Terkenal dengan sikap baik budi dan sentiasa ringan tangan membantu golongan susah, aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau mesra disapa Uncle Kentang kini diuji dengan Covid-19 tahap 4.
Dalam perkongsian di fbnya, Uncle Kentang memaklumkan dirinya disahkan positif Covid tahap 4 dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Serdang.
“Sila doakan untuk saya sembuh. Categori 4A Covid positif. Bubuh oksigen”, kongsinya.
Walau diuji dengan kesakitan, dirinya masih berbuat kebajikan dengan memaklumkan, mana-mana individu susah yang memerlukan bantuan ambulan boleh menghubungi nombor diberikan iaitu untuk kes Covid hubungi 012-2423360. Untuk ambulan hubungi 011-550521488. Masa yang sama, dirinya memaklumkan pengoperasian pejabat ditutup empat hari termasuk talian hotlinenya kecuali bagi perkhidmatan ambulan.
Dirinya sempat menasihati orang ramai menjaga diri, tidak berpesta dan sentiasa menggunakan pelitup muka sentiasa.
Sebaik memaklumkan dirinya diuji dengan Covid-19, Uncle Kentang memaklumkan ada ribuan mesej masuk dan mendoakan kesejahteraanya.
“Terima kasih sungguh. Terharu saya. Beribu mesej masuk mendoakan saya sembuh. Kini saya tak sempat jawab. Bila sembuh saya akan balas mesej anda. Love all of you”.
Sehari sebelum mengetahui dirinya diuji positif, Uncle Kentang memaklumkan kesibukan dirinya melakukan kerja-kerja amal dan membuat pemeriksaan kesihatan.
Tulisnya :-
Mungkin penat. Tempoh hari bawa ambulan dari KLGH ke Palong 5 Felda Gemas, lepas itu terus shoot ke Kg Paum Jelebu untuk agih dana banjir dan terus shoot semula balik ke Puchong. 8 jam bawa ambulan pada kelajuan tinggi. Memang penat.
Semalam kena gerimis dan masuk bilik air con sejuk bukan kepalang. Aku mengigil. Lepas itu terus demam panas. Adui, aku order Laksa kari semalam, tibai. Terus kerongkong sakit dan bengkak. Adui. Down terus. Off semua phone.
Hari ini sakit kerongkong tiada. Demam pun dah reda. Mungkin Tuhan suruh rehat.
Pagi ini ada meeting bolasepak kompleks 3K Sunway. Lunch appointment lagi. Nak ke Nanding agih dana banjir. Nak lawat kubur buat kepuk dan batu nisan di Dengkil.
Nak tolong satu uncle India bayar bil letrik di Pandan Cahaya Ampang. Nak hantar kerusi roda untuk machik miskin di Selayang. Nak ke Seremban bagi modal untuk lelaki India berniaga. Nak ke Jenderam hantar makanan. Adui… adui…jadual padat.