Sonny Bill Williams, bekas bintang ragbi New Zealand dan tinju menzahirkan kegembiraan apabila isterinya, Alana Raffie memperbaiki penampilan sebagai Muslim.
Sebagai suami, lelaki itu rasa bertuah apabila melihat isteri mula berhijab tanpa paksaan tetapi melakukannya semata-mata memenuhi seruan Allah.
Williams, 37, memeluk Islam pada tahun 2009 merupakan pemain ragbi Muslim pertama di dalam pasukan All Blacks.
Ads
Pemain Rugby New Zealand Syukur
Beliau berkongsi sekeping foto memaparkan mereka sekeluarga yang memaparkan Alana dengan imej baru dengan memakai baju berlengan panjang dan bertudung.
“Isteri saya seorang hijabi! Alhamdullilah isteri saya mengambil keputusan untuk bertudung. Ini adalah detik paling membanggakan dalam hidup saya.
‘Istimewanya beliau telah melakukannya untuk ALLAH SWT dan bukan orang lain. @lanamarieewilli Semoga yang Maha Tinggi sentiasa mengurniakan anda kesihatan yang baik, hikmah dan kebahagiaan,” titip Williams buat isteri tersayang.
Isteri Mula Berhijab Tanpa Paksaan
Williams dan Alana mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 selepas empat minggu mengikat tali pertunangan. Kini selepas sembilan tahun, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Iman, 8, Aisha, 5, Zaid, 4 dan Essa, 2.
Ads
Pada tahun 2018, foto Williams menunaikan umrah menarik perhatian ramai.
Beliau melebarkan sayap dalam sukan tinju pada tahun 2009 ketika masih bersama All Blacks dan memenangi gelaran Heavyweight International WBA pada 2013.
Berehat enam tahun dari gelanggang selepas memenangi pertarungan profesional ketujuhnya pada 2015, Williams membuat kemunculan semula pada tahun lepas.
Allah amat menyukai hambaNya yang suka bersedekah. Besar ganjaran pahala bakal kita peroleh daripada amalan bersedekah. Tidak kira lah sebesar mana pun sedekah yang dihulurkan.
Kuantiti dan saiz bukan ukuran, namun keikhlasan kerana mengerjakan amalan mulia kerana Allah Ta’ala yang lebih utama. Bersedekah ini sebenarnya lambang hati budi kita yang ingin membantu orang lain yang dalam kesusahan serta lambang kasih sayang sesama manusia.
Alhamdulillah kepada yang sudah banyak bersedekah semoga sahaja ganjaran pahalanya kita peroleh sehingga hari akhirat. Namun, ada perkara tertentu yang akan menyebabkan pahala sedekah kita itu hilang atau terbatal di sisi Allah? Apakah perkara tersebut dan bagaimana kita boleh menyelamatkan pahala itu?
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun daripada apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir,”
Menurut Ustadz Abu Ya’la Kurnaedi, Lc, atas sikap cuai kita, dengan merasakan diri telah banyak berbuat jasa kepada penerima sedekah maka dnegan itu, akan menghilangkan pahala sedekah kita.
Ada tak rasa seperti ini semasa atau selepas bersedekah?
Kita rasa dengan kerana sedekah kita itu lah orang yang kita bantu dapat nikmatnya. Seolah-olah kita sudah banyak berjasa kepada mereka. Kemudian, tanpa kita sedar, kita sebenarnya telah menyakiti atau mengguris perasaan penerima sedekah itu.
Selalu kita lihat, yang memberi sedekah menyebut akan sedekahnya di hadapan khalayak ramai sehingga perasaan si penerima tersakiti.
Jadi ketika kita memberi kepada orang miskin, kita jangan sampai menyebut-nyebut sedekah kita yang akan menyebabkannya berasa sakit hati.
Apa Cara Elakkan Pahala Sedekah Hilang?
Dalam buku “Sedekah Sunnah’, Syaikh Muhammad bin Ibrahim at-Tuwayjiry, menjelaskan ada beberapa hal yang perlu diperhatikan sebelum bersedekah. Berikut di antaranya:
Ikhlas karena Allah Ta’ala tidak dimasuki dan bercampur unsur riak dan sum’ah (ingin dipuji orang)
Dari Umar bin Khattab radhiyallahu’anhu dia berkata,
“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya setiap amal disertai niat, dan seseorang itu hanya akan mendapatkan apa yang diniatkannya.'” (HR Bukhari dan Muslim)
Berasal dari harta yang halal dan baik
Allah Ta’ala itu Maha Baik, tidak menerima kecuali yang baik. Allah Ta’ala berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan dari padanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Surah al-Baqarah : ayat 267)
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali Imran : ayat 92)
Jangan berharap dapat balasan yang lebih
Allah Ta’ala berfirman : وَلَاتَمْنُنتَسْتَكْثِرُ
“Dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.” (Surah al-Muddatstsir :6)
Rahsiakan sedekah dan tidak terang-terangan kecuali untuk kebaikan
“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Surah al-Baqarah: 271) Namun, dalam kontek kehodupan masa kini, kita seringkali lihat video pemberian sedekah oleh pihak tertentu. Sedekah yang ditunjukkan perlu ada niat pemberinya untuk memberikan contoh teladan kepada orang lain selain untuk menyuntik keinsafan.
‘Masalah kita selesaikan sendiri.’ Setiap anak, dilarang dedah aib mak ayah terutamanya yang telah meninggal dunia. Sejahat mana mak ayah kita sebaiknya selesaikan cara baik, jangan ambil jalan mudah dengan dedahkan aib mereka kepada orang luar.
Tidak dinafikan apa yang dilalui kita selama ini perit untuk ditelan seperti mana pendedahan yang dilalui oleh seorang pelakon ketika dia masih kecil baru-baru ini.
Namun begitu membicarakan perkara tersebut di khalayak ramai bukan sesuatu yang boleh diterima. Cari orang betul dan dipercayai serta saluran yang betul untuk selesaikan masalah yang berlaku kerana orangnya juga masih hidup.
Tetapi bagi mak ayah yang telah meninggal dunia, kita sebagai anak sama sekali dilarang mendedahkan aib mereka.
Setelah ibu bapa kita telah meninggal dunia, tidak ada hadiah yang paling berharga melainkan anak- anak yang masih hidup mendoakan arwah ibu bapa mereka semoga Allah mengampunkan dosa- dosa mereka.
Doa anak yang soleh mustajab di sisi Allah SWT.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Selesaikan Sendiri
Selain daripada mendoakan mereka, melakukan sedekah jariyah dan niatkan pahalanya untuk mereka. Jika ibu bapa belum mengerjakan haji buatkan badal haji untuk mereka.
Banyak lagi amalan-amalan lain yang boleh anak-anak lakukan untuk membantu arwah di alam barzakh iaitu hadiahkan pahala bacaan al-Quran, hubungkan silaturahim dengan rakan-rakan ibu bapa dan amalkan ilmu- ilmu yang bermanfaat yang pernah mereka ajarkan kerana pahala tersebut mengalir terus.
Telah viral di media sosial pengakuan seorang anak bahawa bapanya seorang ulama terkenal telah berbohong untuk menutup satu isu yang diperkatakan masa itu. Perbuatan mendedahkan aib bapanya itu satu perkara tidak sewajarnya dilakukan.
Satu perkara yang perlu diambil perhatian setiap anak dilarang membuka aib ibu bapa mereka terutama apabila mereka telah meninggal dunia.
Masalah kita di dunia selesaikan sendiri dan tak boleh dikaitkan apa sahaja dengan orang yang telah meninggal dunia.
DiLarang Dedah Aib Mak Ayah
Berdosa jika Allah sudah tutup aib arwah kita pula pandai- pandai untuk membukanya dengan alasan hendak membenarkan kesalahan yang telah kita lakukan.
Rasulullah SAW ada menyatakan hal tentang hukum membuka aib orang iaitu:
“Barang siapa yang menutup (aib atau cacat) seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
لَا تَسُبُّوا الْأَمْوَاتَ فَإِنَّهُمْ قَدْ أَفْضَوْا إِلَى مَا قَدَّمُوا
“Janganlah kalian mencela mayit kerana mereka telah pergi untuk mempertanggug jawabkan apa yang telah mereka perbuat.”
(HR Bukhari : 1329).
Marilah kita sama- sama beramal dengan ajaran Islam dan tinggalkan perbuatan keji dan mungkar. Islam melarang membuka aib orang yang hidup dan telah meninggal dunia dan melarang sumpah palsu (tidak mengaku perbuatan diri sendiri) dan berbohong dengan nama Allah. Segeralah bertaubat kerana pintu taubat sentiasa terbuka disisi Allah.
Makmum Sundari
Kashoorga : Jangan dedah aib orang lain jika kita tak mahu perkara yang sama berlaku pada diri kita.
Tidak dinafikan, bakat figura pereka feyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim sangat dikagumi ramai, tidak kira golongan muda atau tua ataupun kenamaan.
Malah 15 tahun berkecimpung dalam industri fesyen ramai menjadikan beliau sebagai idola dn sumber inspirasi kepada semua golongan. Malah auranya juga cukup kuat terutama di media sosial.
Sebelum ini ramai tahu hubungan akrab pereka tersohor negara Rizalman dengan peminat ciliknya., seorang kanak-kanak perempuan bernama Airen Nurain.
Airen yang berusia 12 tahun menghidap penyakit buat pinggang kronik dan juga ketumbuhan dalam otak.
Malah hubungan keduanya memang rapat dan beliau turut menjadikan adik Airen sebagai tetamu istimea sempena maam pementasan Kesuma Jiwa di Istana Budaya awal tahun lalu.
Dalam posting terdahulu, Rizalman memberitahu beliau sudah dimaklumkan tentang tahap kesihatannya yang akan kehilangan pandangan akibat penyakit dialami.
Malah menjadi hasrat adik Airen ketika itu untuk bertemu idolanya dan Rizalman tidak teragak-agak menjadikan Airen sebagai tetamu istimewanya malam itu.
Walaupun ketikaitu adik Airen sudan tidak dapat melihat dan dia hanya mampu meraba wajah Rizalman sebagai gantian kepada derita matanya yang hilang.
Malah Rizalman turut menyifatkan adik Airen sebagai kesuma jiwanya dan beliau sangat sedih apabila mendapat tahu Airen tidak sempat melihat persembahan, namun kedatangannya malam itu sudah cukup menggembirakannya.
Dan hari ini berita sedih diterima, kesuma jiwa Rizalman, adik Airen sudah meninggalkan dunia pagi tadi.
Beliau mendapat kiriman pesanan WhatsApp yang dihantar oleh keluarga adik Aireen memberitahu kehilangannya.
Malah dalam pesanan itu, Airen sempat berpesan lika jadi apa-apa padanya, dia mohon Rizalman untuk wakilkan membacakan Yasin.
Dalam hantaran itu juga, Rizalman memberitahu dia sangat bersedih kerana tahu hari ini (kehilangan) akan tiba jua akhirnya.
Beliau turut mendoakan semoga Allah menempatkan adik Airen di tingkatan termulia bersama ibu bapa serta keluarga. Ternyata beliau sangat terkesan dengañ kehilangan kesuma jiwanya ini.
Posting ini juga turut mendapat respon followernya yang kini telah berjumlah 1 juta. Rata-rata mengucapkan takziah kepada keluarga adik Airen dan mendoaka anak syurga ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
qinqueenkkInna lillahi wa inna ilayhi raji’un..Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah Adik Airen Nurain di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
beezeeliloven_bychenaInnalillahiwaiinailaihirojiun.. alfatihah semoga berbahgia di taman firdausi syg.. slm takziah bwt keluarga tercinta
noratikahbadriAl-Fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditmptkan dikalangan org² beriman..anak syurga
adinaidrisTakziah.. semoga adik Airen ditempat yang semulia-mulianya di sisi Allah..aamiin..
Menjadi kebiasaan bila tiba perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu turut meraikannya. Terutama bila ada ramai kalangan sahabat berbangsa Cina.Bukan sekadar ada makan-makan tapi...