
Ar-Rahman, Ar-Rahim dan Ar-Razzaq adalah nama-nama Allah yang bermaksud pemberi segala rezeki di dunia ini. Rezeki itu luas, ia tidak terbatas pada wang ringgit atau harta benda saja.
Sebaliknya rezeki itu datang dari pelbagai sudut seperti rezeki telah dijamin, rezeki kerana usaha dan kerja, rezeki kerana bersyukur, rezeki yang tak disangka-sangka, rezeki kerana istgfar, rezeki kerana bernikah, rezeki kerana anak, rezeki kerana sedekah bahkan rezeki kerana menyambung silaturahim.
Dalam keadaan negara diuji dengan banjir di pelbagai tempat, nampaknya rezeki tak disangka berlaku di Pantai Sg Kajang, Tanjong Karang, Selangor kerana puluhan ribu kupang naik ke darat tanpa disangka-sangka.
Bahkan gambar-gambar menunjukkan terlalu banyaknya kupang ini dikongsikan di fb warga sekinchan.
Menurut gambar dikongsi oleh Alia Humaira, rumah emaknya berdekatan pantai sahaja dan ramai yang pergi mengutip rezeki tidak terduga di pantai ini. Kelihatan berbaldi-baldi diangkut. Di saat ramai yang bertanya lokasi pantai ini, jalan masuk ke pantai ini mesti melalui dari Agrobank Tanjong Karang, jalan terus sampai jumpa pantai.

Walau ramai menyifatkan fenomena alam ini agak luar biasa dan dikaitkan ingin berlaku tsunami apabila hidupan laut “mendarat” di pantai, ia menurut fahaman masing-masing.
Memang benar tsunami terjadi selepas banyak kejadian hidupan laut datang ke pantai (seperti terjadi di Indonesia) namun kehadiran puluhan ribu kupang ini juga adalah rezeki tidak terduga buat warga Tanjung Karang pagi tadi.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Dah Buat Sumpah Laknat Tapi Mahu Batalkan

Isi Kandungan
ToggleSoalan
Seorang suami telah curang dan terlanjur dengan teman wanitanya dan perkara itu diketahui oleh isteri. Suami kemudian dipaksa membuat sumpah laknat (memegang al-Quran) dengan mengatakan dia tidak akan bersama (bersetubuh) dengan teman wanita tersebut. Sekiranya dia melakukannya dia akan mati disambar petir.
Akan tetapi suami tetap mahu bernikah dan bertanggungjawab atas ketelanjurannya. Bolehkah dia membatalkan sumpah laknat tersebut?
Jawapan
Suatu sumpah dianggap sah sekiranya menggunakan nama Allah SWT atau salah satu daripada sifat-sifatnya.
Begitu juga sah suatu sumpah itu dengan menggunakan al-Quran, seperti berkata: “Aku bersumpah dengan al-Quran tidak akan melakukan perbuatan itu”. Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni menyatakan bahawa sesungguhnya bersumpah dengan Al-Quran adalah sumpah yang sah, dan wajib membayar kaffarah jika dilanggar.
Adapun bersumpah dengan memegang al-Quran adalah untuk mengukuhkan atau menguatkan lagi kesungguhan untuk bersumpah dan ia bukan merupakan syarat sah sumpah.
Sumpah tidak boleh ditarik balik dan sekiranya sumpah itu dilanggar maka wajib baginya membayar kaffarah, iaitu dengan memilih salah satu dari 3 perkara di bawah:
1. Memberi makan 10 orang miskin, setiap orang miskin 1 cupak makanan asasi. Iaitu memberi makan bermaksud memberi milik kepadanya dan tidak memadai dengan mengundang mereka menikamati jamuan makan dan seumpamanya. Sebagai alternatif, bayaran boleh dibuat secara online kepada pihak Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
2. Memberikan pakaian yang biasa dipakai kepada 10 orang miskin. Pakaian iaitu sesuatu yang selayaknya dipanggil pakaian. Sepakat fuqaha menyatakan tidak sah jika hanya kasut, songkok, stokin kerana dengan yang demikian tidak dikatakan sebagai berpakaian melainkan perlu berbaju.

