Dihalau dari rumah oleh rakan serumah bukanlah satu pengalaman yang menggembirakan, apatah lagi ketika itu disahkan positif Covid-19. Hendak mencari sahabat baik atau sejati di dunia ini memang sukar, sulit dan boleh dikira.
Sahabat baik adalah insan yang paling rapat dengan kita; tempat berkongsi suka dan duka, jujur dan ikhlas dan paling utama selalu ada ketika kita memerlukan pertolongan dan sokongan.
Malah Nabi SAW pernah bersabda;
”Sebaik-baik sahabat di sisi Allah SWT ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah SWT ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (Hadis Riwayat al-Hakim)
Dalam Islam sahabat yang baik ialah mereka yang sentiasa mengingatkan kita untuk melakukan amal ibadah dan kebaikan selain sanggup bersusah payah dan berkongsi suka duka bersama.
Artikel berkaitan: Di Sebalik Tabir Laporan Pandemik Covid 19, Satu Hari Di Team Data CPRC Kebangsaan.
Artikel berkaitan: Rupanya Berpurdah Atau Niqab Tak Mampu Halang Jangkitan Covid-19, Mereka Dinasihat Pakai Pelitup Muka Dr Noor Hisham
Selain itu, sahabat yang baik akan melindungi kita. Jika kita perlukan pertolongan daripadanya , maka dia akan sedaya upaya membantu sesuai dengan kemampuannya.
Persahabatan adalah jambatan untuk kita ke syurga. Allah SWT sangat menyukai seorang mukmin yang mengasihi manusia lain serta memelihara silaturahim.
Namun dalam perhubungan apa pun, akan ada ujian daripada Allah. Dia mahu melihat sejauh mana ketakwaan kita terhadapnya dan reda dengan ketentuanNya.
Tidak semua bernasib baik dikurniakan rezeki sahabat baik. Ramai juga yang mendekati saat kita senang dan menjauh saat kita susah.
Inilah yang terjadi kepada seorang pemuda yang disahkan positif Covid-19. Sedih, berduka dan hilang arah tuju seketika apabila dihalau oleh rakan serumah tatkala dimaklumkan dia disahkan positif Covid-19. Perkongsian menerusi videonya ini telah ditonton lebih 50 ribu pelayar.
Untuk mengetahui lanjut kisahnya, kita ikuti catatan Abanglong Nafidz Razak di akaun Instagramnya tentang kisah sedih seorang pemuda yang disahkan dijangkiti virus Covid-19 menelefonnya di klinik yang buntu tidak tahu harus berbuat apa.
Baru-baru ini tiba-tiba ada seorang pesakit yang baru sahaja disahkan positif Covid-19 datang ke klinik beritahu baru sahaja dihalau oleh housemate sebab takut dijangkiti Covid.
Allahu… macam mana sanggup korang buat macam itu kat orang yang sedang diuji dengan berat?
Korang bayangkan perasaan orang itu macam mana, tengah bersedih nak melawan penyakit, tiba-tiba disuruh pulak keluar dari rumah.
Melawan penyakit ni memerlukan motivasi yang cukup kuat. Kita orang sekeliling sepatutnya memainkan peranan yang besar dalam membantu pesakit-pesakit ini, bukan membuang mereka seolah-olah mereka telah melakukan satu jenayah yang besar..
Terima kasih tak terhingga buat pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat yang telah banyak membantu dalam mempercepatkan proses pesakit dihantar ke hospital.
Abanglong cukup teruja dengan kakitangan PKD yang cukup tenang dan sabar dalam menjalankan tugas walaupun sudah lewat malam.
Dan mereka ini memang nampak keletihan tapi kerana semangat nak membantu semua rakyat Malaysia, maka mereka sanggup korbankan rehat mereka untuk kita semua.
Semoga Allah balas segala jasa kalian.
Jom kita doakan agar Allah segera memberi kesembuhan buat semua pesakit Covid-19 dan semoga Allah jauhkan kita dari penyakit Covid-19 ini dan kembali menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Kashoorga: Allah akan menguji kita dengan pelbagai cara. Bagaimana kita menghadapinya adalah penentu ketakwaan kita terhadapNya dan ia termasuklah ujian dalam hubungan persahabatan.
Kisah ini perlu dijadikan sempadan agar kita tahu bagaimana untuk bereaksi tatkala dikhabarkan dengan berita seumpamanya. Bayangkan kalau kita adalah pemuda itu.