‘Dia kerja, tak perlulah aku bagi duit.’ Nafkah isteri mesti suami tunaikan walau pendapatan dia lebih tinggi suami. Nafkah memang menjadi tanggungjawab suami, jadi jangan lari dari tanggungjawab.
Isteri bekerja kerana ingin kurangkan beban suami dan membantu apa yang patut. Jadi janganlah mengambil kesempatan.
Masa kini ramai isteri bekerja dengan niat ringankan beban suami. Pun begitu keperluan memberi nafkah tetap menjadi tanggungjawab suami. Masa nikah memang digalakkan dipermudahkan. Tapi itu bukan maksudnya soal nafkah pun kita nak pandang enteng jugak.
Kita tak boleh kata, “Owh isteri aku ada kerja. So, tak perlu lah aku bagi duit bulan-bulan. You, you dan I, I”
Nafkah mereka sebagai isteri mesti ditunaikan walau pendapatan mereka lebih tinggi dari kita.
Tak Perlulah Aku Bagi Duit
Ada isteri yang tidak diberi nafkah langsung oleh suami disebabkan:
1) suami beranggapan tidak perlu bagi nafkah kerana isterinya berkerja dan punyai wang sendiri.
2) suami beranggapan tidak perlu bagi nafkah kerana isterinya bergaji lebih besar.
Ads
3) suami perlu tanggung keluarganya sendiri (ibu bapa, adik beradik), jadi wang gajinya tidak cukup untuk diberikan kepada isteri.
4) tidak ada ilmu tentang rumah tangga dan tidak mahu belajar tentangnya. Take for granted.
Nafkah Isteri
Ini silap besar sahabatku.
Wahai para suami, bacakan ini. Ada 7 jenis nafkah yang wajib kita beri kepada isteri iaitu:
1. Menyediakan rumah dan keperluan rumah.
Tak kira lah rumah sewa atau beli sendiri, asalkan mengikut kemampuan suami. Kalau suami mampu beli rumah teres sahaja untuk isteri, ia jauh lebih baik dari rumah banglo atas bukit yang dibeli isteri.
2. Makan Minum
Ramai isteri yang berkerja membeli barang makanan minuman dengan duit gajinya sendiri. Puan, gunakan duit belanja dapur yang diberikan suami.
Jika tak cukup, barulah top up dengan duit gaji puan. Jangan ambil hak suami iaitu hak untuk dia bagi nafkah makan minum.
Kalau suami puan mampu beli kangkung dan ikan kembung, makanlah itu. Berkat insyaAllah.
Suami beri nafkah wang walaupun sedikit untuk makan minum isteri, anak setiap bulan. Kalau mampu RM100 pun, itulah yang perlu diberikan.
Beritahu pada isteri, “Ini yang abang mampu, kalau ada rezeki lebih, abang akan tambah.” Isteri, hargailah keikhlasan suamimu itu.
Ads
Mesti Suami Tunaikan
3. Pakaian
Wajib beli 2 persalinan setiap tahun. Belilah jubah longgar dan pakaian menutup aurat kepada isteri. Kita dapat pahala sebab sediakan pakaian ikut syariat. Isteri pun dapat kebaikan sebab jaga aurat ikut syariat.
Suami dipertanggungjawabkan atas dosa yang mereka lakukan di dunia ini. Isteri, kena faham dan tahu. Kami bukan hanya pikul tanggungjawab nafkah zahir tapi dosa kamu juga kami pikul.
Ini perkara paling sweet yang banyak isteri lupa.
Justeru, tanam azam dalam diri untuk ikut suruhan dan tinggalkan perkara dilarang oleh baginda Rasulullah saw. Bukan pasal ikhlas atau tak ikhlas.
Masa dicabut nyawa tak ada tanya ikhlas tak nak mati. Hehe!
4. Perubatan
Kalau isteri sakit, suami perlu bawa isteri jumpa doktor dan biayai perbelanjaan ini. Kalau zaman sekarang, takaful untuk isteri dan anak-anak perlu disediakan oleh suami.
5. Perhiasan
Wanita memang tidak asing dengan perhiasan. Suami perlu menyediakan perhiasan untuk isteri.
Encik A selalu beli perhiasan untuk isterinya. Dia belikan mengikut taste nya.
Katanya, “Isteri ini adalah perhiasan untuk suami. Mestilah saya beli perhiasan mengikut taste saya supaya menyejukkan mata dan hati saya. Barulah isteri saya dapat pahala, saya pun dapat pahala.”
Isteri pula, kalau suami mampu beli Zhulian, pakailah. Jangan minta diluar kemampuan suami pula.
6. Pembantu
Kalau isteri biasa ada pembantu rumah sebelum berkahwin, suami mesti menyediakan pembantu untuknya selepas berkahwin.
Zaman sekarang ini kalau suami tak mampu, cukuplah sediakan wang untuk penjagaan anak dan paling penting sekali pembantu semasa isteri berpantang selepas melahirkan anak.
Dia Lebih Tinggi
7. Peralatan mandian
Jangan gelak! Iya, sabun mandi dan syampu rambut itu termasuk dalam nafkah ye. Jangan ambil ringan!
Wahai suami isteri sekalian, suami wajib bagi nafkah pada isteri dan anak anak. Ini adalah ajaran Islam dan kita patut mengikutnya. Sebab apa?
Supaya ada keberkatan dalam rumah tangga. Bila ada keberkatan, harmoni dan sejahteralah rumah tangga itu. Begitulah.
Ilmu agama dan dunia juga sebenarnya tanggungjawab suami. Ramai terlepas pandang.
Kalau isteri nak belajar mengaji al-Quran, belajar memasak jangan dihalang. Kita sokong dan belikan buku untuk mereka.
Saya doakan agar diri saya dapat memenuhi keperluan keluarga dan anda yang membacanya sehingga ke ayat ini beroleh kebaikan yang sama. Aamin!
‘Derma semua bonus piala dunia kepada orang miskin.’ Hakim Ziyech, adalah juara di hati rakyat Morocco. Tiada kata yang indah dapat diberi kepada pemain bola sepak ini melainkan rasa kagum tak terhingga kerana kemurniaan hatinya.
Hakim Ziyech, mendermakan semua bonus Piala Dunianya £280,000 (RM1,528,767) kepada orang miskin di Maghribi atau Morocco.
Bintang Maghribi (Morocco) dan Chelsea, Hakim Zayech yang lahir pada tahun 1993 ini, tidak pernah mengambil gaji dari pasukan kebangsaan sejak tahun 2015.
Setiap gaji yang diterima, dia sedekahkan kepada staff pasukan dan keluarga-keluarga miskin di Morocco. Dialah juara sebenar di hati rakyat Morocco. Masyallah!
Hakim Ziyech tidak hanya tampil cemerlang bersama pasukannya di Piala Dunia 2022. Pemain sayap Chelsea ini juga cuba memberi lebih banyak sumbangan kepada masyarakat Morocco dengan lebih meluas.
Bayangkan, Ziyech memilih untuk mendermakan semua wang yang diperolehnya semasa Piala Dunia 2022 kepada rakyat Morocco yang memerlukan.
Bonus Piala Dunia
Hakim Ziyech tidak menikmati satu sen pun daripada gaji atau bonus yang diterimanya pada Piala Dunia 2022. Sebaliknya, dia memberikan semuanya kepada kakitangan pasukan dan juga kepada golongan miskin di Morocco.
Maklumat ini diperoleh daripada Khaled Beydoun. Lebih istimewa lagi, sikap pemurah Hakim Ziyech bermula sejak 2015 lagi.
“Bintang Morocco Hakim Ziyech tidak mengambil satu dolar pun ketika bermain untuk negaranya sejak 2015.
Kepada Orang Miskin
‘Dia menyumbangkan segalanya kepada kakitangan pasukan dan keluarga miskin di negara asalnya Morocco,” tulis akaun Khaled Beydoun yang merupakan peminat sukan, profesor undang-undang dan penulis di akaun Twitternya.
Dilaporkan Hakim Ziyech menderma dana sehingga IDR 5.4 bilion daripada Piala Dunia 2022 sahaja untuk golongan miskin di Morocco.
“Hakim Ziyech menderma semua bonus untuk Piala Dunia 2022 sehingga 325 ribu dolar Amerika Syarikat kepada rakyat miskin Morocco,” tulis orang yang sama.
Hakim Ziyech, Juara Di Hati Rakyat Morocco
Biarpun pada Piala Dunia 2022 dia hanya mengumpul satu gol, Hakim Ziyech mempunyai peranan penting di sebalik perjalanan Morocco untuk mara ke separuh akhir.
Ditugaskan sebagai penyerang sayap, kerjasamanya bersama Achraf Hakimi sering menyusahkan pertahanan lawan.
Penampilannya bersama Morocco akan menjadi penting apabila dia menentang Perancis pada separuh akhir Piala Dunia 2022 walaupun pasukannya kecundang.
Bolehkah seorang isteri yang kematian suami mengiringi jenazah suaminya yang meninggal dunia di rumah ke masjid? Bagi yang tidak pasti akan hal ini namun kita biasa melihat kaum isteri yang kematian suami akan turut sama ke masjid kerana mahu melihat suami buat kali terakhir. Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam e-booknya, Maktabah Al Bakri mengupas persoalan ini.
Jika suami seorang wanita meninggal dunia di rumahnya dan jenazahnya hendak diuruskan di masjid, bolehkah wanita itu turut pergi ke masjid sebagai penghormatan terakhir kepada arwah suaminya?
JAWAPAN
Dari sudut istilah, iddah memberi maksud tegahan kepada wanita untuk berhias dan yang membawa kepada maknanya pada tempoh tertentu dalam keadaan tertentu. Ia membawa maksud tegahan daripada bermalam selain daripada rumahnya.[1]
Maksudnya: “Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat berkabung di atas kematian seseorang melebihi tiga hari melainkan apabila kematian suaminya. Dia hendaklah berkabung selama empat bulan dan sepuluh hari.”[2]
Jika perempuan itu mengandung semasa kematian suaminya, maka `iddahnya berakhir dengan kelahiran anaknya sama ada `iddah itu mengambil masa yang panjang atau pendek. Jika isteri tidak mengandung atau mengandung akan tetapi bukan daripada benih suami yang meninggal dunia. Contohnya isteri mengandung, tetapi suaminya belum baligh atau suaminya telah lama hilang melebihi empat tahun sama ada dia telah menyetubuhi isterinya ataupun belum, maka `iddahnya adalah dengan berakhirnya empat bulan sepuluh hari.[3]
Perempuan yang berada di dalam ‘iddah kerana kematian wajib ke atasnya melakukan perkara seperti berikut:
Berkabung atas kematian suaminya dengan tidak berhias dan mengenakan bau-bauan seperti bersolek, berhias, memakai baju berwarna terang, memakai barang kemas dan selainnya.
Wajib menetap di rumah yang didudukinya selama tempoh ‘iddah. Isteri juga tidak dibenarkan keluar melainkan sekiranya ada keperluan dan hajat. Contohnya membeli keperluan makanan, bekerja sekiranya tidak dibenarkan Bekerja Daripada Rumah (BDR) secara berterusan sepanjang tempoh ‘iddahnya. Begitu juga dibolehkan sekadar keluar untuk berbual-bual dengan jiran bagi menghilangkan kesunyian dan kesedihan.[5]
Imam Ramli di dalam kitabnya menyatakan, keharusan ini terikat dengan satu syarat iaitu hendaklah wanita ber’iddah hanya keluar pada waktu siang dan mesti balik bermalam di rumah tempat ‘iddahnya.[6]
Justeru, tidak dibolehkan untuk seorang isteri yang dalam ‘iddah mengiringi jenazah suami ke masjid sebagai penghormatan terakhir. sebagai salah satu tanda isteri yang solehah, hendaklah sentiasa mematuhi agama Islam dan syariat walaupun pada saat suaminya telah meninggal dunia. Dengan sikap yang ditunjukkan itu, ia akan membawa banyak kebaikan dalam kehidupannya selepas itu. Ziarahlah kubur suami selepas tempoh ‘iddah dengan mematuhi syarat dan adabnya. Wallahu a’lam. Gambar sekadar hiasan.
