Sebelum ini kita dikejutkan dua rakan artis yang meninggal dalam tidur dalam usia masih muda, iaitu Abam Bocey dan Ashraf Sinclair.
Dan petang semalam kita mendengar pula kematian adik lelaki pelakon, pengacara Yana Samsudin yang juga masih muda dan meninggal dalam tidur.
Dalam posting yang di muat naik, Yana memberitahu kehilangan satu-satunya lelaki dalam adik-beradiknya.
Malah adik lelakinya Muhammad Fahmi Harith Samsudin ini juga baru 37 hari menjadi seorang ayah setelah tiga tahun menunggu.
Menurutnya, adiknya itu digambarkan sebagai seorang yang suka mudahkan urusan orang. Jika ada masalah akan diam dan tiada masalah pun akan diam juga.
Adik lelakinya itu meninggalkan seorang isteri dan anak kecil yang masih belum dapat merasai kasih sayang sepenuhnya. Malah isteri adik lelakinya itu masih lagi dalam pantang di kampung halamannya di Sarawak.
Yana yang mengakui terlalu sedih kerana adiknya meninggal seorang diri di rumah dan dia juga amat sayangkan adiknya itu.
Dalam entri itu juga, Yana juga turut memohon sesiapa yang mengenali arwah agar mengampunkan segala dosa serta minta halalkan makan minum. Dia juga memohon sedekahkan Surah Al-Fatihah buat arwah adiknya itu.
Innalillahwainalillahirojiun… lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. .
Rupanyaa hari ni…
Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari…..
Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik… kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya.. .
Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat… Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. .
Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya… .
Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik… .
Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik… .
Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin..
Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur .. .
Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari … yang benar -YS @mizznana88
KREDIT FOTO: INSTAGRAM YANA SAMSUDIN