Impian perkahwinan selain menzahirkan rasa cinta pada pasangan, mendirikan rumahtangga mengikut sunnah Rasulullah SAW. Bahkan melalui perkahwinan, seseorang memperoleh zuriat solehah, memelihara maruah dirinya, mencari sakinah (ketenangan jiwa), memperoleh rahmah dan terakhir menghasilkan mawaddah (cinta dan kasih sayang).
Inilah sebahagian cita-cita dan tujuan perkahwinan itu sendiri. Benarlah firman Allah SWT:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚإِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir”. (Surah Al-Rum: 21).
Ramai mengimpikan untuk kekal bahagia dengan pasangan hingga syurga. Malah mahu sehidup semati dan kalau boleh dikebumikan sebelah menyebelah. Namun tidak semua berpeluang dikebumikan sebelah-sebelah, tanda sehidup semati kita bersama pasangan.
Hal ini dikongsikan oleh Shuib Sepahtu yang mengakui tidak berpeluang dikebumikan di sebelah arwah isterinya, Siti Sarah yang meninggal Ogos 2021 lalu selepas Achey memuatkan naik kubur arwah emaknya meninggal semalam terletak bersebelahan kubur arwah ayahnya.
“Cemburu pun ada kat dua orang ni,”kongsi Achey di Instagram sambil memaparkan kubur mak dan arwah bapanya yang sudah meninggal setahun lebih diletakkan bersebelahan di Tanah Perkuburan Kampung Usaha Jaya, Labis, Johor.
Dalam pada mengucapkan takziah kepada rakan seperjuangannya atas kehilangan ini, Shuib memaklumkan dirinya tak berpeluang sebegitu kerana kubur isterinya sudah penuh depan dan belakang.
Tulisnya :-
Allah maha hebat dalam mengatur segala. Untungnya la haiiii. Sweet couple. Kubur sebelah-sebelah. Aku dah tak boleh Chey sebab kubur Sarah kiri kanan depan belakang dah ade orang lain. InsyaAllah, semoga Allah memberikan syurga pada pasangan ini. Amin.
Dalam pada itu, ia mendapat respon dari pengikutnya yang memaklumkan, Allah sebaik-baik perancang. Bertuah sangat dapat bersebelahan rumah abadinya. Bahkan kata mereka, ramai orang mempunyai impian begini, namun tidak semuanya berpeluang berbuat demikian.
Semoga kita dapat bersama-sama di jananh bersama pasangan dan zuriat kita.