Kepada kaum wanita lain, jadilah wanita dan isteri sepertinya. Hidup berumahtangga ini bukanlah bermakna kita perlu tinggal berasingan dan berjauhan (kecuali jika ada perkara tidak dapat dielakkan). Ini kerana lelaki dan perempuan itu ditakdirkan untuk saling melengkapi satu sama lain.

 

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman