Kita sering mendengar sukar untuk memahami wanita. Sifat mereka agak mengelirukan. Ini kerana apa yang dicakap di mulut, tidak sama dengan apa di hatinya. Kalau kita berdiam kerana malas nak bergaduh dikatakan tak peduli. Cuba dibantu tapi tak kena dengan hatinya.
Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk yang bengkok dan ia bersebab. Hal ini dinyatakan di dalam satu hadis iaitu.
إِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ، لَنْ تَسْتَقِيْمَ لَكَ عَلَى طَرِيْقٍ، فَإِنِ اسْتَمْتَعْتَ بِهَا اسْتَمْتَعْتَ بِهَا وَبِهَا عِوَجٌ، وَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهَا كَسَرْتَهَا وَكَسْرُهَا طَلاَقُهَا
“Wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, yang ia tidak akan pernah tegak (lurus) pada satu jalan. Jika engkau mengambil kesenangan dengannya, maka engkau pun akan merasa senang dengannya. Padanya pula ada kebengkokan. Jika engkau bertindak untuk meluruskannya, maka engkau akan memecahkannya. Ada pun pecahnya wanita adalah menceraikannya,” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Abu Hurairah, dengan nombor ke-1468).
Dalam satu riwayat lain dinyatakan:
اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلْعٍ، وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلاَهُ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ، فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ
“Berwasiatlah kalian terhadap para wanita dengan kebaikan kerana para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan sesuatu yang paling bengkok pada tulang rusuk adalah bahagian paling atasnya. Jika engkau bertindak untuk meluruskannya, maka engkau akan memecahkannya (mematahkannya). Namun jika engkau membiarkannya, maka selamanya ia akan bengkok. Maka berwasiatlah kalian terhadap para wanita dengan kebaikan.” (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bersumber dari Abu Hurairah: Fath Al-Bari, nombor 5186)
Ibnu Hajar rahimahullah berkata,
“Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (terhadap para wanita dengan kebaikan) seolah-olah di dalam sabda Rasulullah shallallahu‘alaihi wa sallam itu ada merumuskan untuk meluruskan para wanita dengan lemah lembut, agar jangan sampai ia diluruskan dengan paksa, sehingga ia boleh pecah (patah). Namun jangan pula ia dibiarkan saja kerana ia akan terus berada dalam kebengkokan.
Dapat disimpulkan dari sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ini bahawa, hendaklah wanita itu dibiarkan dalam kebengkokannya (sama seperti ia diciptakan). Jika ada kekurangan pada dirinya yang telah menjadi tabiatnya itu melampaui batas (melanggar aturan) dengan melakukan kemaksiatan secara langsung ataupun meninggalkan kewajiban.”
“Yang dimaksud dengan membiarkan wanita dalam kebengkokannya hanyalah dalam hal-hal yang bersifat harus (mubah iaitu perkara yang tiada dosa jika ditinggalkan dan tiada pahala jika dilakukan. Seperti, makan, minum, bersiar-siar dan sebagainya.).
Dalam hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tersebut ada kesesuaian dengan kecenderungan jiwa dan ketertautan hati. Di dalam hadits tersebut juga ada ruang para wanita untuk boleh memperoleh maaf atas segala kelakuan mereka, bersabar atas kebengkokan mereka dan bahawa sesungguhnya orang yang berhasrat untuk meluruskan mereka, hilanglah kesempatan untuk merasakan kenikmatan dengan mereka. Yakni orang-orang lelaki yang kurang sabar, tidak akan merasai nikmat ini.
Pada hal, tiada lelaki tidak memerlukan wanita bahkan mereka sentiasa berasa tenteram saat bersama. Selain orang lelaki memerlukan wanita untuk menolongnya dalam kehidupan.
Dengan semua itu, kata Ibnu Hajar, “Merasakan kenikmatan bersama wanita tidak akan pernah menjadi sempurna kecuali dengan bersabar terhadapnya.” (Fath Al-Bari: 9/954).
Disalin dari Buku karangan Syaikh Muhammad Shalim Al-Munajid, 38 Teknik Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam Mengoreksi Kesalahan Orang, hlm. 68-71. Sumber: muslimah.co.id
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI