Apabila kita sudah menoktahkah siapa yang mahu dijadikan pasangan untuk melalui episod perjalanan yang panjang, maknanya kita sudahpun tekad untuk hidup bersama hingga ke jannah.
Walau siapa pilihan kita, pastinya kita akan berusaha untuk mengekalkan rumahtangga dibina biarpun pelbagai ujian yang datang dan berapa lama tempohnya.
Dialah raja/ratu dihati kita dan walau buruk sekalipun, tetap akan menerimanya dengan senang hati.
Begitu juga ibarat kisah cinta mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kekal utuh biarpun sudah pelbagai ujian dihadapi mereka sepanjang 40 tahun hidup bersama.
Dan hari ini sempena ulang tahun perkahwinan ke 40, Datin Seri Wan Azizah menitipkan kata-kata sangat manis buat suami tercinta.
Menurutnya biar pelbagai ujian dan dugaan yang datang, mereka berdua akan tetap bersama dan setia hingga ke hujung nyawa.
Ucapan itu pendek tetapi sangat mendalam pengertiannya dan hanya mereka berdua yang tahu. Ditambah lagi dengan situasi dan kemelut politk yang hangat diperkatakan kini.
Mereka berdua tetap kekal bersama dan dapat dilihat dalam gambar yang dimuat naik dalam laman Instagram.
Pasangan ini berkahwin pada 26 Februari 1980 dan perkahwinan mereka diserikan dengan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.
Apa pun didoakan semoga pasangan ini kekal bahagia till jannah.
Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa.
Selamat ulang tahun perkahwinan bersama @anwaribrahim_my yang ke 40.
Sebaik posting dimuat naik, pelbagai ucapan tahniah diberikan oleh warganet. Masing-masing mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan dan mengharapkan keduanya kekal bahagia till jannah.