Di sebalik Sehelai Pakaian, Bukan Sahaja Si Pemakai, Si Tukang Jahit Pun Sama-sama Dapat ‘Saham’

Share

Antara syiar terpenting yang membezakan seorang wanita Islam dengan wanita bukan Islam ialah daripada segi pakaian yang menepati kehendak dan piawaian syariat. Disiplin berpakaian ini lebih kerap disebut sebagai kewajipan menutup aurat kerana secara asasnya Islam tidak menetapkan jenis pakaian yang perlu dipakai, tetapi menetapkan bahagian mana yang wajib ditutup bersama beberapa kriteria asas.

Apabila seorang wanita Islam mengenakan pakaian, bukan si pemakai sahaja yang mendapat ‘saham’ tetapi si tukang jahit pun turut mendapat ‘saham.’

Perlu diketahui, bahawa gaji atau pendapatan yang didapatkan dari pekerjaan yang haram bekerja sebagai tukang jahit pada bahagian membuat pakaian haram atau menjadi karyawan kepada model yang menjual pakaian haram adalah harta yang haram.

( 3488دواد يبأ جيحص ” يف ينابلألاهححصو ) ( دواد وبأهاور ) ُهَنَمَث َمَّرَح ًائْيَش َمَّرَح اَذِإ هللا َّنإ “

Nabi bersabda, “Sesungguhnya jika Allah mengharamkan sesuatu maka Allah pasti mengharamkan pendapatan yang dihasilkan darinya” [HR. Abu Daud, no. 3488, dinilai sahih oleh Al-Albani]

Orang yang sudah terlanjur bekerja dengan pekerjaan haram di atas, wajib segera keluar dan mencari pekerjaan lain yang halal sehingga halal pula gaji dan makanan yang dia makan atau tidak membuat pakaian yang menjolokkan mata. Semoga Allah memberi hidayah-Nya kepada kita sekalian dan memudahkan semua urusan kita serta membukakan pintu untuk kita mengecapi kekayaan-Nya dengan cara lebih halal.

 

TUJUH GARIS PANDUAN PAKAIAN MUSLIMAH DI HADAPAN BUKAN MAHRAM

1.Menutupi keseluruhan tubuh melainkan wajah dan tapak tangan.

2. Pakaian yang dipakai bukanlah perhiasan yang melampau atau bertabarruj sehingga menarik perhatian.

3. Pakaian yang dipakai itu tidak terlalu nipis atau jarang sehingga menampakkan warna kulit dan membayangkan anggota tubuh.

4. Pakaian yang longgar, tidak ketat dan memperlihatkan bentuk tubuh sehingga boleh menimbulkan syahwat.

5. Tidak memakai wangi-wangian yang boleh dihidu oleh lelaki bukan ajnabi.

6. Pakaian yang dipakai tidak menyerupai pakaian lelaki.

7. Tidak dipakai untuk tujuan menunjuk-nunjuk atau ingin nampak glamor.

Sesungguhnya menutup aurat itu adalah demi untuk menjaga kehormatan diri seorang wanita yang sangat tinggi nilainya dalam Islam.

Sumber: FB: Prof Dr Muhaya

Published by
wan erni