Pandemik wabak koronavirus ini memang sangat menakutkan kita. Hari ini saja kes kematian meningkat menjadi 15 orang daripada 1,624 kes yang terkini (sehingga artikel ditulis).
Dan pastinya barisan hadapan atau kita panggil team forntliner yang menjadi sayap kanan atau kita panggil hero dalam usaha merawat dan membantu pesakit yang dijangkiti wabak merbahaya ini.
Mereka dikatakan bekerja tanpa rehat berbelas jam sehari dan hanya pulang ke rumah waktu tengah malam saja.
Dalam satu posting di laman Facebook wanita ini yang juga merupakan frontliner sangat terharu apabila diberi penghomatan oleh pihak polis.
Menurutnya dia yang baru balik kerja ditahan polis dan dengan tenaga yang ada dia berusaha menunjukkan kad pengenalan.
Namun apa yang sangat menyentuh hatinya apabila semua skuad polis yang menahannya bangun lalu mengucapkan ‘Terima Kasih Doktor’.
Ternyata perbuatan mereka itu sangat membuatkan wanita ini yang juga doktor perubatan rasa terharu.
Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM yang mrmbantu dalam Perintah Kawalan Pergerakan dalam memastikan kempen ini berjalan lancar.
Inilah masanya kita berjuang bersama-sama dalam menangani wabak penyakit ini.
Posting ini turut mendapat respon dan rata-rata mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan KKM dalam menangani wabak COVID-19 ini.
Faiza Yusni Semoga sentiasa tabah dan terus berusaha. Saya doakan agar puan dan seluruh warga KKM sentiasa dlm lindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan.. Aamiin
Afif NasirTerima kasih doktor…jasa dan pengorbanan puan tidak terbalas. Kepada semua barisan hadapan sememangnya anda semua layak menerima tabik hormat dari rakyat malaysia Stay strong doktor