Mengadakan majlis perkahwinan memanglah seronok kerana kita dapat berkumpul bersama adik-beradik lain serta sanak saudara.
Bukan sahaja pada sebelah kita, tetapi orang baru rasmi menjadi ahli keluarga kita. Namun begitu, ada batas pergaulan yang perlu kita ambil tahu agar tidak akan berlaku perkara tidak diingini.
Walau serapat mana hubungan itu, batas pergaulah perlu dijaga kerana orang baru itu bukan mahram kita.
Jaga batas pergaulan bila masuk dalam keluarga baru.
Ayuh ikuti perkongsian lelaki ini Akhtar Syamir bab mahram agar boleh dijadikan panduan terutama ketika sesi fotografi bersama seisi keluarga.
Anda dan ipar anda bukan Mahram. Bila bukan Mahram, sentuh tak boleh, aurat pun kena jaga. Dalam Islam, tak kira “tahap kemesraan” atau “tahap rapat” tu. Yang dikira ialah hubungan antara satu sama lain.
Antara perkara yang selalu terjadi, ipar tidak begitu mengambil berat akan auratnya. Memakai baju lengan pendek dan tidak bertudung. Alasannya, “bukan orang lain”. Bila berjumpa atau berpisah, tak perlulah salam atau laga-laga pipi.
Yang kedua sering terjadi ialah pasangan kepada mak atau bapa saudara. Contohnya anda seorang perempuan, suami kepada mak saudara anda tu bukan mahram. Jadi, tak boleh la buka tudung depan dia atau salam dengan dia. Sama juga dengan jika anda seorang lelaki, isteri kepada bapa saudara anda tu bukan mahram, tak boleh salam.
Sama juga kesnya dengan anak saudara suami atau isteri anda. Bukan mahram dan tidak boleh buka aurat depan mereka dan bersalaman.
Ketiga, dengan sepupu berlainan jantina. Selalunya alasan “membesar bersama” dan lain-lain akan membuatkan orang ambil mudah. Kalau berjumpa bukan main lagi salam, cium pipi dan peluk. Maklumlah, dulu duduk serumah. “Bukannya orang lain”.
Kemudian, yang selalu orang terlepas ialah apabila bersama dengan orang tua. Orang tua walau setua mana pun jika dia bukan mahram kita, tak boleh bersentuhan juga. Jangan gunakan alasan “hormat orang tua”. Tak kena alasan tu.
Dulu saya kurang ambil berat bab ni, main salam saja sana sini. Tapi bila kita dah tahu, kita mula cakna bab ini. Tak susah pun nak tahu yang mana boleh salam atau tidak. Fokus kepada yang rapat-rapat dulu.
Bila dah tahu, macam mana nak elak dengan sopan untuk tidak berada dalam situasi yang janggal apabila bukan mahram menghulur tangan untuk disalam?
1. Letak tangan atas dada dan senyumlah semanis yang boleh sambil mengangguk atau tunduk sedikit. Ini gaya tubuh yang paling menghormati orang lain tanpa bersentuhan.
2. Memberi alasan yang anda ada wuduk sambil meminta maaf dan senyum.
3. Jarakkan kedudukan anda supaya kurang kebarangkalian orang itu akan menghulurkan tangan untuk bersalaman.
4. Kalau keadaan memaksa dan anda tidak sempat untuk buat 3 perkara di atas, carilah apa-apa untuk lapik tangan tu. Ini cara terakhir, pasti orang itu tidak akan cuba salam dengan anda di waktu yang lain.
Semua ini kita buat bukan untuk tidak menghormati kebaikan orang lain. Kita buat dan ambil tahu supaya kita tidak membuat dosa yang sia-sia dan dalam tidak sedar, kita “menghalalkan yang haram”.
Semoga kita lebih ambil berat perkara sebegini. Jangan ikut artis, artis tu manusia juga. Ada kelakuan yang betul, ada kelakuan yang tidak betul. Ikutlah yang betul sahaja, yang lain kita jadikan sempadan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...