3. Memerdekakan seorang hamba beriman, lelaki atau perempuan
Jika tidak mampu mana-mana di atas, wajib berpuasa salama 3 hari tanpa disyaratkan berturut-turut.
Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya syarat sah sumpah dipenuhi dan suami tersebut berkahwin dengan perempuan itu, maka dia wajib membayar kaffarah. Namun, dia tetap perlu bertaubat atas dosa zina yang dilakukan kerana ia merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar.
Sumber: Mufti Selangor
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
5 Helai Kain Kafan Sahaja ‘Harta’ Dunia Untuk Dibawa Ke Barzakh

Mengejar kemewahan dunia bukanlah tujuan utama kita dihidupkan. Akhirnya, hanya helaian kain kafan putih membaluti jasad peneman di alam barzakh.
Jika kita selalu ingat akan jenazah kita semasa mati nanti, sudah tentu kita tidak perlukan kekayaan material dunia. Memadai dengan segalanya mencukupi bagi keperluan kita dan keluarga. Jika ada pun rezeki kemewahan melimpah ruah, itu sebenarnya bukan untuk kita. Allah salurkan menerusi kita agar memberikannya kepada orang lain yang memerlukan.
Artikel berkaitan: Bolehkah Kafan Kan Jenazah Gunakan Kain Selain Putih?
Artikel berkaitan:Elak Kalut, Panduan Persediaan Awal Urus Ahli Keluarga Meninggal Dunia

Keinsafan seperti ini sangat tinggi nilainya. Dan tentu sahaja perkongsian ringkas puan Rohamiah Muda dari Politeknik Ibrahim Sultan yang juga pakar menguruskan jenazah ini membuatkan kita terbangun dari lena.
Kita ikuti entri di facebooknya semasa menunjuk ajar cara memotong ‘pakaian’ jenazah baru-baru ini.
Antara kepakaran seorang pengurus jenazah ialah memotong kain dijadikan baju untuk jenazah. Bagi jenazah wanita, perlu disediakan lima lapisan kain, iaitu kain bawah dua helai, kain dalam, baju dan telekung.
Baju dan telekung perlu digunting. Bajunya digunting dengan memotong bahagian leher dan lengan sahaja.
Tudung pula, cukup dibuat bulat di bahagian tengah. Namun, ada juga sesetengah waris yang pakaikan telekung solat untuk jenazah. Inilah pakaian kita suatu hari nanti.
Kawan, pakaian kita ketika menjadi jenazah adalah sama sahaja. Tiada beza. Kain putih membaluti tubuh. Itulah harta yang dibawa hingga ke kubur.
Tidak perlu kita bermegah dengan harta dunia yang ada. Berapa duit kita di dalam bank, itu semua kita tidak bawa. Bahkan, ahli waris yang akan guna harta kita.

Orang yang cerdik adalah orang yang ada saham dunia dan akhirat. Jadi, di samping kita menyimpan ke dalam bank dunia, jangan lupa bank akhirat perlu juga ada simpanan.
Hidup selepas mati adalah lebih bererti daripada hidup di dunia ini. Bina masa depan dengan merancang kehidupan selepas kematian.
Kashoorga: Mati itu pasti. Mengingati mati adalah perkara yang diharuskan kerana kita akan sentiasa berwaspada dalam segala tindak tanduk semasa hayat agar tidak melakukan dosa. Bekalan pahala yang dikumpul, itu lah harta yang kita akan bawa ke akhirat kelak.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tanda-tanda Rumah Ada Gangguan Makhluk Halus & Cara Buat Pendinding

Isi Kandungan
ToggleGempar baru-baru ini apabila beberapa buah kediaman telah di ketuk ‘sesuatu’. Kejadian misteri ini dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Keadaan masih lagi berlarutan, dan nampaknya kita kena lakukan sesuatu untuk melindungi kediaman dari gangguan.
Gangguan makhluk halus di kediaman atau premis perniagaan seperti gerai, kafe, restoran, kedai dan sebagainya bukan lah perkara asing bagi kita.
Makhluk halus adalah salah satu daripada ciptaan Allah dan kita wajib mempercayai kewujudannya tetapi bukan mempercayai makhluk halus itu.
Artikel berkaitan: 30 Tanda Orang Yang Perlu Segera Dirukyah
Artikel berkaitan: Cara Rasulullah Gunakan Garam Halang Santau Sihir
Allah telah anugerahkan kita al-Quran. Yang mana terkandung di dalamnya ayat-ayat syifa’ atau ayat-ayat penyembuh yang membantu untuk memulihkan penyakit atau gangguan makhluk halus.
Kita boleh merujuk kepada para ustaz yang mengamalkan rawatan Islam bagi tujuan ini.
Sebenarnya, langkah pemulihan atau ‘pembersihan’ ini boleh dilakukan sendiri oleh kita. Harus yakin bahawa hanya Allah sahaja tempat sandaran bagi membantu memperbaiki keadaan.
Kita ikuti perkongsian pengamal rawatan Islam dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin, Melaka tentang bagaimana langkah untuk membuat pendinding rumah atau premis perniagaan.
Ramai tanya saya, “Ustaz boleh datang rumah untuk pulihkan rumah?
Ustaz boleh datang pulihkan kedai saya?”
“Ramai orang kata saya tak buka kedai bila lalu depan kedai saya. Macam mana nak buat ya ustaz?”
Di sebabkan ramai yang bertanya bagaimana nak pulihkan rumah, di bawah saya ajarkan bagaimana cara mudah untuk melindung dan memulihkan rumah bagi mengelakkan dari gangguan makhluk halus.
Bahan yang diperlukan:
Ambil air kolah masjid
1 botol air mineral 1500ml
Lada Hitam 1 bungkusan kecil dan garam halus sebungkus kecil.

