Lelaki ini dihadapkan dengan dugaan hebat dengan bisnes yang tak menjadi, hutang keliling pinggang. Tak boleh bayangkan bila perlu melangsaikan hutang sebanyak RM1.74 juta. Sedangkan kita hutang kereta puluhan ribu pun sudah pening memikirkannya.
Namun Khairul Hakimin Muhamad tak pernah lari dari masalah hutangnya. Sedaya upaya dia membayar malah selalu berkongsi perkembangannya dalam media sosial miliknya. Pun begitu dalam keadaan terhimpit masalah kewangan dia beroleh rezeki yang istimewa dipanggil menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah mengerjakan umrah.
Semuanya ditanggung penaja dari baik penerbangan, penginapan ziarah dan sebagainya. Biarpun awalnya dalam dilema kerana jemputan itu dalam keadaan dirinya penuh hutang tapi setelah ditanya ahli agama nasihat mereka; teruskan saja kerana sudah dijemput oleh-Nya.
Niat ke Tanah Suci diteruskan dan dia hanya perlu duit belanja saja. Bagaimanapun katanya untuk menyediakan duit belanja pun dia tiada. Tapi Allah itu maha kaya, di saat itulah DIA menunjukkan kekuasaan.
Ads
Dalam satu perkongsiannya, kata Khairul Hakimin Allah hantar orang-orang yang baik untuk membantunya ketika ini. Orang yang pernah dibantu kini satu persatu mengirimkan wang belanja yang membuatkan dirinya sebak bila mengingatkanya.
Berikut adalah catatan yang beliau kongsi untuk kita semua pelajari dan hayati.
Cara Allah hantarkan bantuan
Semasa menanti kunci bilik di Madinah ini saya duk sebak lain macam. Duk terfikir bagaimanalah Allah atur saya di Makkah sekali lagi.
Ads
Saya cakap ke Faisal, sebenarnya nak ke sini memang tak ada duit. Saya duk cakap ke isteri saya macam mana ya nak berbelanja di sini nanti. Risau juga nak makan ke nak apa ke.
Isteri saya diam ja. Saya memahami beliau kalau ada, sahih akan beri punya. Tapi kami saling berusaha membayar hutang syarikat. Masuk ja mana-mana pembayaran, hutang dulu kami usahakan. Jadi simpanan memang tiada. Lalu dalam beberapa hari nak berangkat, hati dup dap duk dap. Berdoa semoga Allah beri keajaiban.
Lalu… ada seorang ustaz kasi saya RM1,000. Katanya masa dia susah dulu, saya pernah kasi dia juga RM1,000. Jujurnya saya tak ingat.
Ads
Kemudian seorang lagi kakak PM tepi saya cakap “ini bukan untuk Khairul bayar hutang, ini untuk belanja. Akak tak tahu kenapa, dulu, Khairul beri akak ebook khairul tu percuma ja, akak guna habis-habisan, ilmu itu sebenarnya sangat bernilai, kalau akak ada RM100,000 pun akak sanggup beri ja kat Khairul, ini masanya akak bantu Khairul pula.” Pun sama beri RM1,000.
Semalam, ada seorang lagi beri RM500.Macam itu sahaja Allah beri. Ya Rabb, mana saya tak sujud syukur. Ya Rabb alhamdulillah. Saya tak terfikir begini bantuan yang saya terima.
Kawan-kawan, Masa kita buat baik, jangan ingat. Masa kita buat hal bagus, lupakan. Masa kita buat hal-hal memberi orang lain kekuatan, jangan sesekali letak dalam kepala. Lupakan. Lupakan. Lupakan. Pada saat kita pula dalam kesusahan, Allah akan hantar bantuan. Pun sama, kita berharap kepada Allah semata-mata, bagaimana bantuan itu sampai, caranya, kaedahnya, tak perlu susah-susah kita bayangkan. Semua serah kepada Allah bulat-bulat. Alhamdulillah. Semoga kalian terus murah rezeki, terus dibantu, terus menerus buat baik ya kawan-kawan.
“Suri rumah bukanlah financial burden.’ Walaupun tak beri sumbangan material, masih boleh tuntut harta sepencarian dengan suami jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Setiap wanita atau isteri ada rezekinya yang tersendiri, ada yang memiliki kerjaya hebat, bergaji tinggi dan ada pula yang sanggup melepaskan karier dan jawatan semata-mata untuk menguruskan keluarga.
Jadi usah diperlekehkan siapa pun kita kerana masing-masing ada peranan dalam keluarga sama ada wanita berkerjaya atau pun suri rumah dalam menguruskan keluarga dan anak-anak.
Kongsi pengamal undang-undang syarie, Kheyr Hameed:
Suri rumah walaupun tak kerja dan tak beri sumbangan material, masih boleh tuntut harta sepencarian dengan suami.
Sebab ada sumbangan tak langsung. Contoh, kemas, cuci dan jaga maitenance rumah itu semua, bila mana suami bekerja. Inilah dinamakan sebagai sumbangan tak langsung. Ingat rumah tu boleh jadi perfect dan terjaga kalau tiada isteri yang menjaga?
Walaupun Tak Beri Sumbangan Material
Suri rumah bukanlah “financial burden” dalam satu keluarga. Jangan pernah pandang diri kita atau kaum keluarga keliling kita yang bergelar suri rumah ini sebagai beban keluarga atau tak membantu suami untuk urusan kewangan. Jangan perlekehkan. Sebaliknya, hormati dan layan sama rata.
Masih Boleh Tuntut Harta Sepencarian
Sebab nanti masa dekat kubur, ketika meniti titian sirat atau masa dekat padang mahsyar sana… Hal status kerjaya kita, semua kena letak tepi. Tapi kebajikan dan kebaikan kita akan dihisab. Maka berbuat baiklah sesama insan.
Yang berkerjaya jangan pandang lekeh pada suri rumah. Yang suri rumah pun jangan melecehkan yang berkerjaya sebagai tidak berbakti pada suami.
Kashoorga : Dalam sesebuah keluarga, masing-masing ada peranannya. Tak perlu diungkit siapa yang berkorban banyak atau siapa yang sikit pengorbanannya.
Kebiasaannya ramai yang membaca surah Yaasin pada hari Khamis malam Jumaat untuk memohon keberkatan.
Tetapi dalam masa Perintah Kawala Pergerakan, kita sangat digalakkan untuk membacanya setiap masa bagi memohon kepada Allah melindungi negara kita.
Dan bagi mengisi masa terluang sepanjang PKP ini, beberapa rakan artis turut menganjurkan #ngajichallenge di rumah masing-masing secara di alam maya.
Cabaran ini telah disahut untuk dua pelakon wanita yang cantik, Uyaina Arshad dan juga Mira Filzah. Mereka dilihat mengaji secara online dan memberi cabaran kepada rakan lain untuk membacanya juga.
Cabaran ini disambut baik oleh rakan yang telah ditag nama di laman sosial masing-masing. Malah netizen turut boleh mendengar suara mereka mengaji surah Yaasin ini.
Bagi kedua-dua arts ini, Uyaina terlebih dahulu mengaji dan kemudian meletakkan nama Mira Filzah untuk meneruskan bacaan.
Ternyata sikap mereka berdua ini amat dipuji warganet. Mereka dilihat membuat amal ibadah tanpa menganggu urusan orang lain. Malah rata-rata warganet memuji kesedapan suara kedua-duanya.
Thank you Kak @lizaali27 for initiating this beautiful challenge. Ni Yana sambung surah Yassin ayat 11-20 ✨ Dan Yana challenge @mfmirafilzah untuk sambung ayat 21-30 pulak
Selain Netflix & TikTok, korang jangan lupa baca Quran & terjemahannya jugak okay? Stay safe, everyone!
Mati itu pasti sebagaimana janji Allah taala buat hamba-Nya. Tidak tercepat sesaat atau terlewat seminit.
Dalam doa kita selepas solat, kita sering memohon agar penghujung hidup kita di akhiri dengan baik, husnul khatimah dan bukan su’ul khatimah.
Perkongsian seorang bapa, Haji Afandi Abdul Samad mengenai perjalanan anak sulungnya, Iman Summayyah yang dijemput Illahi pada 4 Oktober lalu akibat kanser cukup meruntun hati. Indahnya pengakhiran anaknya itu, seindah nama dan akhlaknya.
Malah saat nyawa terpisah dari jasad, anaknya seorang hafizah ini pergi dalam keadaan mengukir senyuman saat dirinya bertanya “maya, lihat apa, syurga ya. Dan di saat itulah Malaikat menjalankan tugasnya. Melihat kepada senyuman terukir di wajahnya, barangkali anaknya sedang melihat syurga.
Jelas bapa ini, arwah Iman Summayyah diuji dengan kanser namun sepanjang sakit sedikit pun anaknya tidak pernah mengeluh dengan ujian diterima. Bahkan menerimanya dengan redha.
Memaklumkan anaknya itu menghentikan seketika pengajian di Universiti Al Azhar, Mesir kerana mendapatkan rawatan di KPJ pada Februari tahun lalu (beberapa hari sebelum Malaysia umumkan lock down). Saat dirinya anaknya itu kembali melanjutkan pendidikan di Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai.
Bacalah perkongsian ini, agak panjang namun penuh pengajaran.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...