Perkahwinan adalah satu ikatan suci. Ia satu penyatuan jiwa untuk menghalalkan satu perhubungan. Setiap pasangan yang berkahwin akan melalui frasa-frasa kehidupan yang adakalanya dipenuhi cinta yang mengebu, kasih sayang yang tak pernah surut dan tak kurang juga penderitaan zahir dan batin kerana ego seorang suami,
Dikongsikan dari fb Karya Karya, wanita ini berkongsi kisah kejadian benar disaksikannya di mana seorang suami menunjal kepada isterinya di hadapan khalayak ramai hanya kerana isteri meminta tambahan RM30 kerana wang diberi sebelum ini tidak mencukupi.
Dan akibatnya isteri ini dimalukan tanpa memikirkan harga dirinya telah diletakkan di tapak kaki kerana suami seorang yang panas baran.
Baca luahnya dan amat sedih kerana isteri itu selayaknya diletakkan di kedudukan yang mulia, bukan dimalukan sebegitu.
Tak tahu di mana silapnya Kerajaan Malaysia.
Harga barang sangat mahal sekarang. Buah-buahan juga sangat mahal walaupun Kerajaan Malaysia setiap tahun adakan kempen Makanlah Buah-Buahan Tempatan.
Kita mahu rakyat sihat dengan makan buah-buahan tapi kita BRANDING-kan buah-buahan hingga rakyat tak mampu beli, apa lagi makan.
Sepanjang saya ke luar negara, saya TIDAK-PERNAH melihat buah-buahan di-branding-kan sepertimana di Malaysia.
Hari ini seekor ayam saiz sederhana siap diproses mencecah harga RM18 seekor di bandar-bandar besar Malaysia.
Ahad lepas ketika saya membeli barang keperluan dapur di sebuah pasaraya yang turut menjual barang basah di sini. Saat menunggu giliran untuk membayar, seorang wanita di hadapan saya ditengking suaminya yang tiba-tiba datang ke kaunter.
Rupa-rupanya wanita itu meminta anak perempuannya yang berusia sekitar 8 tahun untuk meminta wang tambahan dari suaminya yang menunggu di dalam kereta. Wang cash pada si isteri tidak cukup lebih kurang lagi RM30.
"Kau beli apa sampai duit aku bagi tak cukup???" tengking si suami yang nampak jelas tidak tahu kenaikan harga barang.
"Abang beri RM40 jer tadi," jawab si isteri bagaikan hampir mahu menangis.
Semua orang terdiam memandang pasangan itu.
Saya memandang ke arah barangan yang dibeli si isteri di atas kaunter sambil dalam kepala saya buat anggaran harga, saya lihat ada satu plastik ayam, ikan selar, seikat bayam, satu plastik epal, satu tin susu pekat, sebotol kicap saiz kecil, sepeket serbuk kunyit dan barang keperluan penjagaan wanita seperti satu botol pencuci wanita, satu botol deodorant, satu bedak jenama murah dan tuala wanita jenama murah. sekitar RM70 sahaja pada perkiraan saya.
"KAU INGAT AKU KERJA NAK MATI UNTUK KAU HABISKAN DUIT AKU!!!!" tengking si suami lagi sambil menghempaskan ke lantai barang keperluan wanita yang mahu dibeli isterinya.
Adik cashier lantas berkata, "kalau rosak abang kena bayar."
"KAU SURUH BETINA NIH BAYAR. KERJA TAK. MENYUSAHKAN HIDUP AKU JER!!" kata si suami dengan marah sambil menunjal kepala isterinya.
Apabila melihat si suami itu mahu mengangkat plastik ayam pula untuk dihempas ke lantai, dan saya memang pantang orang biadab dengan makanan, segera saya berkata kepada chasier "saya bayar semuanya," sambil menunjukkan kad bank saya.
Lantas saya letakkan kad bank saya pada mesin… selesai.
Si suami terus berlalu keluar apabila saya memandangnya dan tegas berkata..
"i pay for her!!!"
Manakala si isteri tidak berhenti ucapkan terima kasih ketika saya membantu mengutip barang-barangnya di atas lantai.
……..
Jujur saya sedih melihat keadaan isteri itu.
Barang keperluan wanita yang dibelinya bukanlah jenis berjenama dan tidak juga mahal. Rasanya harga minyak wangi saya lebih mahal dari keseluruhan harga barang keperluan wanita yang mahu dibelinya.
Jika saya jadi suaminya, saya takkan benarkan wanita itu beli tuala wanita jenama murah itu kerana tahu ianya diperbuat daripada bahan buangan yang boleh menyebabkan kanser jika dipakai bertahun-tahun.
Anda suka melihat wanita lain wangi, cantik dan sihat. Mengapa tidak dimulakan di rumah sendiri?
Wangikan isteri anda dengan minyak wangi paling mahal sekali. Sekali calit tahan sampai 2 bulan wanginya. Memang harganya mahal tetapi bau wanginya mengasyikkan hingga anda tak tergamak hendak menengking isteri sendiri.
Cantikkan isteri anda dengan skincare yang berkualiti. Biarlah mahal hingga ratusan ringgit supaya halus mulus kulitnya untuk anda nikmati seorang.
Sihatkan isteri anda dengan gembirakan hatinya. Jika sekadar anda perlu tambah RM30 untuk gembirakan hati isteri dengan barang keperluan wanita murah yang dipilihnya, usahakanlah untuk mencari RM30 itu. Jika wanita kesayangan anda mampu membelinya pasti dia tidak mengharapkan wang anda.
Entahlah…
Saya dibesarkan dalam suasana semua lelaki di dalam keluarga saya menjaga saya dengan baik. Semua kehendak saya dipenuhi ibubapa saya dengan sempurna. Bapa saya menasihati dengan lemah-lembut, abang serta adik beradik lelaki, ipar-ipar lelaki dan tiga anak lelaki remaja saya semuanya bercakap dengan bahasa bersopan dengan saya. Tiada sesiapa pernah meninggikan suara dalam keluarga kami. Setiap kali kami keluar makan di luar, semua lelaki dalam keluarga saya akan berebut membayarnya.
Yang saya fahami, lelaki yang baik saat dia marah.. lelaki itu tetap bercakap dengan lemah-lembut kepada wanita kerana dia tidak mahu melukai hati wanita kesayangannya.
Saya sering jumpa lelaki-lelaki yang baik begini dalam lingkungan pergaulan saya.
Saya doakan wanita itu juga jumpa lelaki yang baik buat dirinya kerana perkahwinan itu adalah satu perkara mulia bukan ruang untuk wanita dihina-hina dan ditengking-tengking hanya kerana dia cuba meminta Hak-Nafkah-nya.
Dalam keadaan harga barang yang sangat mahal sekarang. Saya berharap tiada isteri yang teraniaya.
Kadangkala tidak semuanya kerana ego seorang suami, kadangkala ianya lebih kepada harga diri seorang isteri.
Kayra, Putrajaya.
#sisterhood