Melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Hendak mendidik anak-anak seelok-eloknya ketika mereka masih kecil lagi, baharulah didikan yang diterapkan dapat meresap ke dalam sanubari anak-anak. Seperti mengajar anak-anak menghafal surah, boleh cuba cara yang diamalkan oleh Shuib Sepahtu ini.
Melalui satu video yang dikongsikan oleh Shuib, Shuib dan Siti Sarah dikatakan sedang mencuba peraturan baru untuk mendidik anak-anak mereka di mana mereka harus membaca satu surah Al-Quran jika mahukan permainan baru.
https://www.instagram.com/p/BqpM2GSBIVY/?utm_source=ig_web_copy_link
Rata-rata pengikut Shuib memberikan komen positif. Malah ada juga yang ingin mencuba teknik baca dulu baru beli yang dipratikkan oleh Shuib dan isterinya Siti Sarah.
NAK BUAT DEKAT ANAK
BOLEH JADI PANDUAN DIDIK ANAK-ANAK
PERATURAN JARANG JUMPA
Sumber kredit: @Shuib Sepahtu
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tak Salah Pun Air Mata Terkena Jenazah Dan Kain Kafan Asalkan Bukan Meratap Meraung Di Depan Jenazah
“JAGA-JAGA AIR MATA TU, JANGAN SAMPAI TERKENA JENAZAH DAN KAIN KAFAN NYA..SEKSA JENAZAH TU..BERAT DIA NAK PERGI”…..
Sorang makcik ‘sound’ pada si suami jenazah….
Jenazah isteri telah selesai dikafankan…
Giliran suami nak cium….dia mencium dahi isterinya…air mata mengalir ke pipi jenazah….di peluk isteri lama…mengalir air matanya terkena kain kafan jenazah…
Seorang makcik bersuara
“Angkat suami dia tu…jgn peluk lama2 arwah isteri awk tu…jgn sampai air mata ni menitik kene jenazah…kesian dia..berat dia nak pergi….”…maka si suami dipapah oleh anak lelakinya keluar rumah….
Ini lah khilaf yg sering berlaku dlm masyarakat melayu Islam kita…sebenarnya biarkan sahaja contohnya jika si suami ingin mencium dan memeluk isterinya lama buat kali terakhir…kalau pun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan x mengapa…tiada hadis atau nas yg mengatakan x boleh…disaat itulah si suami mungkin sedang berbisik memaafkan dan menghalalkan segala makanminum kpd isterinya….
Ingat…yg tak boleh itu jika kamu meratap atau meraung di hadapan jenazah atau sewaktu kematian nya…dilarang keras oleh Rasulullah saw..wallahualam
Kekhilafan yang ramai lakukan dan masih berlaku hingga hari ini…
Kredit: Amina Jasmine
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Amalkan Doa Ini Kalau Nak Nampak Cantik Berseri & Awet Muda Tanpa Ubah Wajah
Wanita dan kecantikan memang cukup sinonim. Dek kerana mahu kelihatan cantik wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk rawatan yang mengubah wajah.
Ada cara lain yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah amalan doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Bagi sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa nampak cantik dan berseri boleh baca doa berikut:
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
(Maksud Surah Yusuf Ayat 4)
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca Surah Yusuf, lanjutkan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”
Maksudnya surah Thaahaa ayat 39:
“Dan Aku telah melimpahkan padamu kasih sayang yang datang dariku. Supaya kamu diasuh/dipelihara di bawah pengawasanku.”
Cara amalannya:
*Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
*Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Ketika membaca ayat ini, jangan membacanya tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.
Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jika Masih Single, Ini Tip Mudah Hadapi Ramadan
Ramadan adalah masa untuk keluarga dan saudara-mara berkumpul, buka puasa sambil luangkan masa bersama. Sayangnya, tak semua orang bertuah untuk alami situasi seperti ini.
Ramai juga diantara kita sebenarnya yang tak teruja dengan datangnya Ramadan, sebab kesunyian itu akan lebih terasa. Mungkin saudara baru dalam agama, atau orang-orang yang tinggal jauh dari keluarga, atau tak ramai kawan yang sama-sama puasa di sekeliling mereka. Jadi sesi buka puasa akan terasa sangat sunyi.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang Allah SWT berfirman yang bermaksud;
“SEMUA AMAL ANAK ADAM UNTUK DIRINYA KECUALI PUASA; IA UNTUK AKU. AKU AKAN MEMBALASNYA. (HR BUKHARI)
Jadi, tak kira macam mana pun situasi kita, kita kena sentiasa ingat bahawa kita akan diberi ganjaran yang besar untuk puasa kita. Tak kira betapa susah pun, ganjaran itu akan datang dari Allah SWT. Dia yang nampak susah senang kita. Dia yang sentiasa ada dengan kita, dan Dia takkan biarkan usaha kita untuk taat kepadaNya jadi sia-sia.
Untuk anda yang rasa kesunyian di bulan yang penuh dengan berkat ini, nah kami sediakan beberapa tips yang boleh anda cuba;
Kunjungi masjid terdekat
Kalau anda tak biasa ke masjid, nah inilah masa terbaik untuk mulakan! Sebab anda tak berseorangan. Ramai orang yang akan mula berjinak ke masjid dalam bulan Ramadan jadi anda boleh gunakan peluang in untuk beribadat, baiki diri dan mulakan silaturrahim yang baru.
Untuk permulaan, cuba pergi untuk solat terawikh dulu. Kalau ada kesempatan, boleh berjemaah masa solat-solat wajib juga. Sambil tu, tengok sekali kalau ada apa-apa majlis atau kelas-kelas yang anda rasa selesa nak ikuti.
Hargai masa yang ada
Mungkin bunyinya pelik sikit, tapi cuba “enjoy” masa yang anda ada untuk bersendirian. Walaupun Ramadan biasanya dipenuhi pelbagai majlis, ia sebenarnya adalah masa untuk anda fokus pada ibadat, tingkatkan iman dan baiki hubungan anda dengan Allah SWT.
Tanya pada diri sendiri, apa yang anda nak capai Ramadan ini? Nak baca lebih buku agama? Nak baiki pemahaman Al-Quran? Ada tak tabiat buruk yang anda nak hentikan? Atau ada tabiat baik yang anda nak kembangkan? Nah, inilah masanya untuk lawan rasa sunyi itu dengan sibukkan diri dengan kerja atau aktiviti yang akan meningkatkan iman anda. Bukankah ini juga salah satu tujuan kita berpuasa di bulan Ramadan?
Sediakan juadah sahur atau berbuka untuk orang lain
Nabi Muhammad SAW bersabda;
SIAPA MEMBERI MAKAN ORANG YANG BERPUASA, MAKA BAGINYA PAHALA SEPERTI ORANG YANG BERPUASA TERSEBUT, TANPA MENGURANGI PAHALA ORANG YANG BERPUASA ITU SEDIKIT PUN JUGA.” (HR. TIRMIDZI)
Ramadan memang akan terasa sunyi kalau anda tak tinggal dengan keluarga atau tak ada ramai kawan yang sama-sama single. Untuk kurangkan rasa sunyi, apa kata anda beranikan diri dan kenalkan diri kepada orang-orang sekeliling yang mungkin anda selalu nampak tapi tak pernah bertegur sapa? Bila ada masa lapang, masakkan satu juadah atau kuih dan beri pada mereka. InshaAllah dengan cara ini, hubungan ini akan kekal walaupun selepas Ramadan.
Kalau anda rasa tak yakin, boleh juga cuba bawa makanan ke masjid berdekatan dan edarkan pada orang sekeliling sebagai “pembuka kata” bila mula-mula nak bertegur sapa.
“Sedekah” masa anda
Seperti yang anda tahu, Ramadan adalah masa untuk anda fokus untuk tingkatkan iman dan perbaiki diri. Dan salah satu perkara yang anda boleh buat untuk capai objektif ini adalah dengan melibatkan diri sebagai sukarelawan di mana-mana badan kebajikan dan “sedekah” kan sedikit masa anda.
Cuba tawarkan diri sebagai sukarelawan menggunakan apa-apa kemahiran yang anda ada. Paling kurang pun, boleh bantu masjid untuk pastikan ia sentiasa bersih dan rapi untuk kegunaan jemaah yang lain. Masa anda akan dihabiskan dengan perkara yang bermanfaat dan anda pun berpeluang berjumpa dengan kawan baru di samping mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.
Perbanyakkan doa
Bila anda rasa sunyi, carilah Allah SWT. Tadahkan tangan dan doa yang Dia akan bantu anda. Hanya Dia yang berkuasa untuk berikan anda semua cita-cita dan harapan anda. Ramai orang yang selalu dikelilingi ramai orang, tapi hatinya masih terasa sunyi dan tak tenang. Jadi jangan lupa berdoa pada Allah SWT sebab hanya Dia yang boleh tarik rasa sunyi itu dari hati kita.
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI