‘Di mana had wajah yang boleh dibuka?’ Bab aurat jangan dibuat main, dosanya dikira. Jika kita ambil tahu dan ambil berat bab aurat, insyallah Allah akan menjaga kita.
Tidak semua tahu bahawa kawasan dagu sebenarnya aurat selain dada, leher dan bahu. Oleh itu ikuti perkongsian Ustaz Farid Rashidi tentang di mana had wajah yang boleh dibuka seseorang wanita.
Wajib ingat ya. Hal aurat bukan boleh buat-buat hilang ingatan. Itu semua menentukan dosa, pahala.
Baik, untuk kali ini kita sambung bab had aurat di wajah atau muka. Mana bahagian muka yang wajib ditutup, dan mana yang tak.
Sebab bukan apa, ada juga yang bertudung tapi sengaja tinggal jambul macam burung belatuk. Ada juga pakai selendang tak pin, dibiar lepas berserabai hingga nampak bawah dagu dan tengkuk. Padahal aurat.
Yang Boleh Dibuka
Di mana had wajah atau muka yang boleh dibuka?
Sebelum kita pergi lebih jauh, apa kata kita fahami dulu maksud wajah secara definasinya menurut pandangan para ulama’ dan ilmuan bahasa. Di mana ukuran wajah itu?
Kredit: Facebook Ustaz Farid Rashidi.
Wajah dalam Bahasa Arab adalah al-Wajh. Ia diambil daripada kalimah (المواجهه) iaitu mendepani setiap sesuatu dan kadangkala diibaratkan wajah sebagai Zat. Dikatakan (وَاجَهْتُهُ) bermaksud apabila aku mengadap wajahnya.
[Rujuk kitab al-Misbah al-Munir]
Manakala menurut al-Raghib al-Asfahani, dia berkata asal wajah ialah anggota sebagaimana firman Allah SWT:
Imam as-Syafie’ rahimahullah dalam kitab al-Umm berkata,
“Wajah menurut bangsa Arab adalah apa yang didapati saat berhadapan.”
Bab Aurat
Beliau berkata lagi,
“Wajah itu adalah apa yang ada di antara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dagu dan hujung kedua-dua rahang, secara panjang. Lebarnya pula dari telinga hingga ke telinga satu lagi.”
Dari sudut istilah pula, terdapat beberapa definisi tentang batasan muka. Antaranya:
Jangan Dibuat Main
1. Muka adalah di antara tempat mula tumbuh rambut pada atas dahi kepala pada kebiasaannya hingga ke bawah dagu secara panjang, dan antara dua cuping telinga secara lebar.
[Lihat Umdat al-Salik, hlm. 12; al-Durr al-Mukhtar dan Hasyiah Ibn Abidin 1/65-66, Al-Syarh al-Saghir 1/104, Mughni al-Muhtaj, 1/20, al-Mahalli ala Matn al-Minhaj 1/48 dan al-Mughni 1/114-115]
2. Muka adalah bahagian tempat mula tumbuh rambut di dahi kepala hingga rahang dan hujung dagu secara panjangnya dan antara cuping telinga secara lebarnya.
[Lihat Al-Umm, 1/40]
Ads
3. Muka adalah bahagian di antara tempat tumbuhnya rambut pada kebiasaannya sehingga dua tulang rahang yang disitu tumbuhnya gigi yang bawah. Berhimpun permulaannya di dagu dan berakhir di telinga, secara panjangnya. Secara lebarnya, ia adalah di antara dua telinga.
[Lihat Fath al-Qarib al-Mujib, hlm. 31]
Dosanya Dikira
Berdasarkan definisi di atas, maka di sini timbul persoalan berkenaan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan sideburns termasuk bahagian wajahkah?
Pertamanya, isu maudhi’ al-tahzif (موضع التحذيف) iaitu tempat tumbuhnya rambut halus antara sideburns dan pelipis (bahagian kepala di antara dahi dengan telinga). Dalam hal ini ada beberapa pandangan antaranya:
Abu Ishak berpendapat, ianya termasuk dalam bahagian kepala kerana Allah menciptakannya daripada kepala maka ianya tidak dikira muka.
[Lihat al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafie, 1/38]
Sideburns Juga Sebahagiaan
Oleh itu, Jumhur Ulama’ mentashihkan sideburns termasuk daripada bahagian kepala. Ini bertepatan dengan pandangan mazhab Syafie’ pada had atau batas definisi kepala.
Pengarang kitab Kasyf al-Qina’ daripada mazhab Hanbali juga memberi pendapat yang sama di mana ia termasuk dalam anggota kepala.
[Lihat al-Majmu’ 1/416. Ini juga dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin 1/52]
Ads
Alhamdulillah, dah jelas di mana letak duduk muka yang boleh didedahkan dan yang mana dikira aurat perlu ditutup bukan? Tak kisahlah rupa wajahnya berbentuk bujur sirih ke, petak spongebob squarepants, sfera ke, flat ke atau jenis macammana pun asalkan ada wajah. Yang tak ada wajah tu ‘lembaga’.
Aik, masih blur lagi?
Baiklah, kalau macam itu… mari kita simpulkan secara mudah. Konklusinya, dagu wanita tidak termasuk aurat. Akan tetapi jika yang dimaksudkan dengan bahagian bawah dagu wanita (dekat dengan tengkuk yang agak lembik) ianya adalah termasuk aurat yang wajib ditutup.
Ini kerana bahagian tersebut tidak termasuk dari batas-batas wajah yang boleh dibuka. Ingat, biarlah saat ini hati disentap nasihat, dari kelak disentap azab.
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Surah Al Mukminum ayat 104.
Allah menciptakan manusia dari setitis air mani. Kemudian ia dibentuk menjadi jasad sebelum ditiupkan ruh.
Penciptaan tubuh manusia ini sangat unik, hanya Allah yang mengetahui-Nya. Ada mata, hidung, telinga, kaki dan lain-lain lagi di mana setiap anggota tubuh ini memiliki fungsi berbeza-beza.
Tapi tahukah, misteri tubuh manusia di mana kita sebenarnya bernafas hanya melalui satu lubang hidung saja. Jangan terperanjat fakta ini dan kerana itulah Allah ciptakan manusia memiliki dua lubang hidung dan setiap satunya berbeza fungsi.
Sekitar 85 peratus manusia bernafas menggunakan lubang hidung pada satu masa. Menariknya, lubang hidung secara automatik berganti bernafas dalam tempoh empat jam. Sebagai contoh, empat jam pertama kita bernafas melalui hidung kanan, empat jam kemudian lubang hidung kiri mengambil alih. Tapi misteri tubuh manusia ini tidak sama jika seseorang itu mengalami masalah hidung tersumbat atau ada masalah lain.
Dikongsi oleh Today I Found Out, ilmuan pertama yang mempelajari kitaran fungsi hidung ini ialah Richard Kayser pada 1895.
Pakar hidung berasal dari Jerman ini menemukan kitaran hidung ini terjadi melalui ereksi di hidung. Keadaan ini sama seperti ereksi terjadi pada alat kelamin (kembang dan kuncup). Uniknya tubuh dan otak kita akan mempengaruhi lubang hidung yang mengeluarkan nafas saat tertentu.
Kajian pada 1988 pula menemukan bernafas melalui lubang hidung kanan secara signifikan akan meningkatkan kadar glukosa darah. Sedang kesan bernafas melalui hidung kiri adalah sebaliknya.
Hasil kajian ini, para ilmuan berpendapat inividu yang kitaran hidungnya tidak normal misalnya hanya bernafas hanya melalui hidung kanan saja akan menyebabkan diabetes. Kajian yang dibuat pada 1993 pula mendapati saat kita bernafas melalui lubang hidung kanan, kita akan menggunakan oksigen lebih banyak berbanding sebelah kiri.
Kajian yang diterbitkan pada 1994 mendapati ketika bernafas melalui lubang hidung kiri, otak kanan akan lebih aktif atau dominan.
Fungsi lubang hidung tak sama
Dalam pada itu, satu perkongsian menarik dari Ustaz Ahmad Nasir boleh kita jadikan panduan.
Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan kanan. Apakah fungsinya sama?
Sebenarnya fungsinya TIDAK sama dan dapat kita rasakan bezanya.
Sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yang kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).
Jika SAKIT KEPALA, cubalah MENUTUP Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.
Jika merasa LELAH/PENAT, lakukan sebaliknya.
Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.
Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk.
Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga CEPAT sekali marah.
Apakah anda memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung mana yang bernafas lebih cepat?
Sebelah kiri atau kanan?
Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah.
Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.
Pada suatu malam, saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri.
Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh.
Saya terus melakukannya selama sebulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.
Luar biasa, sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Soalan: Adakah kita perlu mengqada’ solat (wajib atau sunat) yang tertinggal dengan sengaja, malas dan cuai? Bagaimana dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh? Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu mengqada’nya?
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (Surah al-Nisa: 103)
Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan. Sebelum saya menjawab permasalahan ini, suka dinyatakan berkenaan dengan hukum meninggalkan solat. Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut:
Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan menjadi k4fir dan terkeluar daripada agama Islam. Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak boleh membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan solat.
Berkenaan dengan soalan di atas, pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa.
Ini kerana hutang Allah SWT lebih utama dibayar. Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh, maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT.
Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan. Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya di samping beriman dengan firman Allah SWT:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.(Surah al-Baqarah: 286)
Berkenaan dengan qada’ amalan sunat hukumnya sunat, seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan Rasulullah SAW.
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa muda-muda dulu
Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa. Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat.
Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai waktu Allah, qadha waktu kita
Dari ‘Aisyah r.a katanya: Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat. (Muslim)
Cara Niat Qada Bagi Solat Fardhu Lima Waktu Pula Ialah
Solat Maghrib
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Isyak
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Subuh
Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Zuhur
Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Solat Asar
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala
Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.
Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.
Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat ) bagaimana ?
Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dos4-dos4nya.
Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Tidak dinafikan bukan mudah untuk setiap pasangan itu melayari kehidupan sebagai suami isteri.
Bukan saja persediaan kewangan yang dititik beratkan, tetapi juga persiapan mental dan fizikal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.
Jadi kepada mana-mana lelaki yang berkahwin, pastikan diri mereka ubah beberapa tabiat ini kerana dari situlah kehidupan berumah tangga akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Dan bagi perempuan juga jangan mengahwini lelaki itu sebab cinta semata-mata kerana tidak menjanjkan kebahagiaan yang diimpikan.
Ayuh dengarkan perkongsian Firdaus Syakirin apa tabiat perlu ada bagi seorang lelaki sebelum berkahwin.
Lelaki, kalau ada niat nak kawin, maka ubah dulu tabiat2 ini…
1. Solat.
Kalau sekrg ni tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jgn pernah tggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu…tp klu kita masih sama, masih bwk perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung didlm rumahtangga yg akan didirikan, maka rumahtangga tu xkan dpt bertahan lama…sbb imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia…
2. Kerja.
Bila nak kawin, pastikan anda dh ada keje yg stabil, yg mana anda selesa disitu dan bakal berkhidmat disitu utk satu tempoh yg tertentu…nak bela ank org, nk jaga ank org, keje xbleh ikut suka, xbleh keje sekejap, berenti, pastu menganggur sehingga dpt keje yg sesuai, yg ikut citarasa anda sendiri…xbleh mcm tu sbb kita ada ank bini utk ditanggung dan disara dgn hasil gaji yg kita dpt setiap bulan…jadi, pastikan anda mempunyai keje yg stabil dan pendapatan bulanan yg tetap dahulu…
3. Perangai bujang.
Perangai bujang ni byk klu nk disenaraikan…merempit, melepak, kluar umah ikut suka, balik umah ikut suka dan sebagainya…maka kita perlu ubah smua ni, perlu ubah gaya hidup kita tu dgn bwk motor berhati2, kurangkan keluar melepak, kluar umah pd masa2 yg sesuai dan balik umah sebelum tgh mlm…didik diri utk selesa dgn amalan mcm tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung utk buat perangai2 masa kita bujang dulu…
4. Belajar mengemas.
Jgn terus letak dlm minda yg keje rumah adalah keje isteri shaja…kita sbgai lelaki juga perlu tahu utk buat keje2 umah…perlu tahu cara menyapu smpah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yg kita dh biasa buat, dh selalu buat tu…percayalah, ianya akan mengurangkan bebanan isteri sebyk 50% dan lelaki nmpk macho jika tahu utk buat keje2 rumah…
Sekrg, sebelum kawin, mgkin kita mempunyai ramai kawan perempuan…smua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dgn mereka atas nama “kawan”…tp bila dah berkahwin, kita dh tak bleh kluar dgn perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sbb kita dah beristeri, dan tiada keperluan utk kita ada kwn perempuan yg kita masih rapat lagi…kwn perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang shja…anda dh perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kpd seseorang…
Perkahwinan merupakan ikatan yg suci, yg menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan…Perkahwinan bukan sekadar utk memuaskan nafsu semata2 tapi ianya merupakan 1 tanggungjawab dan 1 amanah utk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kpd seorang perempuan yg diciptakan dari rusuk kiri kita yg bengkok, utk diluruskan dlm kita menuju ke jalan yg diredhai Allah s.w.t…
Maka, ubah tabiat2 yg dinyatakan jika kita ada niat utk mendirikan rumahtangga…
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...