Terharu dan sebak. Itu merupakan perasaan yang dialami oleh penyanyi dan pelakon Mark Adam apabila diberitahu permohonan untuk menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Norazah Redzuan, 37, diluluskan.

Mark, 39, atau nama Islamnya Mark Adam Fikri Abdullah berangkat ke Tanah Suci Makkah bersama pasangan selebriti Shuib dan Siti Sarah serta rombongan jemaah lain.

“Setiap umat Islam mengimpikan untuk ke Makkah. Sejujurnya, saya tidak menjangka diberikan rezeki bersama isteri untuk ke sana.

“Malah, saya yang berhijrah dari Filipina ke sini hampir 20 tahun lalu tidak menjangka diberikan peluang ini oleh Allah SWT. Ini yang dipanggil ketentuan.

BERDOA MOGA IBADAH DIPERMUDAHKAN

“Diakui saya dan isteri berasa sebak dan terharu. Setiap hari kami berdoa supaya ibadah ini dipermudahkan Allah.”

Ads

Mark berkata, dia memohon peminat mendoakan ibadah umrah yang bakal dilaksanakan dipermudahkan.

“Pengesahan mengerjakan umrah diterima sebulan lalu. Ini pertama kali saya dan isteri akan ke sana sepanjang 15 tahun berkahwin. Malah, ia juga umrah pertama buat kami berdua.

“Selepas dimaklumkan perkara itu, saya mulai belajar, baca buku dan menghadiri kursus. Malah, Shuib dan mutawif juga banyak ajar saya. Insya-Allah, di sana saya berhajat dan berniat untuk mempelajari lebih mendalam lagi ajaran Islam.

“Selain itu, saya juga ingin minta dan doa yang terbaik buat semua keluarga, keluarga mentua, rakan dan kebahagiaan perkahwinan kami. Saya juga memohon peminat doakan yang baik-baik untuk perjalanan ibadah kami,” katanya.

Ads

‘Dijemput’ Sebagai Tetamu Allah, Mark Adam Sebak & Rasa Terharu

DOA DIKURNIAKAN ZURIAT

Mark berkata, niat asalnya membawa ibu bapa mentua. Namun, ia tidak dapat dilaksanakan berikutan keadaan fizikal yang tidak berdaya.

Ads

“Jadi, saya pergi dulu… Mungkin pada masa depan, saya boleh membawa mereka,” katanya

Belum dikurniakan zuriat selepas 15 tahun berkahwin, Mark turut berniat berdoa dikurniakan cahaya mata apabila berada di Tanah Suci.

Menurut Mark, dia juga mahu berdoa sepuas hati semoga dikurniakan rezeki cahaya mata.

“Ini juga antara hajat dan doa saya. Saya dan isteri akan minta pada Allah supaya diberikan rezeki anak.”

Sumber kredit: Berita Harian, Harian Metro dan Instagram Mark Adam

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI