‘Dia habiskan seumur hidup untuk kami.’ Anak buat kejutan jadi juruterbang bawa ibu tunaikan haji. Bahagia seorang ibu apabila anak yang dibesarkan berjaya.
Begitulah kasih ibu, tidak pernah berkira dalam membesarkan anak-anak asalkan suatu hari anaknya menjadi insan yang berjaya.
Ternyata penat lelahnya selama ini terbalas bila sang anak membuat kejutan apabila menjadi juruterbang dan membawa dia ke Tanah Suci.
“Dia menghabiskan seumur hidupnya untuk kami dan ini adalah antara impiannya untuk terbang bersama saya pada suatu hari nanti,” kata seorang juruterbang, Abdallah Bahey, 31, apabila videonya tular di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian videonya, Abdallah dilihat membuat kejutan dengan menyambut ketibaan ibunya di dalam pesawat yang dipandunya menuju ke Makkah untuk menunaikan haji.
Menurut Abdallah, dia bersama rakan-rakannya mengatur kejutan berkenaan tanpa memberitahu ibunya sebelum dia keluar bekerja pada pagi itu.
Momen itu paling tepat dan penuh bermakna apabila hasrat untuk melakukan perkara itu kerana sebelum ini hanya bertugas sebagai pembantu juruterbang di EgyptAir.
“Seperti biasa saya memakai pakaian seragam kerja dan pada hari itu meninggalkan rumah bersama-sama ibu ke lapangan terbang untuk ke Tanah Suci.
“Saya tidak menyatakan perkara sebenar, hanya cakap akan menghantar ibu di lapangan terbang kerana perlu menyertai kru penerbangan EgyptAir ke Kuwait.
Ads
Anak Buat Kejutan Jadi Juruterbang
“Bagaimanapun, sebaik saja ibu melihat saya menyambutnya di pintu pesawat, dia kelihatan terkejut seolah-olah tidak menyangka saya berada dalam kapal terbang yang sama,” katanya.
Abdallah yang sebelum ini bertugas sebagai pembantu juruterbang membuat kejutan kepada ibunya bahawa dia kini sudah menjadi juruterbang sepenuhnya dan menerbangkan pesawat itu menuju ke Tanah Suci.
“Inilah impian pertama saya iaitu untuk menjadi juruterbang dan berjaya tercapai dalam tempoh 10 tahun, keduanya ialah ingin membawa ibu menunaikan haji,” katanya.
Bawa Ibu Tunaikan Haji
Abdallah ialah tamat pengajian di Kolej Penerbangan pada tahun 2012 dan menyertai EgyptAir pada 2022.
Sementara itu, ibunya, Amal Shawky, 57, kelihatan tergamam seketika sebaik melihat Abdallah menyambut di pintu masuk kapal terbang berkenaan.
Ads
Kedua-dua beranak itu kelihatan berpelukan dan ibunya menitiskan air mata yang disifatkan air mata kegembiraan. – AGENSI
Wakaftnya ulama merupakan salah satu tanda dekatnya akhir zaman. Wafatnya ulama yang merupakan pewaris nabi jelas musibah tak tergantikan bagi umat Islam.
Ertinya: "Dan jika Kami perlihatkan kepadamu sebagian (siksa) yang Kami ancamkan kepada mereka atau Kami wafatkan kamu (hal itu tidak penting bagimu) karena sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedangkan Kamilah yang menghisab amalan mereka. Dan apakah mereka tidak melihat bahwa sesungguhnya Kami mendatangi daerah-daerah (orang-orang kafir), lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya? Dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendak-Nya), tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya; dan Dialah Yang Mahacepat hisab-Nya". (QS Al Ra'du: 41).
Jika sebelum ini ulama terkenal Indonesia, Syeikh Ali Jaber meninggal akibat COVID-19, hari ini para agaman negara iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre dan Dr Syed Shahridzan Ben Agil yang juga merupakan Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan berkongsi kisah kematian Al-‘Allamah Al-Faqih Al-Sheikh Dr. Ahmad Ali Toha al-Rayyan, ulama besar mazhab Maliki yang meninggal akibat COVID-19 hari ini.
Semoga kita semua dilindungi dari fitnah Dajjal dan seterusnya akhir zaman yang semakin menunjukkan banyak tanda.
Bacalah catatan dari para agaman yang dikongsi di fb masing-masing.
إنا لله و إنا إليه راجعون
Demi Allah berita ini sangat menyedihkan kami namun tiadalah yang mampu kami ucapkan melainkan yang Allah redha.
Telah kembali ke Rahmatillah Al-‘Allamah al-Faqih Prof Dr Ahmad Toha Rayan Rahimahullah, antara orang yang paling alim dalam Mazhab Maliki di Mesir dan Ahli Anggota Ulama Besar Al-Azhar as-Syariff. . Beliau adalah guru yang sangat sangat kami cintai. Saya belajar daripada beliau pelbagai kitab Mazhab Maliki dan Perbandingan Mazhab. Beliau adalah Syaikh saya sepanjang di Mesir. Banyak saya dapat belajar secara berdua saja dengan beliau. Umur beliau sebaya umur Abah. Abah juga mengenali beliau ketika sama-sama membangunkan Universiti Ahgaff di Yaman.
Beberapa hari lalu salah seorang anak murid kanan beliau memberitahu saya bahawa Syaikh disahkan dijangkiti COVID-19
Moga Allah merahmatimu wahai guru kami.
Ini pula catatan dari Dr Syed Shahridzan Ben Agil yang juga merupakan Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan.
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Roji’un…
Berita yang amat menyedihkan tentang pemergian guru kami ke menuju ke rahmat Allah.
Beliau al-Marhum al-‘Allamah al-Faqih al-Sheikh Dr. Ahmad Ali Toha al-Rayyan, ulama besar mazhab Maliki di al-Azhar serta alim dalam pelbagai bidang ilmu dan displin turath.
Kenangan amat indah mengikatkan kami dahulu yang berkesempatan berguru dengan al-Marhum di masjid al-Azhar. Al-Marhum amat terkenal dengan sikap ramah mesra dan lemah lembut terhadap murid-muridnya. Sesungguh pemergian beliau satu kehilangan yang amat besar bagi Al-Azhar Al-Syarif, dunia Islam dan anak² muridnya dari seluruh dunia. Jelas satu demi satu alim ulama di angkat oleh Allah di akhir zaman ini.
Semoga Allah merahmati guru kami, mengampuni dosa-dosa beliau dan menghimpunkan beliau bersama-sama para nabi dan soliheen di akhirat kelak. Amin Ya Rabb.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dapat kita bayangkan bagaimana para petugas barisan hadapan kita yang perlu memakai baju perlindungan PPE dari pagi hingga ke petang dalam merawat pesakit.
Dengan cuaca panas, bagaimana agaknya mereka bertahan. Bagaimana pula caranya untuk makan dan paling penting adalah mendirikan solat.
Adakah perlu menanggalkan PPE berkenaan sebelum solat atau meneruskan dengan memakai pakaian berkenaan.
Menerusi laman sosial Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri atau dikenali dengan nama Dr MAZA menerangkan bagaimana solat didirikan bagi frontliner kita.
Menurutnya para petugas yang memakai PPE yang tidak dapat berwuduk dan bertayammum, mereka boleh solat tanpa wuduk dan tayammum.
Mereka ini juga tidak perlu menggantikan solat, ini menurut pendapat yang dianggap rajih. Malah mereka juga boleh menjamakkan solat, jika perlu melakukan hal itu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Nampaknya lebih banyak kematian berlaku hari ini akibat penularan virus COVID-19. Kebanyakannya dikaitkan dengan mereka yang hadir di perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling hujung Februari lalu.
Justeru pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru jemaah tabligh ini supaya hadir ke hospital untuk membuat saringan kesihatan. Ada yang pergi dan ini antara pengalaman dari seorang jemaah berkenaan.
Menurut Bakri Che Muhamad, 57 tahun, sebaik mengetahui gesaan KKM, dia segera pergi untuk melakukan saringan kerana rasa bertanggungjawab untuk melakukannya.
“Saya menaiki Grab datang dari Taman Maluri ke masjid ini yang diberitahu ujian saringan akan dibuat di sini.
“Alhamdulillah, hasil ujian sudah diketahui dan saya negatif virus berkenaan berdasarkan beberapa ujian dilakukan doktor,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan hari ini.
Katanya, ramai dalam kalangan jemaah yang dihubunginya menunaikan tanggungjawab masing-masing pergi ke klinik kesihatan daerah terdekat untuk membuat saringan.
“Orang ramai jangan risau, kami tahu tanggungjawab dan datang untuk membuat saringan kesihatan.
“Tiada siapa akan melarikan diri, contoh seperti hari ini ramai yang datang melakukan ujian kesihatan,” katanya.
Katanya, ramai rakannya yang hadir hari ini disahkan negatif Covid-19.
“Alhamdulillah semoga Allah memelihara kami daripada sebarang penyakit berbahaya,” katanya yang juga seorang peniaga.
Menurutnya, majlis ijtimak itu adalah program tahunan yang dihadiri lebih 10,000 jemaah Malaysia.
“Kebanyakan yang datang adalah orang Malaysia tetapi penceramah terdiri daripada maulana dari luar.
“Kebanyakan jemaah yang datang menggunakan pembiayaan sendiri dan aktiviti dilakukan adalah mendengar ceramah serta memantapkan ilmu agama kami,” katanya kepada Harian Metro.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...