Cara : (Kediaman)
- Buka pintu tingkap rumah depan belakang, kemudian laungkan Azan di dalam rumahatau ptemis perniagaan tersebut.
- Azan setiap bilik rumah, dapur dan ruang tamu.
- Selesai Azan, campurkan garam halus dan lada hitam dalam sepiring kecil contoh seperti dalam gambar di bawah.
- Buka penutup botol yang berisi air kolah masjid.
- Baca seperti di bawah:
- Baca Al Fatihah 11 kali
- Ayat Kursi 11 kali
- Surah al-Ikhlas 11 kali, kemudian sambung zikir di bawah. Baca sebanyak 3 kali dan selawat 11 kali
- Selesai baca garam halus di tabur setiap bucu rumah lebihkan tabur di bilik air dan tandas.
- Tabur secubit garam tersebut setiap bucu di sekeliling rumah anda.
- Selesai tabur ambil air kolah masjid pula masukkan di dalam botol semburan (contoh seperti gambar di bawah)
- Kemudian sembur kan sekeliling rumah anda, pastikan dinding rumah anda di sembur.
- Lebihkan juga sembur di bilik air dan tandas rumah anda.
- Buat lah dengan yakin dan Insya Allah rumah anda terhindar daripada gangguan makhluk halus.
Sebaik-baik pendinding adalah banyak kan amalan zikir di dalam rumah tersebut. Banyakkan baca al-Quran di dalam rumah, solat berjemaah dan perbanyakkan solat sunat di dalam rumah.
Insya Allah itulah sebaik-baik pendinding. Kerapkan juga laungan azan di dalam rumah anda Insya Allah dengan izinNya di dalam rumah tersebut bebas dari gangguan makhluk halus.
Di Premis Perniagaan:
Manakala di premis perniagaan pula kerapkan pasang ayat suci al-Quran di dalam kedai. Ada masa kita sendiri yang baca al-Quran di dalam kedai.
Banyakkan baca surah al-Waqiah untuk murah rezeki. Banyakkan solat sunat dhuha, Insya Allah dengan izin Allah rezeki anda bertambah. Kedai anda, tapak perniagaan Insya Allah akan semakin maju.
Apa pun semua cara di atas adalah sebagai ikhtiar sahaja. Selebihnya semua atas izin Allah.
Tanda-tanda di dalam rumah ada gangguan:
1)Kerap nampak kelibat dalam rumah
2)Kerap dengar bunyi ketukan di luar pintu rumah
3)Kerap dengar bunyi guli,lesung batu,tarik kerusi meja atas rumah terutama rumah flat
4)Kerap terdengar bunyi pasir jatuh atas bumbung rumah
5)Kerap terbau busuk hanyir dalam rumah, bau colok kemenyan dan kapur barus
6)Rasa seperti diperhatikan terutama waktu tidur
7)Kerap terdengar suara memanggil tetapi ketika itu tiada siapa pun di dalam rumah
8)Masuk rumah jadi stress, serabut cepat nak marah gaduh suami isteri tetapi apabila di luar taka da masalah
9)Masuk rumah kepala jadi pening,sakit belakang tengkuk belikat rasa berat
10)Perut jadi kembung sendawa angin, kitaran haid tak normal senggugut yang teruk. Periksa doktor semuanya normal

11)Susah tidur malam dalam rumah bila tidur tempat lain taka da masalah pula
12)Kerap mimpi bayi, bermain, dukung menyusu
13)Mimpi jatuh tempat tinggi
14)Mimpi binatang berbisa
15)Mimpi orang kejar orang nak bunuh
16)Mimpi tempat kotor
17)Mimpi pasangan curang kahwin lain
18)Mimpi bersetubuh dengan orang tak dikenali
19)Mimpi orang tua
20)Mimpi rumah lama
21)Mimpi terbang
Di atas adalah sebahagian tanda yang kerap berlaku pada pesakit saya yang terkena gangguan makhluk halus.
Jika anda mengalaminya dapatkan rawatan Islam berhampiran anda. Moga dijauhkan semua di atas berlaku pada diri kita dan famili kita Aamin.
Kredit foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI