Ramai berkongsi amalan yang baik untuk menghindari masalar virus COVID-19 ini. Salah satunya dalam perkongsian di media sosial melalui talian WhatsApp kita digalakkan untuk membaca Surah Yasin.
Surah Yasin ini dibaca malam ini secara serentak bermula jam 9 malam di rumah masing-masing.
Ini adalah sebagai salah satu langkah berusaha dan berdoa kepada Allah agar wabak ini akan segera hilang dan terhapus.
Assalamualaikum Mohon jasa baik semua sahabat2 dlm Group ni dapat minta bantuan rakan2 lain agar dapat bersama2 membaca Yassin serentak pada jam 9.00 (MALAM JUMAAT) 19/03/2020 DI RUMAH masing2.
Kita sama2 berusaha dan berdoa pada Allah moga wabak ini akan segera hilang dan terhapus. Insyaallah. Aamiin…
Assalamualaikum w.b.t sahabat2 yg dihormati..
Marilah kita membaca : Salaamun Qaulam mir Rabbir Rahiim… 21x
Semoga negara kita tercinta selamat dan sejahtera dari wabak covid 19.
Saya mohon dipanjangkan wasap ini ke seluruh negara Malaysia supaya dapat di baca sebanyak 5 juta kali.
Semoga berkat zikir ini dan doa kalian semua.. Allah menghapuskan virus ini dalam masa 3 hari … Insya allah. Aamiin… Ya Rabbal Aalamiin.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berdasarkan soalan di atas, membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran. Selain itu, hadith Nabi SAW juga menunjukkan bahawa sesiapa yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang besar. Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.[Riwayat al-Tirmizi, no. hadith 2835]
Hadith berkaitan kelebihan membaca Yasin
Ads
Terdapat sebuah hadith yang dinilai sahih oleh Ibn Hibban walaupun status menjadi perselisihan oleh para ahli hadith, namun Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam kitabnya Sahih Ibn Hibban. Daripada Jundub bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akandiampunkan dosanya”. [Riwayat Ibn Hibban, no. hadith 2574]
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hati, dan sesungguhnya hati al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa yang membacanya maka pahalanya seumpama membaca sepuluh kali al-Quran”. [Riwayat al-Tirmizi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 2812 dan riwayat al-Darimi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 3282]
Hukum hadith
Imam al-Tirmizi mengatakan bahawa hadith ini gharib.[Lihat: Sunan al-Tirmizi, no. hadith 2812]
Imam al-Mizzi dan Imam al-Zaila’iy menaqalkan pendapat al-Tirmizi yang menyatakan salah seorang daripada perawi di dalam hadith ini adalah majhul iaitu Harun Abu Muhammad. Selain itu, al-Hafiz Ibn Hajar juga berpendapat sedemikian.
Imam Ibn Kathir menyatakan tidak sahih disebabkan sanadnya dhaif (lemah).
Daripada Ubaiy bin Ka’ab, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin kerana Allah SWT akan diampunkan oleh Allah SWT akan dosanya, akan diberi ganjaran pahala seperti membaca al-Quran sebanyak 12 kali. Begitu juga, apabila dibacakan surah Yasin pada orang yang sakit, akan turun kepadanya setiap satu huruf sepuluh orang malaikat yang akan berdiri di sisinya dalam keadaan berbaris dan para malaikat tersebut akan selawat dan beristighfar kepadanya serta menyaksikan ketika nyawanya diambil dan akan memandikannya. Tambahan pula, akan mengikut jenazahnya serta sembahnyang ke atasnya dan menyaksikannya ketika ditanam. Selain itu juga, apabila dibacakan surah Yasin ke atas orang yang sakit ketika dalam keadaan sakaratul maut tidak akan diambil nyawanya oleh malaikat maut sehingga datang malaikat Ridhuan iaitu penjaga syurga dengan membawa minuman daripada syurga maka orang tersebut akan meminumnya ketika berada di atas katil maka dia pun meninggal dalam keadaan tenang dan orang tersebut tidak mengharapkan lagi telaga daripada telaga nabi-nabi sehingga dimasukkan ke dalam syurga dalam keadaan tenang (bahagia)”.
Hukum hadith
Syeikh al-Albani menghukum hadith tersebut adalah palsu.[Lihat: al-Silsilah al-Dhaifah, no. hadith 4636]
Dikatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan rakaat kedua surah al-Mulk. Allah SWT jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima buku amalannya di tangan kanannya dan diberi kesempatan untuk membela 70 orang daripada ahli keluarganya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik”.
Hukum hadith
Kami tidak menjumpai asalnya. Ini kerana, asal di dalam ibadat adalah tawaqquf (terhenti) sehingga adanya dalil yang menceritakan akan hal tersebut.
Tarjih
Setelah kami melihat terhadap hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin ini, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa kebanyakan hadith yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin adalah dhaif (lemah) atau palsu. Walaupun begitu, kita sangat digalakkan dan dituntut untuk sentiasa melazimi dan membaca al-Quran tidak kira masa atau tempat, berdasarkan dalil umum yang terdapat di dalam al-Quran dan juga di dalam al-Sunnah al-Sahihah.
Penutup
Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan al-Quran serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara lidah kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Family Mart cukup terkenal dengan hidangan steamboat ala Jepun iaitu Oden dan juga aiskrimnya yang lembut dan menyelerakan. Sememangnya rakyat Malaysia gemarkan sesuatu yang viral dan unik. Pastinya ramailah yang berpusu-pusu untuk mencuba hidangan yang ditawarkan agar tidak ‘ketinggalan zaman.’
Baru-baru ini heboh dimedia sosial memperkatakan tentang status Halal makanan yang disediakan di premis itu. Lebih mengejutkan apabila satu akaun Facebook juga turut mendedahkan yang kedai serbaneka ini bukan pemegang sijil Halal.
GALAKAN MAKAN MAKANAN HALAL
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Maha Baik dan hanya menerima yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk (melakukan) perintah yang disampaikan kepada para nabi. Kemudian beliau membaca firman Allah, ‘Wahai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh.’ Dan firman-Nya, ‘Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami anugerahkan kepadamu. ’Kemudian beliau menceritakan seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh (lama), tubuhnya diliputi debu lagi kusut, diamenadah tangannya ke langit dan berdoa, ‘Ya Rabbku, ya Rabbku’. Akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, dan ia diberi makan dengan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan.” Riwayat Muslim (1015)
Maksudnya: Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Mukminun: 51)
Ibn Rajab al-Hanbali berkata: “Dikehendaki dengan ayat ini bahawa para Rasul dan umat mereka diperintahkan untuk memilih makanan yang baik yang halal dan beramal dengan amalan soleh. Ini kerana, apabila makanan itu halal maka sudah tentu amalan soleh akan diterima oleh Allah.”
Walaubagaimanapun tidak bermakna premis tanpa sijil Halal semuanya haram untuk dimakan.
PENJELASAN FAMILY MART DALAM PROSES DAPATKAN SIJIL HALAL
Kepada para pengguna, berhati-hatilah memilih makanan. Paling penting, pastikan periksa dan semak dahulu label bahan-bahan yang digunakan. Jika rasa was-was, elok sahaja jangan makan.
Boleh semak status makanan halal di sini:
Sumber kredit: FB: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Sahabat Halal dan Halal Malaysia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
“Mungkin Allah tahu kita belum mampu.’ 7 tahun Aprena Manrose terus bersabar menanti kehadiran zuriat. Hanya sabar menjadi peneman tatkala melihat kebahagiaan orang lain menimang cahaya mata.
Tidak semua pasangan yang berkahwin dikurniakan rezeki yang cepat untuk menimang anak. Ada yang bertahun-tahun Allah uji sebelum dikurniakan zuriat. Begitu juga dengan pelakon Aprena Manrose. Dia salah seorang yang diuji.
Memetik laporan Kosmo Online, Aprena Manrose juga pernah menasihati sepupunya yang juga pelakon, Uqasha Senrose agar sentiasa kuat dalam berdepan kecaman ramai berhubung isu zuriat.
Bagi Aprena, 30, nasihat tersebut dititipkan kepada Uqasha yang sebelum ini pernah menjadi bahan kecaman segelintir netizen kerana masih belum mempunyai anak selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
“Mulut orang memang tidak boleh tutup mulut dan disebabkan itu jugalah hati kita boleh terkesan. Jika tiada orang punya mulut (kecaman), kita okey sahaja sebenarnya.
“Saya sudah tujuh tahun berkahwin, Uqasha pula baru dua tahun. Kalau tujuh tahun (tiada anak) pun boleh sabar menahan mulut orang, dia pasti boleh juga,” kata pelakon Hatimu Sedingin Salju itu.
Kita Belum Mampu
Pemilik nama penuh Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman mengakui isu anak sangat sensitif dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin.
“Saya ada beri nasihat kepada Uqasha apabila dia dihentam sebegitu, sebab saya lagi kuat berbanding dia.
“Selalu juga saya pesan, dia baru dua tahun kahwin dan perlu banyak bersabar. Kalau Allah SWT nak beri, Dia akan bagi dan kalau tidak, maksudnya belum masanya lagi,” ujarnya.
7 Tahun Aprena Manrose Terus Bersabar
Dalam pada itu, sama seperti wanita TTC atau Trying To Conceive (wanita yang cuba mengandung) lain, Aprena turut tidak terlepas daripada berasa sedih kerana belum dianugerahkan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Dedah adik kepada pelakon Oktavia Manrose itu, usahanya melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada tahun lalu juga masih belum berhasil.
“Saya berehat seketika daripada lakonan sebelum ini sebab buat IVF tetapi masih belum ada rezeki dan agak sedih juga.
“Namun, saya baru buat sekali kalau nak bandingkan usaha wanita lain yang sudah berkali-kali lakukannya.
Menanti Kehadiran Zuriat
“Mungkin Allah tahu kita belum mampu daripada aspek kewangan atau kemampuan untuk jaga anak. Saya selalu fikir begitu supaya tidak terlalu stres,” jelasnya
Sebelum ini, Uqasha pernah menerima komen berbaur sindiran daripada segelintir individu yang mempertikai dia masih belum dikurniakan cahaya mata selepas dua tahun berkahwin dengan pelakon, Kamal Adli.
Bukan itu sahaja, komen netizen tersebut turut menyindir dengan memetik nama adik-beradik dan keluarga Uqasha seperti Nelydia Senrose dan Aprena yang juga masih belum menimang cahaya mata.
Hari kiamat itu pasti. Malah dikatakan pada kali pertama tiupan sangkakala itu semua yang ada di dunia ini akan musnah. Tiupan sangkakala ini telah dinyatakan di dalam al-Quran melalui firman Allah SWT:
Maksudnya: Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah – gerun gementar – makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh. Surah al-Naml (87)
Al-Maraghi berkata: “Wahai Rasul, ingatkanlah kepada mereka keadaan yang amat mengerikan ketika sangkakala ditiup. Saat itu, semua makhluk yang ada di langit dan di bumi berada dalam ketakutan melihat hari kebangkitan dan hari dikumpulkan seluruh makhluk kecuali orang yang mempunyai hati yang teguh terhadap Allah SWT.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 4/5085).
Masa yang sama, sebelum tibanya hari kiamat beberapa petanda utama akan muncul. Ini termasuklah Sungai Eufrat yang akan mengering yang disebut oleh Rasulullah sebagai salah satu petanda akhir zaman.
Sungai ini telah disebut oleh Rasulullah sebagai salah satu tanda akhir zaman. Sungai ini dikenal dengan nama Al-Furat dalam bahasa arab, yang membawa erti air paling segar. Menurut Dr Syauqi Abu Khalil dalam Athlas Al-Hadith Al-Nabawi, Eufrat adalah sungai yang mengalir dari timur laut Turki.
Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda, ‘’Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan ‘Gunung Emas’ yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’.’’ (HR Bukhari).
Namun Nabi shallallahu alaihi wasallam juga melarang siapa saja yang melihat kemunculan gunung emas tersebut untuk mengambilnya walau sedikit pun. Hal yang sama, juga diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sebaik sahaja Sungai Efrat mengering maka akan nampaklah gunung emas. Barangsiapa yang menjumpainya, jangan diambil sedikit pun.” (HR. Muslim no. 2894).
Dalam hadits itu, Rasulullah pernah bersabda, bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Syria dan Iraq ini pada suatu masa akan memperlihatkan harta karun terbesar iaitu gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, pula menyatakan, sebaik kerinya sungat Eufrat, ia merupakan petanda datangnya Imam Mahdi, saat akhir zaman itu sudah tiba.
‘’Sungai itu melalui Pengunungan Toros, lalu melewati Syria di kota Jarablus, melalui Iraq di kota al-Bukmal, dan bertemu Sungai Tigris di Al-Qurnah yang bermuara di Teluk Arab,’’ ujar Dr Syauqi. Panjang sungai itu mencapai 2.375 kilometer. Dua anak sungainya iaitu Al-Balikh dan Al-Khabur sudah pun mengering.
Pada saat Nabi Muhammad shalallahu alaihi wasallam meramalkan masa depan Sungai Eufrat dalam sabdanya, wilayah Subur yang terletak di daerah Mediterranean ini masih dikuasai oleh oleh dua kuasa besar pada zaman dahulu iaitu Parsi dan Byzantine yang mana Sungai Eufrat menjadi garis sempadan dua kerajaan ini dahulunya.
Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan memasukikan kita ke dalam syurga Allah. Sumber : Republika
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?