Cinta tak kenal siapa dan hadirnya juga tanpa dipaksa. Malah kisah cinta setiap daripada kita ini berbeza-beza. Jika memang sudah dia ditakdirkan jadi pasangan kita, tidak timbul siapa ‘mengorat’ siapa.
Seperti perkongsian lelaki ini yang juga seorang atlet tennis paralimpik negara, Firdaus Ibrahim yang telah muat naik kisah cintanya yang cukup manis dan sweet.
Dia dilihat sangat ‘jual mahal’ apabila isterinya yang terlebih dahulu mengajaknya berkenalan.
Walaupun cara ini boleh dikatakan perigi cari timba, namun mereka akhirnya telah disatukan dan paling penting isterinya boleh menerima keadaan dirinya dengan hati terbuka.
Pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat dinikahkan pertengahan Ogos lalu di sebuah lokasi di Terengganu.
Baru berkongsi kisah cintanya di laman sosial twitter hingga mendapat perhatian warga net kerana mendapat lebih 14 ribu retweet serta 20 ribu butang like.
Warga net yang mengikuti kisah cinta ini dilihat memuji pasangan ini yang mana tindakan isterinya memulakan langkah terlebih dahulu sebagai satu langkah bijak untuk menjalinkan hubungan lebih baik.
@zkhzha Ya Allahhhh …Tu laaa jodoh kan …Aku selalu je jujur dengan orang yang aku suka tapi selalu di reject mentah mentah ..
Menurut Firdaus juga dalam satu tweetnya, dia mengucapkan syukur alhamdulillah kerana telah berkahwin. Tambahnya lagi ia cuma halangan dan bukan juga kegagalan.
Firdaus juga turut berkongsi caranya bercinta. Tidak ada bunga bahasa yang melankolik, sebaliknya simple mesej ketika kedua-dua berhubung. Unik tetapi amat membahagiakan sebelum datangnya hari bahagia pasangan ini.