Pemberian duit raya setiap kali Syawal bagi meraikan kanak-kanak adalah amalan yang baik. Tradisi itu bukan sekadar memeriahkan sambutan Aidilfitri malah ia juga merupakan salah satu bentuk sedekah atau hadiah yang digalakkan dalam Islam. Duit raya akan diberikan ketika bersalaman sebelum pulang.
Namun sebenarnya perlukah amalan memberikan duit raya ini terus menjadi tradisi dalam masyarakat kita?
Ada beberapa pendapat mulai tular dan dihebahkan pada umum untuk tidak lagi memberi duit raya pada kanak-kanak.
Antara alasan mereka ialah bajet duit raya itu bolehlah disimpan. Ada pula kata kanak-kanak tak pandai guna duit. Mereka membazir beli mercun beli Beyblade.
Dan alasan paling banyak aku jumpa tahun ini, ‘nak sedekah seeloknya diberi pada bulan Ramadan, bukan Syawal. Baru dapat pahala berganda-ganda.’
Okey begini pada aku. Yang kata bagi bulan Ramadan lebih berlipat kali ganda lah apa, berapa kerat dia jumpa budak-budak pada bulan Ramadan?
Anak-anak saudara, anak-anak jiran, anak-anak kawan-kawan dan tetamu ni bertandang pada hari raya. Bukan pada bulan puasa.
Dan nak ambil manfaat Ramadan, boleh dan sangat aku alu-alukan. Carilah seberapa ramai budak-budak dan bagilah duit raya awal untuk menggembirakan mereka.
Dan bila sampai hari raya, bagilah sekali lagi. Lagi berganda-ganda pahala kau dapat gembirakan kanak-kanak.
Yang bagi hujah bajet duit raya ni elok disimpan lagi kelakar pada aku.
Bang, nak cakap. Simpanan sebenar kita ialah apa yang kita belanjakan di jalan agama. Sedelah jariah kita ni simpanan sebenar kita.
Bukan yang bertimbun dalam bank tu. Esok kalau Tuhan ambil nyawa, simpanan kita itu tidak lagi menjadi milik kita.
Sebaliknya menjadi pergaduhan antara waris-waris pula.
MURAH REZEKI ORANG YANG BERSEDEKAH
Ads
Yang milik mutlak kita, duit yang dibelanjakan itu. Yang kita gembirakan kanak-kanak untuk duit raya itulah simpanan sebenarnya. Yang kita bagi zakat, kirim sedekah, buat masjid buat kemudahan itulah milik kita.
Islam ajar bersedekah untuk murahkan rezeki.
Ni takut sangat nak bersedekah sampai takut habis duit, sampai takut miskin, sampai ganggu kitaran simpanan.
Yang disimpan tidak dibawa mati, yang dihulur itulah simpanan abadi.
Namun begitu, jangan sampai papa kedana pula semata-mata nak bersedekah. Nabi saw ajar bukan bagi semua harta. Kena ada simpanan, kena ada tinggal harta untuk waris kita.
Jangan pula sampai berhutang sebab nak nampak gah beraya sakan dan tunjuk kaya bagi duit raya pula.
Jika benar memang kesempitan, ya duit raya itu tak perlu la bagi. Orang pun faham.
Ini masalahnya rumah sewa sampai 5-6 biji, simpanan kemain banyak sampai mencecah puluhan ribu bahkan ratusan ribu, tapi bajet duit raya 2-3 ratus pun mereka kemut tak nak keluarkan.
Alasannya; jangan kacau kitaran simpanan. Lebih baik duit itu disimpan, 100 tahun lagi kalau simpan duit tu dah boleh bayar muka beli rumah kedai. Huhu.
Ads
Ha, hat ni aku tak berapa berkenan dan tak setuju.
Adat orang kita di Malaysia, pagi raya kita bagi duit raya. Itu adat setempat kita. Adat ini pula tidak bertentangan dengan ajaran agama.
ADA REZEKI, ADALAH
Tok sah dok melawan adat sangat. Hanya menimbulkan fitnah pada diri sendiri.
Kanak-kanak pandang serong,
“Kupit hangit betul pak cik tu. Duit raya singgit pun tak bagi, padahal kaya raya.”
Ha, sampai ke tua budak-budak akan ingat tau.
Dan kita sebagai ibubapa pun didik la anak-anak untuk tidak ‘lapar’ dengan duit raya orang. Ada orang bagi, rezeki. Kalau tidak, didik mereka redha saja.
Kena bagi mereka faham bukan semua orang berduit walau nampak kaya dari luaran.
Kena juga didik anak jangan buka sampul raya depan tuan rumah kemudian bandingkan.
Ads
Ni anak kau dapat sampul raya, terus buka depan tuan rumah. Sampul tu dia koyak dan buang merata-rata dalam rumah tuan rumah. Kemudian bandingkan pula,
“Ala kawan ayah yang ni bagi dua ringgit je. Rumah tadi bagi lima ringgit.”
Haaa, hat ni kau kena didik anak betul-betul. Kecil hati tuan rumah. Dia punya la berjimat nak bagi bajet duit raya sebegai tanda sedekah dan hadiah pada kanak-kanak.
Sekali anak kau biadab gitu pula depan dia. Siapa tak kecil hati kan?
Jadi, sama-sama main peranan.
Dan ingatkah. Kita dulu pernah jadi kanak-kanak. Kita pernah merasa saat paling gembira dalam hidup ialah pada hari raya.
Saat itu seronok bukan kepalang kerana kita dapat duit raya. Keseronokan kita dulu-dulu memang tak tertulis dengan kata-kata.
Dan kenapa bila kita besar pula kita nak lancar kempen agar orang ramai tidak bagi duit raya kat kanak-kanak?
Kenapa nak ragut keseronokan dan kegembiraan zaman kanak-kanak itu?
Menggembirakan kanak-kanak ini sunnah Nabi saw. Nabi ni kasih sungguh pada kanak-kanak.
Niatkan sahaja setiap pemberian kita itu untuk tiru sunnah nabi.
Lebih penting, apa yang kita hulurkan itulah simpanan sebenar kita.
Sihir ialah amalan yang tersembunyi, rahsia, yang sukar untuk dibincangkan secara telus, berterus-terang dan secara pasti. Banyak cara atau kaedah melakukan sihir, di antaranya ialah dengan menggunakan jampi, mantera, serapah, sajian-sajian yang terdiri daripada kuih-muih, tembakau, pengasapan, kemenyan dan lain-lain kaedah, bergantung kepada kaedah yang dipelajari oleh seseorang.
Sihir juga sering melibatkan bahan yang diambil daripada mangsa atau orang yang dipuja contohnya gambar, pakaian, air ludah, potong rokok dan sebagainya. Bahan-bahan ini dipuja menggunakan rangkaian kata yang terdiri daripada jampi mantera atau serapah seperti dijelaskan.
Perkembangan dunia digital masa kini membuatkan kita lebih senang muat turun gambar melalui medium sosial untuk disimpan sebagai kenang-kenangan. Namun tanpa disedari sebenarnya ada ‘insan’ yang mungkin berasa sakit hati, dengki, dendam dan sebagainya sehingga gambar-gambar yang kita muatkan di laman sosial dijadikan sebagai ‘modal’ untuk melakukan sihir.
SIHIR MENGGUNAKAN GAMBAR
Bermacam jenis sihir boleh dilakukan dengan hanya menggunakan sekeping gambar.
Zaman dulu (80an /90an), syarat permintaan sekeping gambar jadi syarat yang sangat berat dan sukar. Zaman kodak.
Zaman sekarang dah senang. Bukak FB, taip nama dekat search box and boom! Gambar selfie berlambak keluar. Bomoh pun pening nak guna yang mana satu.
Aku pernah tanya salah seorang perawat yang agak terkenal kat tempat aku. Katanya, dalam 10 orang pesakit yang dirawat, 8 daripadanya adalah perempuan.
Kenapa perempuan? Sebab perempuan anak kunci nafsu lelaki.
HATI-HATI YANG SUKA SELFIE
Yang banyak selfie pun perempuan.
Likes gambar selfie sampai 500 orang. Belanja bibir muncung, bulu mata melentik, pamer gigi rata sambil menari kiki do you lab me.
Dalam 500 orang tu, tak mustahil akan ada sorang lelaki yang mental, curik gambar kau, tekan “save to phone”, cuci kat kedai and then bagi bomoh suruh jampi berasap.
Lagi-lagi hal yang melibatkan perasaan yang dicurangi dan perasan tertolak/rejection.
Sebab tu ada satu pepatah yang popular dikalangan bomoh di Indonesia yang berbunyi:
“Cinta ditolak, dukun bertindak”
Sumber kredit: FB: Zukiee Ismail
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dalam kehidupan berumah tangga menjaga hubungan dengan mentua menjadi antara tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri. Islam sendiri turut menyarankan kita agar menghormati dan menyayangi mentua seperti ibu bapa kandung.
Bagi sesetengah orang, ibu mentua sering kali dianggap menjadi penyebab timbulnya konflik dalam rumah tangga. Kata orang tidak kenal maka tak cinta. Jadi, ayuh selami hati budi ibu mentuamu.
1.Kenali peribadi dan harapan ibu mentua
Berusahalah untuk membentuk hubungan yang harmoni antara dua belah pihak. Kenali dahulu peribadi ibu mentua anda. Ketahui minatnya, sikapnya, harapannya mengenai perkahwinan anda. Dapatkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai iaitu suami anda sendiri. Mintalah suami untuk bercerita tentang ibunya dengan jujur dan berbekalkan info tersebut lebih mudah untuk anda membina hubungan yang baik.
2.Lakukan hal yang menenangkan hati mentua
Sebagai menantu yang baik, anda perlu tahu bagaimana ingin mengambil hatinya. Ada baiknya sekali sekala dihadiahkan sesuatu yang digemari atau pun kirimkan buah tangan dan sebagainya untuk mengambil hatinya.
3.Lakukan kegiatan bersama
Sebagai seorang yang berusia, biasanya ibu mentua sering berasa kesepian dan inginkan perhatian. Oleh itu digalakkan anda dan suami untuk meluangkan masa bersamanya. Lakukan kegiatan bersama-sama untuk mengisi kekosongan hati yang dirasainya. Sesekali ajak ibu mentua makan di restoran, jalan-jalan di taman dan sebagainya.
4.Lihat sudut positif
Walau terjadi konflik anda dan ibu mentua, jangan sesekali memburukkan mentua kepada keluarga anda. Cukup sekadar anda kongsikan masalah tersebut dengan suami anda sahaja. Jangan luahkan keluhan tersebut berkali-kali di hadapan suami. Seboleh mungkin cari dan lihat sisi positif yang ada pada ibu mertua anda.
5.Sedia menerima kritikan
Sebagai menantu, pasti anda pernah menerima kritikan daripada ibu mentua. Daripada anda memendam rasa sakit hati berpanjangan, lebih baik anda bersikap terbuka. Apatah lagi jika apa yang dikritik oleh ibu mertua anda itu ada kebaikannya.
6.Kasih dan sayang
Kasihi keluarga mentua seperti anda menyayangi keluarga anda sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Butir-butir kata yang dilontar daripada mulutnya ditambah dengan kelembutan suara, menyejukkan jiwa buat sesiapa yang mendengar. Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, ikon pendakwah wanita yang amat dikagumi.
Keakraban dan kemesraan beliau bersama imamnya, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid agak dicemburui. Ramai yang ingin menjadi seperti pasangan merpati dua sejoli ini. Tidak lokek berkongsi rahsia kebahagiaan, berikut diperturunkan 10 tip untuk mengekalkan kemesraan bersama suami seperti yang diamalkan dalam kehidupan harian beliau.
1. Curahkan kasih sayang dengan sepenuh hati.
2. Patuhlah kepada suami dengan apa adanya.
3. Mendengar kata-kata suami dengan baik disertai ketaatan.
4. Sentiasalah isteri mempertahankan pandangan mata suami dengan memakai pakaian yang baik-baik.
5. Sentiasa menjaga ‘hidung’ suami dengan memakai bau-bauan yang wangi.
6. Sentiasa memperhatikan waktu tidur suami
7. Sentiasa menjaga makan minum suami.
8. Jagalah harta benda suami dengan sebaik-baiknya.
9. Isteri perlulah menjaga keluarga dan anak anak dengan baik.
10. Jangan sesekali menyebarkan rahsia suami.
Pujangga Arab ada mengatakan wanita itu adalah tiang negara. Seandainya wanita itu baik, majulah negara, seandainya wanita itu rosak akhlak maka mundurlah negara. Demikian juga kata penyair Arab, Ahmad Syauqi, ibu itu adalah umpama sebuah sekolah.
Jika anda memberikan peluang kepadanya nescaya ia akan memberikan kepada anda satu bangsa yang berakar umbi baik. Jadilah wanita yang hebat dan bijaksana. Cantikkan diri dengan akhlak, bijak menambat hati suami serta mendidik anak-anak dengan iman dan takwa kepada Allah.
Sumber: Sisipan Wanita Oh Wanita, Sinar Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...