Semalam di instagramnya, @ustadzabdulsomad_official berkongsi gambarnya berada dalam tahanan Imigresen Singapura.

Kongsinya : “Uas di ruang 1×2 meter seperti penjara di imigrasi, sebelum dideportasi dari Singapore. Berita lengkapnya saksikan esok wawancara Uas, Selasa 17 Mei 2022, hanya di channel: hai guys official.

Insiden itu mendapat perhatian dari pengikutnya yang jelas mahu mengetahui apa yang terjadi kepadanya dan kenapa Ustaz dikenali ini ditahan selain mahu tahu apakah kesalahan dilakukannya.

Dalam satu wawacara di YouTube selepas dibebaskan dan kembali ke Indonesia, Ustaz Abdul Somad menjelaskan, dirinya dilarang memasuki Singapura tanpa sebarang penjelasan.

Dirinya menuntut kerajaan Singapura memberikan penjelasan sebab kenapa dia dilarang memasuki negara berkenaan.

“Apakah ada sekatan berkaitan militan atau sebaliknya,” katanya yang tertanya-tanya mengapa dirinya dilarang memasuki Republik itu.

IKLAN

“Itulah yang mereka tak boleh menjelaskan. Itu yang pengawai Imigresen tak boleh menjelaskan. Jadi, yang boleh menjelaskan kedutaan Singapura di Jakarta. Anda harus menjelaskan kepada masyarakat kepada negara anda, kerajaan anda menolak kami.

“Kenapa apakah kerana (terbabit) teroris, apakah kerana ISIS, apakah bawa narkoba (dadah), perlu jelaskan,” katanya dalam satu wawancara disiarkan di YouTube.

Tambah Ustaz Abdul Somad, dia bersama isteri, Fatimah Az Zahra dan anak serta keluarga rakan seramai tujuh orang memasuki Singapura untuk bercuti selama dua hari, bukan menyampaikan ceramah agama.

IKLAN

Beberapa hari sebelum berangkat, semua syarat sudah dipenuhi termasuk perjalanan turut dikemukakan.

Malah pihak imigresen Singapura (Immigration and Checkpoints Authority (ICA) pun sudah mengeluarkan kad ketibaan.

Jelasnya, dari perancangan dibuat, setibanya di Tanah Merah, rombongan mereka akan meneruskan perjalanan ke Arab Street dan Masjid Sultan sebelum menginap di Hotel Lion Peak Bugis.

IKLAN

Namun setelah sampai di Pelabuhan Tanah Merah Singapura pada pukul 1.30 kesemua anggota rombongan termasuk isteri, anaknya Samy berusia 3 bulan, serta empat anggota keluarga ditarik ke tepi oleh pihak Imigresen.

Tambahnya, isterinya yang sudah hampir keluar dari pelabuhan kemudian ditarik semula ke dalam imigresen. Ustaz Abdul Somad kemudiannya ditempatkan dalam tahanan jeriji sementara berukuran 1×2 meter selama satu jam sementara ahli keluarganya di lokasi lain.

Pada jam 5.30 petang, Ustaz Abdul Somad dan rombongan diarahkan menaiki feri di Batam untuk memasuki Indonesia semula dengan feri terakhir. Sumber : IG @ustadzabdulsomad_official

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI