Diuji Cacat Penglihatan Sejak Lahir, Tapi Allah Terangkan Hatinya. Lelaki OKU Ini Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran!

Share

Setiap insan di dunia ini dilahirkan dalam keadaan fizikal yang berbeza-beza. Ada yang sempurna dan ada juga yang kurang sempurna seperti cacat penglihatan, bisu atau tiada kedua belah kaki dan tangan.

Walaupun dilahirkan kurang sempurna, namun tidak membataskan seseorang itu untuk beribadah kepada Allah. Malah ada yang menunaikan urusan ibadah ini lebih sempurna berbanding manusia normal.

Seperti perkongsian seorang lelaki kurang upaya, Muhammad Asyid Abu Bakar, 27 tahun yang cacat penglihata sejak lahir lahi tetapi berjaya mengecapi kejayaan paling manis apabila menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

Bapa kepada seorang anak ini dikatakan sudah membaca Al-Quran sejak dari bangku sekolah lagi.

Dia yang dahulunya sudah membaca Al-Quran sejak dari bangku sekolah dan diajar membaca kitab suci ini oleh seorang guru yang celik penglihatan dengan menggunakan Al-Quran Braille.

Malah, dia juga merupakan bekas pelajar Madrasah An-Noor For The Blind, yang terletak di Afrika Selatan.

Muhammad Asyid Abu Bakar menyambung pengajian ke tempat itu selepas tamat pengajian di madrasah tempatan.

Manakala perbelanjaan sepanjang pengajiannya di Afrika Selatan itu, telah di tanggung sepenuhnya oleh madrasah tempatan berkenaan.

Setalah 5 tahun pengajian, akhirnya Muhammad Asyid Abu Bakar berjaya menghafal kesemua surah yang ada dalam kitab suci Al-Quran ini.

Dia juga sering diundang untuk menjadi imam terutamanya pada bulan Ramadan, dan pada masa yang sama menjadi pengajar untuk anak-anak tahfiz.

Muhammad Asyid Abu Bakar juga menyatakan hasratnya untuk membuka sebuah Mahaad Tahfiz di Ipoh khas untuk pelajar buta yang berminat.

Diharapkan hasratnya ini akan tercapai suatu hari nanti dengan bantuan dan juga sokongan orang ramai.

Artikel Berkaitan: “Tak Minta Dilahirkan Begini” – Gadis OKU Ini Alami Trauma

SUMBER: BORAK DAILY.COM

Published by
Siti Zurina